Rindu Dengan Tempat Kerja Lama

Assalamualaikum. Sekadar nak berkongsi cerita je. Nama aku Sha, berusia 26 tahun.

Selalu kita dengar cerita pasal masalah2 di tempat kerja, toksik, etc. Tapi aku pulak rindu sangat2 dengan tempat kerja lama aku.

Iaitu sekitar tahun 2019-2021. Aku kerja di office kecil sahaja. Agak jauh juga dengan kampung aku so aku terpaksa menyewa bilik. Rezeki aku dapat bilik sewa yang cantik dengan harga sangat murah.

Bos aku sangat baik dan adil. Rakan sekerja pun memang best. Ada juga yang tak best tapi aku okay je. Dan yang paling penting aku enjoy kerja aku walaupun kadang-kadang stress juga dengan ragam customer.

Bayangkan awal-awal pagi aku memang excited nak pergi kerja. Aku terlebih semangat hinggakan aku sampai ke office lebih awal berbanding staff lain.

Kalau bab gaji jujur aku cakap, memang agak ‘underpaid’ tapi aku boleh survive disebabkan tak banyak sangat commitment lagipun time tu aku masih bujang lagi.

Apabila covid-19 melanda negara, masa tu lah bermulanya masalah kewangan yang dihadapi oleh company tu sehingga terpaksa menutup operasi.

So secara automatik aku terpaksa say bye-bye jelah & terpaksa cari pekerjaan baru.

Memang sangat sedih ye bangun pagi memikirkan di mana la aku nak kerja nanti. Sebab di fikiran aku waktu itu masih lagi terasa rindu dengan pekerjaan lama aku tu.

Bos pulak sangat-sangat baik. Dia guide semua staff untuk buat tuntutan EIS, bayar baki gaji & semua dia settlekan asalkan setiap orang mendapat hak mereka sebelum masing-masing terpaksa meninggalkan syarikat.

Aku terus balik kampung dan tinggal dengan parents aku.

Selepas PKP 2.0 reda, aku mula mencari pekerjaan baru. Akhirnya aku diterima di sebuah syarikat yang terletak agak jauh dari rumah dan perlu merentas negeri.

Jarak dari kampung aku ke tempat kerja tu satu jam perjalanan juga. Bayangkan bangun seawal pagi sebelum matahari naik, pastu balik kerja pulak dah malam. Hadap jem lagi. Kiranya tak sempat tengok matahari. Hahaha.

Disebabkan gaji sangat ok aku sanggup berulang-alik begitu. Bab sewa bilik aku tolak tepi sebab kos sewa di negeri tu agak mahal juga. Lagipun aku dah nak kahwin so aku agak struggle kumpul duit.

Semakin lama aku rasa macam tak seronok pergi kerja. Rakan sekerja semua agak berusia. Kiranya aku seoranglah paling muda di situ.

Ada juga staf senior yang pada mulanya baik sahaja tapi semakin lama semakin kerek pula seolah menyampah dengan kehadiran aku di situ. Mungkin sebab aku ni agak ‘slow’ dan pendiam.

Tempat duduk aku dekat dengan mereka so hari-hari la hadap muka mereka. Tapi aku tak peduli pun, lantaklah bukan mereka yang bayar gaji aku pun.

Tapi taklah semua berperangai begitu. Ada juga staff yang sangat baik dengan aku tapi department mereka agak jauh pula.

Semakin lama aku bekerja, semakin bertambah pula skop kerja. Bayangkan kerja yang sepatutnya dibuat oleh orang lain, aku pulak yang kena cover sampaikan aku terpaksa bawa balik kerja tu ke rumah.

Hari cuti pun aku kena fikir hal kerja. Makin hari aku makin stress tapi hadap jugaklah sebab dah nama pun cabaran hidup kan.

Aku tak nak jadi mengada-ngada tapi kadang-kadang aku tewas juga dengan emosi sendiri. Hari-hari aku teringat akan tempat kerja lama. Rindu sangat.

Selepas 6 bulan bekerja di tempat baru, aku pun berkahwin. Kami menyewa rumah yang tidak jauh dengan kampung aku.

Suami aku perasan dengan perubahan mood aku dan suatu hari aku menangis dengan sangat teruk, melepaskan segala bebanan fikiran yang selama 6 bulan aku tanggung seorang diri.

Dia nasihatkan aku untuk berhenti sahaja dan cari pekerjaan baru. Dia cakap dia boleh tanggung aku dan kalau aku dah taknak kerja pun dia ok sahaja asalkan aku dah tak stress macam tu.

Selepas berhenti kerja aku rasa sangat gembira dan tenang.

Sekarang dah hampir setahun, aku masih belum kerja lagi. Dapatlah pegang title ‘suri rumah sepenuh masa’.

Aku berusaha buat bisnes part-time dari rumah dan alhamdulillah ada juga income walaupun tak sebanyak orang yang bekerja.

Tapi aku tetap merindui pekerjaan lama aku tu dan aku berharap suatu hari nanti aku dapat bekerja semula di tempat yang lebih baik.

Sekarang aku sedang aktif memohon pekerjaan baru dan aku berharap sangat Allah permudahkan urusan aku. Kalian doakan aku ya.

Terima kasih sudi membaca dan mohon maaf andai cerita aku ni boring. Hahahaha.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *