Hi semua. Terima kasih admin sebab bagi lampu hijau kepada confession ini. Tak nak cakap banyak. Just nak berkongsi cerita setelah hampir setahun bekerja di rumah semenjak PKP 1.0.
Adapun aku, seorang yang bekerja di rumah adakalanya kalau aku rajin, sambil-sambil wfh aku boleh memasak. Tapi most of the time, dek kerana tuntutan kerja yang melambak aku memilih untuk membeli sahaja makanan.
Umum mengetahui akan kehadiran khidmat penghantaran makanan seperti FoodPendang mahupun Grabiaq. Bukan nak pukul rata, tapi boleh dikatakan 90% rider FoodPendang mahupun Grabiaq ni okay je.
Ada yang kadang tu makanan lewat sikit sampai sebab masa diorang otw tu hujan lebat so tak boleh nak teruskan perjalanan, diorang terpaksa berhenti cari tempat berteduh.
Which is commonly understandable dan memang aku sejenis yang sangat memahami, aku tak kisah pun lambat. Janji makanan sampai dan kau tak banyak cekadak.
Tak pernah aku miss bagi tip dekat rider walaupun ada yang lambat sebab aku tahu, berapa sangat lah diorang dapat.
So tatkala diorang rasa nak putus asa sebab terpaksa go through perjalanan yang membahayakan nyawa dalam keadaan yang penat, bila ada orang bagi tip, sedikit sebanyak dapat la naikkan semangat diorang,
Or maybe if the tip is equivalent to one order, maybe they can take some time to rest, knowing that they have partially fulfilled their daily earning target. If that make any sense.
Lumrah manusia, ada yang okay dan ada yang tak okay. Or maybe dek kerana sesuatu yang berlaku pada hari tertentu, yang ok pun boleh jadi tak ok. Tapi tak boleh jadikan alasan untuk kau bertindak sesuka hati.
Adapun 10% dalam kalangan rider FoodPendang mahupun Grabiaq ni, boleh dikatakan mempunyai masalah attitude.
Apa-apa kerja yang kau buat atas dunia ni tak ada satu pun yang mudah. Sebab tu korang kena kawal emosi dan belajar untuk handle customer and your predicaments.
Macam aku, aku duduk dekat flat saja pun. So note dalam apps food delivery service tu aku siap2 tulis dah. Kepada rider yang rasa2 malas nak naik atas tu, sila jangan receive order ni.
Sebab yang aku tahu FoodPendang punya polisi, hantar makanan sampai depan rumah. So bila aku place order, ada rider receive order, then aku straight away key in my house details.
Contoh, flat apa, blok berapa, tingkat berapa dan unit rumah nombor berapa. Sebab aku faham kau penat naik tangga, so aku mudahkan kau dengan cara ni. Plus, aku bagi tip.
So untuk perumahan flat macam aku ni yang takde JMB punya intervention, tak ada larangan rider untuk naik atas hantar makanan, rider tak boleh buat suka hati besar kepala buat rules sendiri untuk menyuruh customer turun dan ambil makanan sendiri.
Sebab apa? Kami order sebab kami tahu makanan akan sampai depan rumah. Kalau aku kena turun ambil makanan, might as well aku gi beli makanan sendiri. Faham?
Lepas tu, ada la beberapa orang rider yang kurang ajar ni, selain menyuruh kita untuk turun ambil makanan, siap dimakinya kita.
Kalau nak kami turun sebenarnya okay saja kalau kau tu tak boleh sangat nak naik. Contoh, sebab kaki kau sakit ke, or maybe sebab kau rider tua yang memang dah tak larat hanya menunggu mati.
Kami ni tak kejam pun untuk paksa you naik dalam keadaan you macam tu. Tapi, cakaplah elok2.
Bila kau maki2 macam tu, kalau dapat dekat aku, sejenis yang suka pasang call recording. Memang mendapatlah kau kena report dekat customer service. Lepas tu dah kena gantung seminggu dua, datang balik rumah aku tanya kenapa aku report?
Dah kau tu buat perangai tak semenggah. Kau ingat kau sorang saja boleh maki? Naaaahhh. Walaupun aku tak balas apa yang kau maki, tetiba saja seminggu kau tak kerja. Buat lah lagi. Biar kena buang kerja terus.
Kalau you rasa apa yang you buat tu boleh menyebabkan you kena tindakan disiplin (gantung kerja), think back before you act.
Bila bukti dah ada, kau nak defend diri kau pun tak guna. Sebab dah terbukti kau buat kerja macam taik masa tu. Nak datang balik rumah aku merayu tarik balik report. Memang tak dapat lah jep.
Sebab kau berani datang rumah argue dengan aku, lagi aku tambah report mengatakan kehadiran kau membahayakan aku. Belum cerita lagu aku record conversation. Boleh jadi kes polis.
So kepada rider2 food delivery service, try to be on top of your game. You kerja, you kena professional. Kalau rasa diri tu tak ada common sense, takyah la kerja. Pergilah terjun bangunan ke apa.
Kitaorang pun kalau boleh tak nak hadap kau sebab dah cukup banyak benda lain kami nak kena hadap. Bila kau datang buat taik, mood kerja aku pun hilang.
– Mia Jalipah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit