Rindu dan Rasa Bersalah

Hi warga IIUM Confession. Aku Feeya. Umur pertengahan 20an. dan mempunyai kekasih hati bernama Fatih. Bukan Si Dia aku ingin ceritakan. Tetapi Si Oren yang aku rindukan. Ya kucing terakhir yang aku jaga.

Ceritanya bermula semalam, pulang saja dari kerja. Fatih mengajakku ke kedai makanan kucing. Dia mahu beli makanan untuk kucingnya Si bulus Grande. Sampai saja dikedai. Sedang sibuk Fatih berborak dengan penjual. Mata aku memerhati produk-produk kucing yang ada.

Sampai di bahagian rak tersusun paket kecil “susu kambing untuk anak kucing” aku perhati lama. Mata aku turun ke bahagian bawah rak. “Shampoo kucing” “Ubat kutu kucing”. Tetiba saja kenangan pernah menjaga kucing-kucing sebelum ini.

Seingat aku, aku dulu kurang gemar dengan kucing. Bukan benci sampai menyepak atau memukul. Tapi jika ia datang. Aku beri makan.

Hanya biasa-biasa saja. Masih ingat lagi semasa di zaman persekolahan, sepupuku mencium-cium kucingnya. Dalam hati aku terdetik “bulu kucing ni tak masuk dalam hidung dia ke?”

Dan pada suatu hari, aku berada di rumah sepupuku. Ada seekor anak kucing seperti kekejangan.

Aku bertanya ” kenapa dengan kucing tu?” Sepupuku menjawab “Ohh dia tengah sakit nak mati. Takboleh buat apa dah”. Lepas beberapa minit.

Aku saksikan sendiri macam mana sakitnya sakaratul maut untuk seekor kucing. Badannya kejang sehingga membuat seluruh badannya membengkok ke arah berlawanan.

Tiba-tiba hatiku menjadi sebak. Kakiku pantas berjalan pulang ke rumah. Sepanjang berjalan, air mata mula menitis. Entah apa yang buat ku rasa sedih selepas melihat kejadian itu. Rasa sakitnya saat sakaratul maut tu.

Kejadian itu dibiarkan berlalu begitu saja, selang beberapa hari, ada seekor anak kucing warna oren datang ke rumah ku. Lemah. Seperti sakit. Aku melihat didadanya. Seperti ada lubang. Dan cairan warna hijau. Jika ditekan. Lagi banyak cairan yang keluar. Tak pasti itu apa.

Hal ini kerana aku tidak pernah ada pengalaman menjaga kucing. Aku mula mencari maklumat di google.

Aku mula menjaganya. Tapi hanya dikawasan luar rumah. Aku mula mencari “Petua sembuhkan luka kucing” “Cairan hijau pada kucing”.

Setiap waktu aku keluar untuk pantau. Tak senang duduk aku. Aku mula beri dia makanan. Di telinganya penuh dengan kurap.

Aku mula google “petua hilangkan kurap kucing” Si google mula memberi beberapa jawapan antaranya yang aku guna ialah minyak masak yang telah digoreng ikan. Laju kakiku berjalan ke rumah sepupuku meminta sedikit minyak dari ibu saudaraku.

Dia memberi. Pantas aku menyapu di telinga anak kucing itu. Di dadanya, aku meletakkan minyak gamat di kapas dan membalutnya di dada. Diikat tidak ketat. Mula anak kucing tu, rasa tidak selesa. Lama lama ia hanya biarkan saja.

Selang beberapa hari ia semakin sembuh. Cairan di dada pun sudah tiada dan lubang sudah tertutup. Suatu hari aku pulang dari sekolah.

Aku mencari-cari tapi tak ada. Mungkin sudah pulang ke kelompoknya. Sekejap saja aku dapat menjaga.

Kucing kedua dan ketiga pula, mereka sebenarnya kucing jiran yang suka datang duduk di pintu rumahku. Nama diberi Si Putih dan Si Gemok. Putih kerana hampir keseluruhan badan berwarna putih dan hanya di telinganya saja berwarna coklat keperangan.

Si Gemok pula? Entahlah saiz badannya hanya biasa-biasa. Tidak gemuk tidak kurus. Mungkin aku suka panggil seperti panggilan manja.

Kedua-duanya hanya kucing kampung biasa. Jika dilihat Si Gemuk ni lebih tua sedikit dari Si Putih.

Setiap hari mereka akan bermain dengan aku. Aku sudah mula biasa dengan bulu kucing. Kena cakar dan gigit itu biasa. Kadang cara mereka nak bermain dengan kita. Paling aku suka, jika bermain atau panggil untuk makan.

Jiran aku okay saja sebab dia pun jarang ada dirumah. Aku pula tinggal dikawasan kampung. Panggil saja nama mereka berlari-lari dari pelusuk mana entah, tiba-tiba saja muncul. Sangat aktif! Aku mula sayang kepada mereka. Sayang sangat-sangat.

Pada suatu hari, Si Putih menunjukkan sikap yang tidak aktif. Jika ajak bermain. Hanya memandangku sahaja. Dia banyak menyendiri.

Badannya panas. Tidur di dalam longkang kecil yang tiada air mengalir. Merata aku mencari. Rupanya disitu. Makan pun tidak mahu. Aku mula mencari Cik google “Sebab kucing tidak lalu makan dan tidak aktif” “kenapa kucing suka menyendiri”.

Masih segar diingatan. Waktu petang, semasa aku bawa anak saudaraku berjalan-jalan pusing kampung. Letih berjalan. Aku duduk sebentar. Mata ku memandang Si Putih. Dia tidak datang padaku. Tapi ingin melepaskan hajat.

Aku perhati. Seperti susah dia ingin mengeluarkan najis itu. Matanya memandang aku. Seperti memberitahu sesuatu. Matanya nampak sedih. Tapi aku tidak faham. Sebab pengalaman menjaga kucing kurang.

Lama juga dia mencuba. Hanya sedikit yang keluar. Dia berlalu dan menyendiri lagi.

Malam tu, dia datang di depan pintu rumah. Aku memegang badannya panas. Mulutnya sudah keluarkan cairan putih seperti air liur. Aku mula membalutnya dengan kain. Dalam hati macam-macam aku berdoa takut kehilangannya.

Matanya hanya memandang aku seperti memberi signal “aku dah tak lama ni. Aku nak pergi dah”. Saat sedang menaip ni pun berair mata.

Ulang-alik aku keluar rumah. Kadang selang-seli beri air. Tapi tidak ditelannya.

Beberapa minit kemudian, dia kekejangan. Dan sudah tiada. Aku hanya menahan sebak di depan adikku. Aku usap badan Si Putih “aku minta maaf tak jaga kau elok-elok. Nanti jangan lupa panggil aku dekat syurga”.

Esoknya aku ada peperiksaan Semester 1 Tingkatan 6. Aku masih ingat lagi, aku menjawab soalan Bahasa Melayu dalam keadaan menangis.

Teringatkan Si Putih. Sayang sungguh aku kepadanya! Pulang saja ke rumah, ketika mahu makan. Aku memandang pintu. Kosong. Tiada yang menunggu dengan muka seposen. Selalu mereka datang ketika aku makan. Si Gemok pun entah kemana.

Selesai makan. Aku mencari Si Gemok. Aku melihatnya. Aku tahu dia tengah sedih. Kehilangan kawan bermain setiap hari. Kemana saja.

Mereka berdua. Rupanya Gemok tidur di tempat Putih selalu tidur. Bekas tapak yang sama. Cara yang sama. Mungkin rindu. Aku cuba menjaga Si Gemok dengan sebaik mungkin. Aku mula mencari ilmu-ilmu menjaga kucing. Suatu hari, aku nampak jiranku mengemas rumah.

Rupanya ingin pindah. Aku mula risau. Tak senang duduk aku. Takut-takut mereka bawa Si Gemok sekali. Aku mula mencari ayahku agar beritahu jiranku jangan bawa Gemok.

Biar aku yang menjaga. Ayah pun pergi kepada jiran. Ayah cakap nak jaga sebab dah sayang. Selalu beri makan semua. Alhamdulillah jiran aku beri keizinan. Aku mula menjaganya.

Sepanjang aku menjaga Gemok. Aku diberi ujian lagi. Tiba-tiba saja Gemok tidak aktif. Alami sakit yang sama seperti Si Putih. Tak tidur lena aku. Di sekolah pun, tidak fokus fikirkan Gemok.

Aku google “klinik veterinar di sekitar aku”. Balik saja sekolah. Aku mengajak sepupuku hanya menaiki motorsikal waktu tengahari. Panas hujan aku tak kisah. Janji Gemok sihat sepeti biasa. Sudahla jauh. Memang kerja gila.

Tapi sebaik saja sampai. Klinik tidak buka. Hampa rasanya! Aku balik. Mula melihat Si Gemok. Najisnya berwarna cairan hijau.

Aku mula google “Punca najis kucing berwarna hijau”. Rupanya Gemok sakit perut. Cirit-birit. Sebab itu dia tidak lalu makan. Aku cuba mengkaji lebih lagi. Ada juga kucing yang sembelit. Susah keluarkan najisnya.

Terus ingatanku teringatkan Si Putih. Aku minta maaf Putih. Aku baru faham kau tengah sakit apa. Aku google lagi. “Petua rawat kucing cirit-birit”.

Banyak jawapan yang keluar. Antaranya yang aku buat untuk rawat Gemok. Beri air kelapa. Guna picagari. Stop semua makanan yang pernah diberi sebelum ini. Mungkin dari makanan kucing tu tidak sesuai dengan dia.

Gemok juga demam. Badannya panas. Dan selsema. Kesannya dia tidak lalu makan. Jadi untuk naikkan deria baunya. Aku rebus isi ayam dengan 2 ulas bawang putih. Ketika diberi. Dia hanya bau saja. Aku cuba menyuapnya.

Dia makan. Mungkin sedap atau ada rasa. Dia cuba bangun sendiri dan makan. Air rebusan ayam itu, aku beri padanya guna picagari.

Berselera dia. Esoknya dia semakin sembuh.

Jadi sepanjang aku menjaga Gemok. Jika dia sakit sahaja atau tidak lalu makan. Benda yang pertama aku buat. Beri air kelapa kepadanya.

Petua ini pun aku pratikkan kepada kucing lain. Yang tiba-tiba datang dalam keadaan sakit. Air kelapa ini seperti membuang racun dalam badan kucing. Dan beri tenaga.

Ingat lagi semasa Gemok sakit. Aku memanggil dia. Tapi tidak datang. Semua tempat kesukaan dia berteduh aku cari.

Bawah perudu pokok pisang. Rumah jiran. Dalam pasu kosong. Tak ada. Risau aku. Tiba-tiba aku teringat Putih dulu waktu sakit suka duduk dalam longkang. Yaa aku keluar. Rupanya longkang yang sama dan tempat yang sama. Gemok ada disitu.

Sepanjang aku jaga Gemok. Apa yang aku boleh fikir. Betullah cakap orang. Kucing ni haiwan penyayang. Dia boleh faham waktu kita sedih.

Pernah satu hari, aku tengah sedih. Tapi tak ingat sebab apa. Sedang aku memgikat tali kasut sambil memikirkan hal sedih. Serabut fikiran.

Gemok tiba-tiba datang. Memandangku. Menggosok kepalanya di kakiku. Aku memandang dia. Dan dia memandangku. Seperti berkata “janganlah sedih. Semua ni akan okay!”.

Kucing ni seperti memahami perkataan manusia. Aku suruh dia cium pipi aku pun. Dia akan buat. “Sayanggg sikittt”. Laju saja mulut kecilnya ke pipiku. Kalau time makan “Gemokkkkkkkkk. Balik makan” bergema satu kampung suara aku.

Dia pun dengan bunyinya entahlaa taktahu nak hurai macam mana bunyi tu berlari-lari pulang ke rumah. Mungkin Gemok cuba kata “Yaaa nak balik laaa niii”.

Jika ada Ayam Jantan bawak isteri-isteri meronda depan rumah aku. Cepat sajaa Si Gemok mengganggu. Ohh yaa! Lupa nak bagitahu.

Gemok dan Putih merupakan kucing betina. Itulah gediknya lebih sikit. Pernah suatu hari tu, aku melihat Gemok seperti tidak selesa. Aku cuba melihat dikakinya. Ohhh rupanya kukunya patah dan ada seekor ulat sudah gemok duduk dilukanya. Aku cuba keluarkan ulat itu.

Gemok menarik-narik kakinya bukan pedih. Selesai saja keluarkan. Darah menitik-nitik keluar. Emakku memyuruh aku letak serbuk kopi.

Untuk hentikan darah. Aku cuba letak. Si balut lagi. Mula Gemok tidak selesa. Lama lama biarkan saja. 2 malam juga aku letak. Dan

Alhamdulilah lukanya sudah kering.

Banyak kenangan sebenarnya dengan Gemok. Sudah beranak beberapa kali. Tahun bersilih tahun. Aku pun sudah belajar jauh waktu tu.

Pulang ke rumah pun jarang-jarang. Bila pulang ke rumah saja. Gemok seperti memandangku kosong. Aku panggil pun dia buat tak tahu.

Dulu dia lah terpaling laju. Sedih juga la. Tapi aku faham. Perasaan ditinggalkan. Gemok mula mencari kasih sayang dirumah lain. Entah laa. Sebab lama tak berjumpa dengan dia.

Aku ingat lagi, aku berdoa sungguh-sungguh suruh Gemok balik. “Gemok baliklah. Aku rindu kau”. Esok paginya tetiba dia muncul depan rumah. Seronok aku. Aku layan dia macam biasa.

Tapi rupanya dia tak lama hanya singgah minum air 2 3 hari. Lalu hilang kembali. Mungkin dirumah jiran yang lain.

Kali terakhir aku lihat dia tahun lepas awal 2021. Dia pun dah makin tua. Aku cuba cari disekitar kawasan yang orang-orang bilang pernah nampak dia melepak. Tapi tidak jumpa.

Aku doa semoga dia baik baik saja. Banyak kenangan aku dengan kau! Jangan lupa panggil aku dekat syurga nanti!

Selang beberapa bulan, aku menjaga anak kucing. Aku beri nama dia Oren. Sebab bulunya berwarna oren. Patah riuk akibat dilanggar motorsikal. Dan kucing ini lah kucing terakhir aku jaga.

Dan sehingga hari ini aku selalu berasa bersalah sehingga aku rasa sudahlah tak mahu jaga kucing lagi. Nak tau perjalanan aku dengan Si Oren. Komen lah part 2. Kalau tak nak. Aku tak teruskan. Terima kasih kerana membaca.

Yang Ikhlas,

– Feeya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *