Rindu Dia Yang Dulu

Mari bercerita tentang seorang aku yang berusia enam tahun dahulu. Aku merupakan anak bongsu perempuan dari enam orang adik beradik. Maaf, cara penulisan agak berat, mungkin. (Sebab saya suka menulis)

Dulu, akulah yang menari gembira bersama adik bongsu ketika kereta rusa ayah sampai di rumah. Dengan lompatan dan semangat yang tinggi, akan ku tanyakan pada ayah tentang aiskrim untuk kami berdua. “Ayah, ada aiskrim tak?”

Bila ayah mengangguk dan menunjukkan satu bungkusan, maka aku pun laju masuk ke dalam rumah diikuti dengan adik. Dan bila sampai satu masa aku demam, ayah jugala yang risau dan rajin melekapkan belakang telapak tangannya di dahiku.

Dan seingatku, sewaktu berumur enam tahun juga ayah dan ibu menyambut ulangtahun ku dengan membuat burger sendiri dan memanggil beberapa tetamu. Itulah majlis harijadiku yang disambut bersama ayah kali pertama dan terakhir.

Perna juga jariku ini dijepit ketam, ayah jugala rajin bertanya dan membungkuskan jari dengan kain untuk menghentikan darah.

Namun takdir memisahkan kami, ayah curang dengan kawan ibu. Kawan sekampung yang rajin datang makan2 dan menghantar lauk.

Malah pernah aku juga diberikan gaun kembang berwarna putih dan merah jambu. Aku cukup kenal dengan kawan ibu itu, orangnya peramah, dan juga baik.. (waktu itu)

Ibu pula, langsung tidak tahu mengenai kecurangan mereka sehingga menemukan beberapa pucuk surat cinta di almari baju.

Surat yang berisikan ‘kalau kita kawin nanti, Mila akan jaga anak2 abang.’ walhal, penulis surat yang angau itu sudahpun berkawin dan memiliki enam orang anak.

Perang pun bermula, ibu marah, bergaduh dan ditoreh wajah macik Mila. Dan gaun merah jambu yang kebetulan aku pakai ibu minta tanggalkan.

Selepas dari kejadian itu, ayah dan ibu bercerai. Ketika ini, aku berusia sembilan tahun. Ayah sudah tidak tinggal bersama kami. Ibulah yang menjaga kami. Kerja buruh.

Berhempas pulas berkerja memandangkan adik bradik yang lain juga sekolah. sewaktu umur 11 tahun, ibu menghantar aku ke tempat ayah bersama adik. Kata ibu, “bercuti dengan ayah. Nanti bila sekolah bukak, ibu ambik.”

Aku ketika itu tidak tahu apa apa. hanya menurut dengan rasa yang janggal kerana sosok perempuan di rumah itu bukan lagi ibu kandung.

Tapi hal sebenarnya, ibu aku tipu.. ibu uruskan pemindahan sekolah. Ibu mungkin tidak mampu jaga kami semua. Bermula hari itu, aku dan adik hidup dalam suasana baru.

Malam pertama, aku dan adik baring di ruang tamu bersama ayah. ketika itu, mata ayah merenungku sambil tersenyum dan berkata, “ucu, ayah..” wajah yang belum berkedut pada waktu itu kubalas dengan pandangan juga. Hari berganti hari sampai semuanya sudah tidak mesra.

Baik ayah, atau ibu tiri. Saban hari mereka bergaduh.

Umur 12 tahun, semuanya semakin menggila. Mila yang dahulu bercakap manis menjaga anak2, sudah berani membodohkan keluarga kandungku.

Berani membangunkan ku menggunakan kaki. Dan kerap menyapu lantai diluar bilik dengan kencang ketika aku berkurang di bilik.. kami semakin renggang.

Ayah kurang bercakap dan ibu tiri rajin bermasam muka. Kutulis diari betapa bencinya aku dengan ibu tiri ini. Namun, buku diariku berada di luar rumah ketika aku pulang dari perkhemahan Kem motivasi upsr.

Buku diari itu aku ambil. sudah terkena panas dan matahari. Ayah hanya diam. Rautnya kelihatan marah. Ah! Sudah biasa. Bahkan perna juga Ayah berkata, “kerat jarilah kalau ayah nak uruskan kamu semua.”

Ayahku, sudah jauh berubah. sudah tidak peduli dengan dua anak dari bekas isteri pertamanya. Ayah juga tidak berikan duit sekolah.

Sehingga sampai satu tahap aku terpaksa menipu dengan menambahkan dua Ringgit pada Yuran asal PIBG. Seringgit untuk aku, dan seringgit untuk adik.

Hari sekolah, aku selalu keluar awal subuh dan menunggu di perhentian bas sendiri sehingga aku dikatakan hantu. Selama bersekolah di tempat ayah, aku juga belajar menggosok baju sndiri dan baju adik yang berumur 8 tahun waktu itu.

Aku juga mengajarkan adik cara menyusun buku ikut jadual. Banyak kenangan kami berdua. Mandi sungai berlakon sebagai duyung dan nelayan, mencari sarang burung, dan bersama-sama menyiram api kemarahan si Mila.

Haha.. bila duduk berdua dengan ibu tiri, ayat yang selalu keluar dari mulutnya, “keluarga kau tu semua bodoh. Cuba kau tengok anak aku ada ini, anak aku ada itu.” Acapkali dia membandingkan anak2 dari suami lamanya dan kami adik bradik.

Rumah yang macik Mila tinggal bersama ayah juga dipenuhi dengan gambar anaknya dan anak mereka berdua. Gambar kami anak ayah pula tidak ada seumpama kami ini tidak wujud. Haha..

Kini, aku sudah dewasa dan ayah masih begitu. Ayah semakin jauh bila pesanan dan panggilanku tidak dibalas. Ayah juga kerap ganti nombor. Tapi aku rajin minta nombor baru ayah dari keluarga sebelah sana.

Bila pesananku dibalas, ayah akan cuma bercakap mengenai c0vid yang bahaya, ambil v4ksin dan kawasan tempat tinggal Ayah tidak membenarkan orang luar masuk.

Mungkin itu satu petanda bahwa ayah tidak mahu sy datang walaupun ayah tidak prna tanya. Walaupun acapkali mata ini melihat ayah brjalan bersama isteri dan anak ayah melalui status. Ayah… sy cuma rindu. Itu sahaja.

Ucu tidak boleh membenci, namun ucu juga tidak pasti, bagaimana perasaan ucu misalnya ayah di takdirkan pergi dahulu.

Adakah rindu ucu bertambah atau semua suasana sama saja? Orang kata, rindu paling sakit rindu pada orang yang sudah tiada. Macam mana pula kalau ucu sudah tidak ada nanti? Rindukah ayah pada ucu?

– Ucu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *