Aku ni student u yang biasa sahaja. Aku kawan dengan semua orang sbb aku dah malas nak bergaduh macam zaman sekolah dulu. So, kiranya macam aku ni tak memilih kawan la. Siapa yang ada aku kawan ja. Tapi at the same time aku ni suka duduk sorang. Senang kata aku suka buat hal aku sendiri. Kalau aku ada mood nak bersembang baru aku bercampur dengan orang lain. Aku ni jenis cepat angin tapi aku tak reti nak luah. Aku suka pendam. Lepas tu aku sekali aku dah rimas dengan something, memang lepas tu aku rimas utk semua benda yg berkaitan dgn something tu.
Nak dijadikan cerita, aku kenal dengan si A ni. Dia course aku so aku selalu jalan dengan dia. Aku anggap dia kawan biasa ja. Tapi entahlah dia anggap aku apa. Aku tak berkenan sangat dengan dia tapi aku diamkan ja sbb aku akan jumpa dia hari2. Bukannya aku ni suka judge orang. Tak. Aku ni berkawan dgn semua orang cuma kalau aku tak berkenan aku macam tak cakap sangat dengan dia. Aku kalau dengan si A ni aku okay ja tapi aku rimas dengan perangai dia. So, ni aku listkan apa yang aku tak selesa dengan si A ni,,
Satu, aku ni suka cakap banyak dan merapu. Basically, kawan kelas aku macam suka layankan perangai gila gila aku ni. Aku tak tahu la si A ni jealous ke apa ke sbb dia akan buat apa yang aku buat jugak. Contoh macam tengah merapu, aku nnt cakap ayat merapu jugaklah then dia pun aku cakap balik apa yang aku cakap lepas tu dia terang pulak apa yg dicakapkan tu. I was like apa masalah kau benda dah jadi tak lawak sbb kau ulang benda tu dan pi huraikan pulak.
Dua, dia ni suka berkepit dgn aku. First, aku kalau aku okay dgn someone aku tak kisah dia nak berkepit dgn aku 24 jam tapi berpada la. Dia ni tak. Memang lah aku selalu pi class dengan kau tapi tu tak bermakna aku ni BFF kau. Aku jenis tak suka benda yg bagi aku rimas sbb aku ni jenis cakap direct terus. Nak ja aku cakap terus dengan dia tapi fikir balik nanti gaduh pulak. Dah la pi class sekali tiap hari. Duh wtf. Ok berbalik pada 2nd reason. Aku tak suka bila aku nak pergi mana dia akan ikut. Pastu tanya aku nak pi mana, dgn siapa semua. Then, kalau aku duduk sebelah orang lain dia macam tak puas hati. Biasa ada kawan aku ni duduk sebelah aku. Then, dia datang cakap tu tempat dia aku mcm wth bodoh kau dah kenapa. Tapi aku diamkan dah buat taktahu.
Tiga. Aku bergaya dia pun nak bergaya jugak. Aku tak kisah la dia nak bergaya pun tapi kalau semua benda si A ni nak ikut aku punya style parah la. Aku nak pakai kasut macam ni, dia pun nak. Aku cakap nak beli baju macam ni, dia pun nak beli. Ugh. Aku suka pakai tudung warna nude, tak terang mcm koko kelabu dia pun pakai tudung macam tu. Padahal sebelum2 ni dia pakai je tudung warna lain, corak corak semua. Yang aku tak boleh tahan dia suruh aku cakap kat dia bila aku nak beli apa2 sbb dia nak beli barang sekali dgn aku. Aku macam kita ni bukannya sweet couple ke apa ke!! Aku rimas gila.
Empat. Dia suka cerita masalah family, kawan2 dia dekat aku. Aku mcm okay la dia ada problem so aku dengarlah awal2 tu. Tapi aku makin meluat sbb apa yang dia cerita tu lebih kepada buka aib orang2 yg dia cerita tu. Aku tak suka la. Dia selalu cerita dia ada masalah duit tak cukup. Dia nak aku respond macam mana duh. Aku pun biasa la bagi pinjam duit dekat dia. Bukan nak mengungkit ke apa, tapi aku pun bukannya kaya. Sekali dua takpa la dia nak cerita. Ni tak selalu sangat dia cerita kat aku. Aku nak buat apa, nak bagi pinjam duit aku mana ada sangat. So, aku selalu diam je bila dia mengadu. Then, bab kawan2 dia. Aku rasa tak payah kot cerita kawan dia pernah buat benda terkutuk, kawan dia perangai tu la, ni la. A ni style cerita habis baik buruk orang tu dekat orang lain. Aku ni jenis malas ambik tau pasal orang so apa motif dia nak bukan aib kawan dia dekat aku. Sumpah aku tak suka gila.
Ada banyak tapi tu la aku malas nak cakap satu benda. Kita ni jangan ingat semua orang suka kita, baik dgn kita. A ni dia nasib baik sbb dia cari pasal dengan aku sbb aku ni jenis pendam dan tak suka membawang tentang kisah hidup orang. Cuba kalau aku ni jenis yang tak kisah, habis aku dah kutuk2 dia dekat semua orang. So moral of the story, kita ni biarlah bersederhana. Kawan biasa2 ja jgn lebih lol apakah hahaha. Jangan sampai orang tak suka kita. Biar tak rapat sangat at least tak dibenci. Jangan jealous/ dengki dengan orang. Jangan percaya sangat dengan semua orang. Tambah2 zaman sekarang ni. Then, jangan bergantung sangat dengan orang. Kau dah besar kot pandai2 la fikir sendiri. Jangan ganggu orang. Last, pandai2 la kau agak orang rimas dengan kau. Tak payah la nak sentap ke apa ke. Tu je aku nak luah sbb aku tak reti nak cakap takut nanti jadi lain. Bye.
– First love kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit