Assalamualaikum, thank you admin kalau confession ni disiarkan. Okay apa aku nak cerita ni pasal akak aku lah kan. Adik beradik aku ni kira ramai lah, sepuluh orang dan aku anak ketujuh. Mak ayah aku ni kira dah berumur lah jugak.
Kakak aku ni awal 40-an, dah kahwin tp belum ada rezeki nak dapat anak, kawen dah lebih 15 tahun. Oh ya aku ni lelaki. Aku memang rapat sangat dengan kakak aku ni dari kecik lagi, memang dia amik berat sangat pasal aku. Dengan adik beradik lain pun tak penah berkira esp bab duit lah.
Kakak aku ni dah kerja, kerja gomen lah. Mak ayah aku dah pencen, tp bulan2 still ada duit masuk lah. Akak aku ni memang baik, selalu call mak aku tanya khabar. Memang tak pernah miss lah kan. Dia selalu jugak balik rumah mak aku kat kampung.
Sampai lah satu hari tu, dia mintak tolong aku, suruh aku belikan makanan. Nak dijadikan cerita, aku sakit kepala and tak boleh lah tolong dia belikan makanan, aku assume dia okay lah kan sbab aku bukan sengaja, aku sakit kepala masa tu, sakit sangat. Sebab aku ni ada migrain.
Tapi, akak aku ni tetiba marah tak tentu pasal sebab alasan aku sakit kepala. Dia kata selama ni dia tak pernah mintak tolong aku, mintak tolong sikit pun nak berkira. Time tu aku malas nak layan, aku terus tido.
Bangun pagi esok tu, aku masuk bilik kakak aku, nak mintak maaf sebab tak tolong belikan makanan. Tapi dia takde, kereta pun takde. Aku fikir dia keluar pergi mana2. So aku biar je lah. Nak2 pulak mak ayah aku pergi ziarah org meninggal so takde sape kat rumah.
Dah tengahari, kakak aku still tak balik lg. Aku tanya mak aku “Kakak pergi mana mak, lamanya keluar?” “Kakak kau malam tadi lagi dah balik.” Aku terkejut gila sebab biasanya kalau dia nak balik mesti dia jumpa aku dulu.
Rupanya dia marah sebab aku taknak belikan dia makanan. Ape benda la kakak aku ni benda kecik je pun. Aku malas lah nak fikir. Lama2 nanti mesti baik punya. Tapi lepas kejadian tu kakak aku senyap je. Dengan adik beradik yang lain pun kakak aku senyap je.
Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan. Dah nak masuk setahun dah. Kakak aku senyap je. Aku pernah lah jugak text dia lepas kejadian tu, tp dia senyap je. Mak aku pun sedih. Mak aku selalu tanya “Apa salah mak? Kenapa kakak kau taknak telefon mak? Dia sakit ke?”
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku kesian dekat mak aku sebab selama ni kakak aku selalu bawak mak aku jalan2 beli itu beli ini. Tapi tu dulu je. Aku adik beradik lah yang selalu hiburkan hati mak, bawak mak pergi sana sini, sebab taknak buat mak sedih teringat kakak.
Tapi aku tahu, mak sedih sangat. Mak aku selalu bangun malam qiamullail, dan aku selalu dengar mak aku nangis sambil sebut2 nama kakak. Aku pun sedih tengok mak aku. Mak tak pernah tunjuk kesedihan mak depan kami adik beradik.
Aku still tak faham dengan kakak aku ni. Dia marahkan aku, tapi kenapa buat mak macam tu? Ayah aku pun sedih. Mak aku selalu sebut, dulu akak buat itu buat ini. Kesiannya mak. Kakak ni apa masalah dia? Bila kami tanya dia kata dia okey je.
Sampai lah satu hari mak jatuh sakit. Mak selalu sebut2 nama kakak. Mak rindukan kakak. Kami adik beradik sedih tengok keadaan mak. Kami ada telefon kakak tapi dia kata dia tak dapat balik ada kursus dekat mana tah sebulan. Dalam hati aku, marah sangat ngan kakak ni sebab pentingkan kerja daripada mak.
Mak makin tenat. Doktor pesan pada kami suruh kumpulkan ahli keluarga sebab mak dah nazak sangat. Kami call kakak, dia kata esok lah dia balik. Daaan, malam tu mak menghembuskan nafas terakhir. Kami adik beradik semua ada kat sana, kecuali KAKAK. Aku rasa terkilan sangat sebab mak tak dapat nak jumpa kakak di akhir hayat mak.
Esoknya, kakak datang. Datang selepas jenazah mak selamat dikebumikan. Bila tanya kenapa lambat, dia kata jalan jammed. Ah ye la tu, aku malas nak fikir sebab aku rasa menyampah dekat dia.
Lepas mak meninggal, kami jarang balik kampung, ayah pulak tinggal dengan abang aku yang sulong. Aku tak la risau sbab ada org nak jaga makan minum ayah. Kami adik beradik selalu berkumpul dekat rumah Along. Macam biasa lah Kakak mesti takde.
Aku pelik lah dengan kakak aku ni. Ada masalah ke apa. Mak dah meninggal pun dia still x berubah. Oh ya kakak aku ni suka sangat balik rumah mertua dia sampaikan lupa dekat kitorang adik beradik. Aku rindu sangat dekat kakak. Sihat ke dia?
Kak,Afiq mintak maaf dengan Kakak. Afiq rindukan kakak. Baliklah kak. Jenguk lah ayah tu. Takkan bila ayah dah takde nanti baru kakak nak balik?
Okaylah ni je cerita aku.mintak maaf kalau korang tak suka cerita aku. Thank you sebab baca. Kalau korang nak bg cadangan supaya hubungan kami macam dulu, silalah.
Sekian, assalamualaikum.
– Meow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit