Hai semua dan Assalamualaikum. Aku cuba cuba hantar confession kat sini. Selama ni aku baca je orang punye confession. Sekarang turn aku nak mengarang pulak.
Sebenarnya aku ni dalam dilema. Entah laa apa yang tersirat dalam minda aku. Sampai tak terfikir dah aku. Mungkin aku yang banyak berfikir.
Aku harap admin akan siarkan aku punye confession ni. Sejak kebelakangan ni aku ada terbaca confession yang macam ada masalah dengan ibu dan bapa mentua. Sama juga dengan aku yang terlalu rimas dengan bakal pak mentua.
Aku dah bertunang dengan si Z dalam setahun macam tu dan akan bernikah pada tahun hadapan bulan 5. Semua persiapan sudah pun di buat dari lah sebesar besar perkara dan sekecil-kecil perkara.
Nak di jadikan cerita kedua kedua belah pihak akan buat majlis lah. Tapi bukan itu yang menjadi masalah aku sekarang ni. Aku ada masalah dengan papa si Z ni.
Mama nya okay dan sangat okay tapi papa si Z ni kadang-kadang boleh sampai buat aku meluat plus menyampah. Astarfirullahalazim. Z ni anak sulung dan dia kiranya anak first laa yang akan berkahwin. Adik beradiknya semua lelaki dan total nya 7 orang.
Z ni orang nya biasa-biasa je. Dari segi duit takde la berkepuk. Dari segi paras rupa bole laa dari tak de. Tapi aku suka dan sayang dia sebab die baik, hormat orang tua dan pelbagai lagi sikap yang buat aku jatuh cinta dekat dia.
Kalau aku jadi api dia memang selalunya jadi air. Jarang nampak dia jadi api. Tapi orang macam ni kena berhati-hati sebab sekali dia jadi api. Bawak laa air banyak mana, memang takkan senang nak padam.
Haa aku pulak anak ke 6 dari 7 orang adik beradik. Biasa biasa je dari segi perwatakan memang agak tegas. Lantang bersuara dan straight forward. Aku ni agaknya terlalu straight forward sampai takut orang terasa. Especially papa si Z.
Papa si Z ni memang dah lama nak anak perempuan tapi itu la sampai anak ke 7 tetap laa lelaki. Sampai mama dia pun dah “ikat” jadi takde laa anak perempuannya.
Bila si Z masa kenal aku dulu. Mula-mula papa die selalu laa ws aku. Kadang-kadang call lah. Dan kadang-kadang video call.
Video call tu memang aku tak kan angkat. Sebab malas nak pakai tudung bagai. Sampai kan hari-hari. Kadang time aku kerja pun dia call. Tapi bukan ada benda penting pun. Saje nak borak katanye.
Haih… itu yang membuat aku rimas tapi aku buat tak tahu je la. Dan ini berlarutan sehingga sekarang. Dan si Z pun tanya aku kenapa papa dia selalu call aku. Aku cakap mana aku tahu bukannye aku yang call papa kau.
Kadang mak aku sendiri pun macam hairan kenapa papa si Z tu selalu call aku. Mak aku cakap apesal ek. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Bagi korang normal ke bakal bapak mentua selalu call ataupun papa Z ni yang terlalu care pasal aku??
Aku dengan si Z ni memang hubungan jarak jauh. Die di utara dan aku ni di ibu kota… Aku ni jenis yang sangat independent. Pergi mana-mana pun boleh sorang. Boleh drive kete dan motor.
Pergi makan sorang-sorang. Pergi makan steamboat pun boleh sorang-sorang. Tayar kete flat bole tukar sendiri. Pintu bilik rosak bole baiki. Masak pun boleh laa sikit-sikit.
Paip rosak bole baiki. Entah laa banyak perkara yang sememangnya kalau ikutkan kerja lelaki buat tapi aku boleh buat sebab abang-abang aku banyak ajar aku. Gaji aku alhamdullilah memang rezeki Allah bagi untuk di kongsi dengan keluarga.
So papa si Z ni selalu risau tak bertempat. Kadang aku drive balik kampung. Die selalu cakap dekat si Z. Kesian aku selalu balik kampung sorang-sorang… drive tu semua. Lagi laa buat si Z ni serba salah. Kadang dia mintak maaf tak leh teman ke ape.
Bagi aku no big issue pun sebab aku dengan dia baru tunang. Kalau dah kahwin lain laa cerita kalau aku balik kampung kau nak ikut. Ini baru tunang. Tak kan lah tiap- tiap bulan kau nak balik kampung dengan aku.
Kadang papa si Z ni yang buat Z tu serba salah and bagi aku takde issue langsung.
Itu belum lagi cakap pasal issue anak. Wei belum kahwin dh mintak nak baby girl la ape lah.
Kau bayang kan eh setiap kali jumpe setiap kali tu laa dia duk bahas benda yang sama. Nak baby girl. Aku ni bukan lah ape.
Setiap orang rezeki nya lain-lain. Ada orang baru kahwin dah dapat anak. Ada orang kena tunggu beberapa tahun baru dapat anak, atas rezeki Allah kurnia. Aku doa je yang baik-baik hendak-NYA.
Aku dengan si Z ni belum kahwin. Jadi logik ke tak logik bagi korang papa nya duk mintak nak cucu baby girl. Aku kadang sampai tak terjawab laa.
Kadang aku mengadu dengan si Z ni. Aku tak selesa kalau papa asyik cakap pasal cucu sebab kita belum pun lagi sah.
Kiteorang kan PJJ. Jadi sama ada si Z akan turun ke ibu kota atau aku yang akan ke utara. Depends atas masing-masing tapi memang kita orang kerap je jumpa. Dalam 2 minggu sekali mesti jumpa.
Kalau kita orang jumpa papa si Z ni selalu lah nak ikut kita orang. Itu yang buat aku lagi stress.
Kadang kadang macam kalau kita orang tak bawak dia. Dia akan merajuk lah ape lah. Aku pun diam je laa kalau dia cakap die merajuk. Sebab aku malas nak layan. Berdosa kan aku?
Lepas tu sekarang kita orang ada laa nak plan berbulan madu lepas majlis selesai dekat dua belah pihak. Eh yang menjadi issue nya sekarang ni papa si Z ni nak follow.
Aku macam tak leh fikir laa. Tak kan laa kita orang nak bulan madu pun nak ikut. Yang jadi kelakarnya. Mama dia tak heran pun wei. Papa die ni selalu nak ikut kita orang.
Kadang-kadang sikap papa si Z ni buat aku rimas dan aku sampai stress sampai terfikir tak nak kahwin. Astarfirullahalazim.
Aku ni sayang si Z ni dalam masa yang sama aku rimas dengan papa dia. Aku tak boleh nak compare ayah aku dan ayah dia. Sebab ayah aku pun caring dekat aku tapi tak sampai la merimaskan aku.
Kalau korang ade nasihat, boleh laa nasihat aku. Mungkin aku yang terlalu rimas bila orang terlebih caring dekat aku. Nasihat ataupun kecaman aku akan terima dengan hati terbuka.
Mungkin aku terlalu muda untuk memahami semua benda ni. Bersediakah aku untuk menghadapi papa si Z ni. Aku anggap ini semua adalah dugaan untuk aku dalam ikatan pertunangan.
– Pokok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit