Rindu dan Trauma

Hai salam sejahtera semua, saya pertama kali nak kongsi confessions saya di sini, harap sangat admin sudi siarkan nanti. Saya dah penat simpan bertahun-tahun. Saya simpan sendiri dan juga tanggung sendiri.

Nama saya K, saya berasal dari negeri di bawah bayu.. Saya nak berkongsi kisah trauma saya dibuli di sekolah 11 tahun lalu iaitu pada tahun 2010. Kejadian ini berlaku di sekolah berasrama penuh agama.

Awal kemasukan saya ke sekolah ni saya memang kurang setuju dan tidak berminat sebab saya tidak biasa berpisah dengan keluarga iaitu faktor lokasi sekolah yang jauh dari kediaman tempat tinggal saya dengan daerah tidak sama.

Saya berkali-kali suarakan pada ibu bapa saya yang saya tidak mahu sekolah jauh dan ingin ke sekolah dekat dengan tempat tinggal saya.

Tapi disebabkan saya tidak sampai hati menolak rayuan ibu bapa saya, saya bersetuju sahaja. Mungkin faktor saya anak bongsu dan sangat tidak biasa lagi berjauahan dengan keluarga ketika itu.

Saya tekadkan dalam diri saya beranikan diri sahaja ke sekolah berasrama penuh agama itu walaupun dalam hati tak suka tapi saya paksa biasa kan diri. Saya ketika itu berharap juga dapat biasa kan diri secepatnya mungkin.

Hari pertama di kelas saya sudah dapat pengalaman yang tidak bagus, ketika itu saya duduk di kelas termenung ingatkan keluarga di kampung. Saya hanyut dengan perasaan sedih waktu tu.

Datang seorang kawan satu kelas tegur saya yang saya gelar R. Saya pun berbahasa la dengan dia. Disebabkan saya lambat menjawab pertanyaan dia. Dia tiba-tiba marahkan saya. Saya waktu tu memang tidak biasa lagi suasana baru di sekolah itu.

Selepas kejadian tu saya jadi pendiam di kelas. Saya banyak berjalan sendiri ke kelas ke asrama sebab saya masih belajar biasa kan diri. Tapi saya rupanya R makin tidak puas hati dengan saya. Dengan kasar dia selalu ganggu saya bila bersendirian di kelas.

Saya cuba la bertanya kenapa apa yang dia tidak puas hati dengan saya dan dia jawab dia tidak suka saya banyak berdiam di kelas dan tidak betegur dengan mereka di kelas dan dianggap sombong.

Saya akui awal minggu saya di sana, saya masih tidak biasa dan masih cuba belajar sesuaikan diri saya bersekolah di situ.

Rupa-rupanya R ni memang dah berdendam dengan saya. Banyak kelakuan dia yang tidak sopan seperti mengejek, meludah saya ketika saya terserempak dengan dia. Saya yang tidak puas hati waktu tu saya buat laporan dengan guru sekolah waktu tu dan dia telah di panggil.

Dia tidak insaf selepas itu dan makin kerap mengganggu. Emosi saya terganggu dan suka bersendirian di kelas dan menangis.

Pada malam waktu kelas prep itu, ada seorang senior tingkatan 6 yang saya gelar T datang berjumpa dengan saya dan bertanya saya masalah apa yang saya hadapi.

Saya pun luah la perasaan saya dan sebagainya. Kami pun rapat selepas itu. Saya gelar dia abang angkat sebab dia banyak memberikan kata nasihat untuk saya kuat semangat.

Pada waktu ketik, R tambah tidak puas hati sebab saya mempunyai seorang abang angkat di sekolah itu. Dalam saya tak sedar dia telah merancang untuk membuat fitnah dengan saya.

Fitnah yang dia lakukan dan masih saya ingat smpai sekarang, dia telah meletakkan telefon bimbit milik seorang senior ketika saya sedang berada di bilik seterika waktu itu.

Senior yang tahu waktu itu sangat tidak puas hati dengan saya dan menyerang saya di bilik dan menuduh saya bukan-bukan.

Emosi saya amat terganggu waktu itu. Saya tertekan diugut oleh jikalau saya tidak kembalikan telefon itu saya akan dipukul. Satu minggu saya diberi masa untuk mengembalikan.

Kejadian mengaibkan saya lagi yang R lakukan dengan saya. Dia senyap-senyap telah merakam gambar bogel saya waktu tu dan ugut saya pindah sekolah dari situ.

Jiwa saya makin sangat tertekan waktu itu. Saya sangat takut ugutan R.. Ditambah lagi dengan peringatan saya disuruh kembalikan balik telefon bimbit yang saya difikir sebagai pencuri.

Saya membuat keputusan mengakhiri hidup saya dengan minum ubat yang banyak. Saya pengsan dan telah dibawa hospital.

Kejadian ini mengemparkan sekolah saya waktu itu. Nama saya makin disebut oleh warga sekolah. Selepas saya sedar, saya sangat trauma dengan kejadian itu, saya selalu mimpi yang bukan-bukan

Saya sampai tahap meracau waktu malam dan buat perkara bukan-bukan seperti berjalan seorang tanpa sedar waktu malam. Nama saya kembali tambah buruk dan kawan sekelas menjauhkan diri dari saya dan menganggap saya mencari perhatian sahaja.

Abang angkat yang saya gelar T, waktu itu tidak dapat menemani saya lebih kerap dan sebab ingin fokus dengan STPM ketika itu,

Tapi dia berjanji lepas habis peperiksaan dia akan berjumpa dengan saya untuk membantu saya untuk mengembalikan semangat saya yang ketika itu sangat rapuh akibat trauma saya dibuli.

Saya mengambil keputusan berpindah sekolah. R yang selalu membuli saya ketika itu pasti gembira saya tidak lagi bersekolah di situ.

Maaf pembaca semua, cerita saya agak panjang. Saya nak menulis lagi kisah saya tapi saya tak sanggup lagi ingat masa lampau..

Sebab sampai sekarang kisah itu saya ingat. Saya trauma. Tiap malam saya tidak boleh lupa.. Saya sedih sebab nama saya tidak dibersihkan sewaktu saya bersekolah di situ. Kawan-kawan sekolah tidak tahu kisah sebenar saya dibuli teruk waktu itu.

Orang yang tuduh saya curi telefon dia waktu itu pun belum tahu saya bukan pelaku. Saya tahun sudah lama berlalu tapi ingatan saya masih sangat jelas..

Saya teringat lagi janji abang angkat saya dulu yang berjanji akan datang menemui saya tapi sampai sekarang tidak ada. Selama 11 tahun saya pendam. Sakit sendiri. Saya susah melepaskan semua kenangan pahit dulu..

Saya bukan tidak cuba tapi tak dapat. 11 tahun saya berjuang sendiri. Tiap malam selalu teringat semua kisah lama dahulu.

Banyak lagi yang saya ingin cerita kan tapi saya tak kuat menulis lagi. Saya cuma minta bantuan pembaca semua. Doakan kekuataan saya untuk bangkit lupa semua ini walaupun selama 11 tahun di tahun 2021 saya masi teringat.

Saya sampai menyalahkan kenapa abang angkat saya waktu sekolah dulu tidak datang jumpa saya. Janji dia tolong saya dulu masih saya ingat.. Saya penat tanggung begitu lama..

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *