Rindu Arwah Waleed

Aku menulis saat terbangun dari mimpi. Mimpi sosok tubuh yang aku rindu namun tiada lagi dia di dunia.

Abah meninggal pada tahun 2021 sebab covid. Setiap kali mimpikan abah, rasa nak bercerita tentang mimpi tu sebab nak ingat wajah tu, pakaian dia dan apa yang dia buat.

Tapi orang kata tak elok ceritakan mimpi kita dekat orang lain. Jadi saya cuma cerita pada ummi kejadian mimpi tersebut.

Disini saya cuma hendak meluahkan rindu saya pada arwah abah. Sedikit kisah sebelum dan ketika abah meninggal.

Beberapa hari sebelum abah meninggal, abah kata gatal gatal badan belakang.

Abah ada kencing manis tapi tak nak ke hospital. Bila badan dah gatal gatal, kami paksa juga abah pergi cek. Memang paksa sungguh sampaikan bincang adik beradik apa nak buat kalau abah tetap berdegil. Tapi abah akur.

Saya bawa abah ke klinik sambil ditemani ummi dan adik. Masa ni pkp tapi dah boleh keluar rumah cuma tak boleh rentas daerah. Saya tunggu dalam kereta.

Apabila selesai diklinik, abah masuk kereta dulu sementara ummi selesaikan bayaran di kaunter. Saya dengar abah menangis.

Bila ummi sampai, saya tanya ummi, apa yang doktor kata. Doktor kata kena refer hospital sebab dah teruk. Badan gatal gatal sebab ginjal dah tak boleh berfungsi dengan baik.

Kami bawa ke hospital terus dan doktor kata abah kena buat dialisis setiap malam. Boleh buat di rumah dengan sewa peralatan dialisis tapi sebelum tu kena tebuk dekat perut.

Selesai urusan tebuk, dan abah pernah kena warded sebab luka tebuk tu berdarah tak berhenti.

Balik dari hospital, malam tu abah tak boleh tidur. Saya nampak abah tidur sambil duduk ja sebab sesak nafas sikit sikit. Dan abah mula rasa demam. Luka tebuk abah tak baik lagi. Jadi kami bawa abah ke hospital semula.

Nak masuk bangunan hospital tak lepas sebab suhu abah tinggi. Jadinya abah kena pergi swab dan pihak hospital suruh kuarantin dirumah dulu. Nanti pkd akan call inform result swab.

3 hari abah kuarantin, dan kami tunggu call dari pkd tapi masih belum ada result. Abah dah makin sesak nafas. Hari ketiga baru pkd call inform ya, abah positive covid.

Kami call ambulans inform abah sesak nafas, ambulans kata kena bawa sendiri ke hospital. Kami call lagi suruh datang jugak sebab abah positif dan kami takut kami pula yang berjangkit sebab covid masatu memang menyeramkan.

Masih jelas dalam ingatan keadaan ketika abah meninggalkan kami. Ambulans sampai ketika abah sudahpun menghembuskan nafasnya yang terakhit.

Abah meninggal ketika kuarantin dalam rumah. Dalam bilik kuarantin. Saya masih ingat susun atur keadaan rumah ketika itu, bagaimana jenazah abah di angkat keluar dari rumah.

Saat abah hembuskan nafas terakhir, kami ada dihadapan pintu bilik berharap itu bukan nafasnya yang terakhir. Abah, anak abah ni belum sempat minta maaf, buat baik dengan abah.

Saya tak ingat bila kali terakhir saya sentuh, peluk dan cium abah. Lagipun abah bukanlah sosok bapa yang jenis mesra nak peluk anak anak.

Dulu dulu masa abah minta saya urutkan pun saya rasa awkward sebab tak pernah pegang tangan abah saja saja. Selalu pegang untuk salam ja kalau nak pegi sekolah, balik asrama atau ada keadaan2 yang perlu bersalaman.

Lagipula semasa abah meninggal, abah sedang kuarantin. Langsung kami tak dapat sentuh, cium jenazah abah.

Semasa abah tengah hembuskan nafas terakhir pun kami takut nak masuk duduk sebelah abah. Takut terkena covid. Masa tu belum ada vaksin dan kes tengah naik beratus orang meninggal sehari.

Tapi bila fikir semula, saya tetap rasa menyesal. Kenapalah saya tak masuk ja bilik genggam tangan abah yang tengah sakaratul maut. Abah meninggal sorang sorang ja dengan kami hanya melihat dari depan pintu.

Beberapa hari sebelum abah meninggal, hubungan kami adik beradik tak berapa baik dengan abah. Kita rasa macam ada je yang tak kena dengan apa yang abah buat. Saya terkilan sangat kenapalah saya buat abah macam tu.

Adik beradik kami ada seorang lelaki. Lama dia tak balik jumpa abah. Berapa kali sebelum abah meninggal, abah tanya bila lah abang nak balik. Anak kesayangan abah mungkin. Kami sampaikan pada abang tapi abang tetap tak balik, dan tak call abah.

Kakak saya acap kali minta abang call abah. Kalau tak nak balik pun, telefon lah abah. Tapi abang kata tak tahu nak cakap apa dengan abah. Abah menanggung rindu anak lelaki dia sampai dia meninggal.

Tepat saat abah dalam hembusan nafasnya yang terakhir, telefon abah berbunyi. Kami tak tahu siapa yang call sebab telefon ada di sebelah abah. Tak lama lepas tu abang call saya. Abang tanya, kenapa abah tak angkat call? Allah. Abang ke yang call abah tadi.

Saya bagitahu “abah baru ja meninggal”. Saya tak tahu apa perasaan abang. Saya tak pernah tanya tapi saya tahu, segunung rasa bersalah dalam diri dia.

Ketika abah meninggal, ummi dan kami adik beradik semua ada dirumah yang sama kecuali abang. Jadi kami semua kena kuarantin. Tak boleh uruskan jenazah abah. Jadinya hanya abang yang boleh uruskan.

Abang yang pergi cam mayat di hosp sebab jenazah abah perlu dibedah untuk post mortem. Abang jugalah yang bersama sama dengan pkd untuk uruskan sehingga ke kubur. Itulah bakti abang yang terakhir untuk abah.

Walau hanya dapat ‘jumpa’ abah ketika abah tidak lagi bernyawa. Saya akan menangis dan ketika menulis ni juga saya menangis bila fikir abang hanya call abah disaat hembusan abah yang terakhir. Semoga kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Kini kami hanya ada ummi. Ummi wanita kuat yang sentiasa sibukkan diri dengan membangun serta mendidik anak muda. Doakan saya dapat berbakti sebaiknya untuk ummi. Saya cuba penuhi apa apa hasrat ummi sekadar saya mampu.

Ummi suka berjalan. Kadang ummi jalan sorang ja bila tak ada yang boleh teman. Mujur rumah saya tak jauh dari rumah ummi dan suami jenis faham dan izinkan ja kalau saya nak teman ummi kemana mana.

Kadang saya wasep tanya ummi pergi mana harini? Ouh ummi pergi kubur abah. Kalau kita rindu abah, ummi mesti lagi rindu.

Saya tak tahu apa yang saya cuba sampaikan. Sekadar nak luah sebab terbagun tengah malam bila mimpikan abah. Rindu abah. Saya menyesal tak ambil gambar, peluk abah banyak banyak. Menyesal ikut je cara abah yang tak berapa mesra tu.

Tapi abah selalu ja luang masa dengan anak anak. Cumanya kurang pegang dan peluk kami. Rindu nak pegang tangan abah.

Semoga Allah ampunkan segala dosa abah dan bahagiakan abah sebab dah terlalu banyak abah berkorban untuk kami. Mesti abah penatkan besarkan kami. Abah rehat okay. Semoga kita jumpa semula di syurga nanti.

– Anak waleed (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Saya faham perasaan tt. Sbb saya yg mmg anak ayah dan mesra dgn ayah ni pun…kalau terfikir one day ayah dah takde…confirm air mata mengalir non stop. Tak sanggup rasanya nak tunggu saat dan detik itu.

    Semoga tt berlapang dada dan redha dgn semua ketentuannya…sebesar mana pun kekesalan kita sebagai anak…semoga semua benda tu dapat diredakan dgn doa oleh anak anak yg soleh solehah.

  2. Al-fatihah.. semoga arwah abah awk ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. sebagai anak, hadiahkan pahala bacaan al-qur’an kpd nya.. klau ada rezeki lebih, berilah sedekah dan niatkan pahalanya utk arwah abah awk.. itula caranya utk sampaikan ‘hadiah’ kpdnya, setelah dia tiada di dunia ini.. bukan salah awk kerana x dpt pegang, peluk dan cium abah awk pd masa sebelom dia meninggal, kerana pada ketika itu memang tidak dibenarkan pon.. (musim covid, kan), so redha jela, adalah hikmahnya, mse tu semua org bla sebut covid, mmg ingat ‘mati’ je.. inshaa Allah, dgn rahmat Allah, akn dpt juga berjumpa semula d Akhirat, khususnya di Syurga Allah.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *