Rindu Kawan Online Aku

Assalamualaikum dan hai semua! Hehe. Nama aku Lina (bukan nama sebenar). Aku ada cerita nak share dengan korang. Ini tentang Persahabatan aku dengan sorang mamat ni aku namakan dia Aziz (bukan nama sebenar).

Nak dijadikan cerita, persahabatan kami hampir 7 tahun tetapi hanyalah persahabatan dalam online.

Macam mana kitorang kenal? Haaaa Kitorang kenal dekat Facebook pada tahun 2012. Betul2 tahun nak SPM. Aku ingat lagi. Aziz add friend dekat FB aku lepas tu kitorang main intro2 dekat wall. Kelahiran 90an mesti tau kan singgah2 wall Fb orang ni?! Hehehe.

Aku pun approve la si Aziz ni. Rupanya ada 3,4 orang kawan aku yang dia pun add friend. Tapi dorang tak ada start conversation yang panjang2. Sebab kawan2 aku time ni semua dah ada boyfriend. Aku je single lagi.

Bila aku dan Aziz dah start intro dan mula saling berkenalan “umur u berapa? tinggal kat mana? Sekolah mana? Tengah buat apa tu” tiba tiba kitorang mesej tak berhenti. Ada je topik yang nak dibualkan. Dah jadi selesa untuk berkongsi apa yang aku buat.

Hari demi hari aku dan Aziz sering berbalas mesej dari facebook hinggalah ke Text message hinggala ke imessage.

Terlalu banyak tentang diri aku yang Aziz tau. Sebab aku jenis seorang yang suka cerita apa aku buat harini, siapa family aku, siapa kawan aku, semua la dia tau! hmm tapi aku taktau sangat pasal dia.

Aziz seorang yang banyak secret dan benda penting je dia akan cerita kat aku. Aku pulak jarang bertanya dan asyik aku saja yang bercerita pungpangpungpang.

Waktu tu memang aku rasa aku ada someone special dalam hidup aku. Bila balik sekolah tak sabar nak pegang handphone sebab akan selalu ada chat dari Aziz.

Dah masuk 2 tahun persahabatan kami, still masing-masing single, macam biasa hari hari dia atau aku akan text dulu untuk borak.

Aku ingat lagi, bila je menjelang ramadhan Aziz la yang jadi alarm aku. Dia akan kejut aku bangun sahur setiap hari! Pukul 4 pulak tu awal betul! Bila dah berbuka puasa after terawih mesti kitorang on the phone “u berbuka makan apa tadi? harini ok tak” “macam mana puasa u” hahaha dah macam couple.

Kalau salah sorang badmood day mesti siang tak akan text, tengah malam nak tidur baru text konon2 nak merajuk. Haha.. Aku la tu yang selalu moody, lepas geram kat dia, tapi dia layankan aje. Aziz akan dengar cerita aku sampailah aku rasa happy balik.

Persahabatan kami dah pun nak masuk tahun yang ke 5. Time ni kitorang dah banyak bergadoh. Merajuk. Aziz pulak yang tiba tiba menghilang kadang-kadang 2 hari kemudian baru Aziz text. Aziz kata dia busy.

Yelaaaa aku paham sebab umur kitorang dah pun meningkat. Aku pun dah second year in diploma. Aziz pun sama. Tapi aku taktau dia study dekat mana. Dan macam biasa dia tahu semua pasal aku study mana jurusan apa.

Aziz selalu kejut aku bangun pergi class dan dia jugak ingatkan aku siapkan assigment semua. Time ni aku pikir dalam hati tak payah ada boyfriend pun takpe Aziz kan ada! Roommate aku selalu tegur aku ada boyfriend ke sebab aku selalu chat senyum-senyum, gelak-gelak dek Aziz punya lawak.

Masa berlalu dengan cepat, aku dah nak grad. And tengah prepare nak masuk Degree. Aku dan Aziz pun dah start busy. Kadang pukul 12 malam baru sempat text.

Pada satu malam tu, kitorang text macam biasa. Aku tanya Aziz. Kau ada girlfriend ke? Aziz kata tak ada. Sebab kitorang pernah cakap kalau salah sorang dari kita ada girlfriend atau boyfriend kita patut stop berkawan. Nanti jeles pulak pasangan kita tu.

Sampai lah satu masa, aku dah 2nd year in degree dan aku ada kenal seorang lelaki bernama Fadhil (bukan nama sebenar) iaitu suami aku sekarang.

Aku dan suami berkawan semasa aku final year degree dan berkahwin sampai lah sekarang ada anak 1. Tapi aku tak nak cerita macam mana aku kenal dengan suami aku.

Berbalik kepada cerita aku dan Aziz, pada tahun 2018 berakhirlah persahabatan online kami selama 7 tahun. Kenapa? Sebab aku text Aziz aku kata “Aziz, aku ada boyfriend” dan Aziz reply “oh yeke tahniah, so kita dah tak boleh berkawan lah kan lepas ni”

Dan aku balas “yer aku takut boyfrend aku jeles” After that, text aku dan Aziz semakin singkat yang dulunya mesti lebih 20 patah perkataan tapi sekarang hanya 2,3 patah perkataan.

Selepas tu, aku tiba tiba je terus delete No phone Aziz dan dia pun dah block No phone aku. Aku rasa la… Macam tu je kami putus kawan tanpa aku belum pernah ucap terima kasih dekat Aziz.

Sebenarnya aku dan Aziz berkawan tapi tak pernah berjumpa. Dia kenal aku, dia follow semua social media aku. Tapi aku hanya tau Fb dia saja. Itupun aku dah tak dapat tengok dia sebab dia dah unfollow aku.

Teringin nak jumpa Aziz nak sembang depan2 tapi tula tak ada rezeki, aku dan Aziz jauh diantara utara dan selatan. Time budak mana ada duit kan kalau nak travel.

Penghujungnya, Aku dan Aziz dah totally lost contact. Kadang-kadang aku tertanya dia sihat ke, dia dah kawin ke. Terdetik rasa rindu aku dekat Aziz teringat cara layanannya dia ke aku, soft spoken dia, lawak dia. Taktau kenapa aku rasa tak puas hati dengan ending persahabatan aku dan Aziz.

Kalau diberi peluang dapat undur balik masa, aku nak tamatkan persahabatan kami dengan cara yang baik dan diingati. Aku nak ucap terima kasih banyak dekat Aziz sebab dia ada di fasa remaja aku yang sedang meningkat dewasa.

Terima kasih sebab aku tak perlu ada “real boyfrend” masa tu sebab aku ada Aziz yang selalu teman aku. Terima kasih sebab jadi kawan baik Online aku.

Terima kasih, Aziz…

– Linooii (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *