Assalammualaikum, nama aku laila isabella sebab aku suka tengok cerita laila isabella.
Aku nak kongsikan pegalaman aku belajar dulu. Kehidupan yang terlalu bebas. Jauh dengan parents. Ibarat masa tu seperti kau yang punya. Bila lapar aku bebas pergi Mcd pukul 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi. Hari itu kau malas pergi kelas? Haha takde masalah hari lain kau boleh join kelas budak lain. Boring? Tak sampai 5 minit wayang menanti. Nak balik pukul berapa 1 pagi, 2 pagi, 3pagi? Takde sape yang marah. Nak bangun lambat lagilah tiada sape yang membebel. Aku bekas mahasiswa university private. Ops. Aku bukan anak orang kaya. Haaa ptptn? Haha oh tidak. Aku salah seorang pelajar yang beruntung dimana aku boleh dikatakan ditaja dan boleh dikatakan pinjaman dari salah sebuah organisasi kerajaan. Aku hanya datang bawak baju, beg, alat tulis dan semua keperluan aku. Makan, tempat tinggal dan transport semua telah diuruskan.
Aku amik degree di university swasta ni. Sebelum ni aku belajar di matrikulasi. Nak katakan pointer aku teruk ke? Oh tidak. Pointer aku boleh dikatakan cukup syarat nak masuk university awam. Tapi itu aku taknak sentuh sebab terlalu panjang dugaan yang Allah bagi untuk aku. Cukuplah sekadar aku dan orang sekeliling aku yang tahu kehidupan aku pada waktu itu. Aku dapat university swasta bawah organisasi kerajaan ni pun mcm ‘miracle’. Allah itu sebaik baik perancang. Maha perancang Maha berkuasa.
Jadi bermulalah kehidupan aku di university swasta yang students’ dia boleh dikatakan 90% foreigners. Waktu itu aku tak terkejut sebab kawan baik aku study kat situ. Jadi sebelum ni aku pernah lepak kat sana. Tapi dia bawah organisasi yang lain pada waktu itu dan dia pula sedang internship diploma. Aku sorang. Aku tiada kawan. Waktu itu, dalam rumah aku Cuma ada 3 orang sahaja. Rumah itu mcm apartment. Semua sekali ada 7 bilik. Ye memang sunyi. Jadi aku gagahkan diri aku demi menyahut tuntutan seorang hamba walaupun pada waktu itu aku Cuma nak dapat sehelai kertas degree.
Waktu itu, aku lambat masuk lebih kurang seminggu aku ketinggalan. Aku daftar then akak yang bertugas tu tunjukkan aku faculty dan timetable. Selepas itu aku terkapai kapai seorang diri. Aku pun cari kelas aku dan aku terkejut semua foreigners. Waktu tu, aku muda lagi jadi aku tak gagah nak tegur mereka. Pak Arab, Pak Kazakhstan, pak afrika dan segala pak dan mak ada cuma pelbagai warna kulit dan rambut sahaja yang membezakan mereka. Aku terkejut lalu aku balik aku kol mak aku. Aku cakap aku nak tangguhkan semester ni sebab aku nak tnggu kawan aku masuk degree. Mak aku pun seram dengar cerita aku jadi dia pun kol pihak yang uruskan aku. Tapi jauh sudut hati aku aku tak boleh jadi macam tu. Aku kene kuat. Jadi esoknya aku beranikan diri pergi ke kelas. Cuma ada 10 orang sahaja students tempatan kat situ. Selebihnya foreigners. Aku duduk cuba selesakan diri aku. Lalu, lecture pun masuk mulakan sesi pembelajaran. Alhamdulillah bagi ex student matrikulasi ni aku beruntung sebab aku boleh dikatakan expert time Sem 1. Aku mula berkawan dengan foreigners. Mula-mula tu takut lah sebab kita ni ‘broken english’ jek., rupa-rupanya mereka pun sama. Boleh dikatakan mcm ayam dan itik. Tapi mereka tak pernah mengalah untuk faham apa yang aku cakap. Itulah sifat yang paling aku respect dengan mereka.
Seminggu lepas itu, satu-satu student tempatan baru masuk dan rumah aku makin lama makin ramai penghuni. Setiap bilik ada 1 student. Sepatutnya 1 bilik 2 orang tapi disebabkan kami pelajar degree sikit so rezeki kami dapat 1 bilik 1 orang. Aku mula melangkahkan kaki aku tanpa toleh belakang. Aku ada kawan aku 1 rumah 1 kos. Kami tempuh perjalanan kami bersama dan berkawan dengan foreigners. Ada yang baik tu baik. Ada yang malas tu malas. Ada yang semangat tu semangat sgt. Reaksi pertama aku, aku terkejut sbb cara dorang mcm ‘no manners’ kalau tak sependapat dengan lecture, cakap mcm nak gaduh dan mereka boleh mempertikaikan kenapa jawapan mcm tu. Kadang-kadang itu kelakar pun ada. Kesian kat lecture pun ada. Aku tak pernah lihat setabah lecture dengan mengajar students foreigner ni. Mereka ada duit. Jadi mereka berkuasa. Sampai 1 masa lecture dgn student bergaduh. Tapi bukan bertumbuk mereka mcm argue each other.
Pada awalnya aku takut jugak apehal mereka ckp mcm nak gaduh dengan lecture tetapi sebenarnya mereka mmg mcm tu. Alhamdulillah kelas aku tak bnyak pak itam. Kelas aku ramai Kazakhstan students. Uish cantik-cantik. Padahal umur dorang baru 18 tahun. Mereka ada duit, mereka anak orang besar jadi nak datang kelas itu ikut hati murni dorang. Dorang semua baik. Tapi kene jual mahal sebab mereka tahu kita local student ni rajin so peluang dorang nak nota and tiru kita merupakan peluang emas bagi mereka. Bila bagi pinjam nota tu jaga-jagalah sebab probability untuk pulang sangat nipis. Untuk selamat kena Photostat. Pernah terjadi kat aku nak dekat exam bukan main baik dengan aku siap whatsapp aku Tanya soalan2 susah kat aku dan aku pun kesian tolonglah perah otak selesaikan then next semester jumpa toleh kita pun taknak sebab da tak amik subjek sama. Dasar orang kaya. Aku halalkan ilmu aku kat dia. Aku tak rugi pun.
Apa yang aku cuba sampaikan adalah pengalaman aku belajar dengan student foreigners. Kalau 1 group dengan depa ni jangan cakaplah buat kerja cincai belaka. Tapi tidak semua mereka mcm itu. Ada juga dikalangan mereka scholar students dari Negara mereka. So yang scholar students ni dorang belajar betul-betul, pandai dan hormat lecture. Nama pun university swasta jadi dalam kelas aku tu ada juga yang umur dia 30 tahun. Mereka sudah berpengalaman banyak dalam industry so bila lecture kaitkan situasi dengan industry kerja, advantage lah bagi dorang.
Waktu final exam lagi kelakar. Kalau boleh aku nak record video tapi apakan daya aku tak boleh buat mcm tu. Time final exam macam-macam ragam macam-macam aksi dan orang yang lurus macam aku ni yang tak tahu aksi nak meniru boleh jadi tahu macam mana taktik yang berkesan untuk meniru. Selalu yang meniru pelbagai aksi ni students foreigner. Bayangkan sekecil kecil kertas dorang tulis jawapan. Tu tak hebat. Dorang tulis kat seluar. Tak hebat lagi? Haa gune hp. Tapi selalunya yg gune hp ni cepat kantoi. So tak hebat lah. Yang lagi hebat tulis kat tangan. Tak hebatlah semua orang boleh buat. Yang ada tu siap pasing2 nota dekat jiran sebelah. Yang tak kenal terus jadi best friend sebab sama-sama 1 kepala meniru. Perkara aku tak suka time final exam, lecture dengan student bertengkar. Hmmm aku nak jawab paper tapi bising. Haish sabar jek lah. Nak bersuara? Huh baik aku kejar masa jawab exam. Oh ye, lecture aku pun banyak lectures foreigner jadi bila foreigner bertemu foreigner meletop lah. Mata lectures kat situ aku rasa makin lama makin tajam dan expert dengan aksi meniru students ni. Jadi tak terkejutlah dengan bukti yang kukuh dan pelbagai aksi yg berjaya ditangkap oleh lectures. Habis jek exam ada jek student foreigner ni merayu depan ofis mintak individu homework untuk dia sorang. Kononnya boleh membantu markah dia sebab tak boleh jawab paper final exam. Itu perkara biasa, pada awalnya aku terkejut mcm-mcm ragam. Tapi bila da lama study kat sana aku happy sebab aku bebas dan segala aksi students foreigner ni aku da lali dan rasa kelakar pun ada. Local students xde ke yang culture shock? Hmmm aku tak nak sentuh bab tu. Bila nama pun bebas takde siapa yang berani tegur sudah tentu ada. Bila kau student swasta dan ramai foreigners berbanding local kau kene pandai bawa diri dan pilih kawan. Takde siapa yang tegur dah masuk waktu solat. Kau sendiri kene alert. Atleast university awam ada masjid dan azan untuk ingat kan kau. Tapi university aku Cuma ada surau dan application android untuk mengingatkan telah masuk waktu solat. Sebut pasal solat, aku belajar sesuatu dengan melihat budaya foreigner solat. Apa yang aku perhatikan mcm-mcm karenah. Mazhab lain-lain kan so aku tak nak sentuh bab tu. Sekurang-kurangnya mereka datang surau untuk solat.
Aku sayang university aku walaupun terlalu banyak cacat cela, walaupun tidak ada dalam ranking university terbaik, walaupun yang banyak duit paling berkuasa tapi aku kena hormat tempat yang beri aku ilmu. Aku bangga dengan university aku sebab tidak semua orang mampu rasa dan alami apa yang aku rasa. Paling ketara dalam diri aku adalah aku tak malu nak speaking, walaupun broken tapi aku mcm tak kisah lantaklah broken yang penting aku faham apa yang aku cakap. Semua ni kerana aku berkawan dengan foreigners dan environment university aku. Kadang-kadang tu aku dengan kawan aku yang local pun speaking broken English dan tiada perasaan malu ataupun eksen malah kitaorang cuba faham apa yang nak disampaikan. Padahal boleh jek cakap malay tapi ntahlah sudah terbiasa. Sekarang aku dah grade, aku rindu nak speaking broken dengan kawan foreigners aku. Aku rindu suasana dalam kelas aku.
Sebelum aku undur diri, aku mintak maaf kalau ada perkataan or English aku tak sedap ke ter broken ke dan sorry kalau expectation korang dengan cerita aku tak seperti yang diharapkan hakikatnya memang banyak aku nak cerita tapi bagi aku yang cuba baca balik apa yang aku tulis ni tersangat lah panjang. HAHA.
Yang ikhlas,
Miss student life.
– Laila isabella
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit