Hi semua, Harini terdetik nak meluah kat sini. Dah lama juga tak meluah.. saya ni agak tertekan beberapa minggu yang lalu.
Mama kandung saya dah pergi menghadap ilahi sejak tahun 2020 lagi..
Jadi selepas tu, saya hanya menumpang kasih seorang aunty yang juga saya gelar ‘mak’ dan beliau juga jiran di rumah saya.
Kehidupan saya semakin hari semakin baik sejak mak ada. Mak la peneman saya walaupun saya tak pernah kenal pun mak semasa mama masih hidup.
Kami hanya berkenalan di kubur sahaja. Ya, di tapak perkuburan mama dan tok mak (mak kepada mak).
Kami tak kenal, tapi sebabkan kami kerap bertemu dikubur, kami sering berbual.
Mulanya saya segan juga sebab ye la tak kenal dan saya ni seorang introvert. Memang tak pernah meluah langsung. Banyaknya pendam sendiri..
Kami semakin rapat dan membuatkan fasa penyembuhan grief phase saya menjadi singkat sebab mak ada gantikan tempat arwah mama ‘immediately’. Ya, cepat Allah gantikan supaya saya tidak sedih terlalu lama.
Jangan salah faham, mak tu beliau masih ada family, anak-anak, suami dan ada syarikat besar sendiri. Boleh dikatakan agak senang juga lah.
Dan beliau tak pernah ambil kesempatan terhadap saya, mungkin kebetulan kami berdua baru kehilangan mak tercinta, jadi kami saling memerlukan.
Kami sangat rapat, sehinggakan kami seolah macam benar-benar mak dan anak. Semua rutin harian saya ceritakan pada mak seperti tiadanya hari esok. Manja! Haha, mak layan je saya.
Kami hanya berwhatsapp tapi bukan tiap masa la. Cuma ada masa memang kami bersembang.
Mungkin dah terlalu rapat, mak pula mudah terasa hati dengan saya yang adakala saya tak tahu pun itu salah saya.
Hehe, macam bercinta kan? Tapi saya pujuk la sebab betul anggap macam mak sendiri.
Selesanya saya dengan mak sampaikan personal life saya berkongsi dengan mak. Dengan mama pun dulu kadang saya segan, tapi dengan mak saya selesa sangat. Mungkin saya manja sangat kan.
Macam perhubungan lain, ada juga badai yang kadang menguji kami. Adakala saya kena silent treatment dengan mak hampir sebulan..
Lamanya. Tapi saya tetap akan cari jalan nak pujuk hati mak.. dan kami akan berbaik semula..
Entah macam mana, kali ni ujian lagi besar sampaikan mak block saya di whatsapp. Sedih juga saya.. haritu saya bersihkan kubur tok tanpa pengetahuan mak…waktu tu mak sedang buat umrah…
Saya tak bagitahu sebab tak nak ganggu mak buat umrah. Jika mak mesej baru saya mesej mak… tak cabut pun pokok. Hanya potong rumput atas kubur yang ada…
Tapi mungkin terlalu pendek jadinya nampak botak atas kubur tu. Tapi tak rosak tanamannya.. cuma pendek sahaja.
Sudah hampir lebih sebulan mak block. Dah cuba pujuk mak.. hantar bunga, hantar cupcake tapi semua mak reject…
Sebelum ni tak buat salah apa.. cuma itu sahaja… dan saya amat menyesal… rindu sangat. Yela terkejut juga saya kena block…
Tak sangka hal macam tu boleh sampai begini… dan saya akui, saya salah sebab mungkin mood mak lately sejak tahun lepas macam tak okay sebab bisnes tak ok… cuma saya je melebih…
Saya juga dah cuba kurangkan contact.. kadang seminggu saya senyap tak mesej mak sebab menganggu, tapi mak akan cari… yang ni sangat berat… sedih.
Macam mana ya… saya buntu. Saya sayang perhubungan ni. Sayang sangat. Mak dan anak kan… kalau salah saya tu sangat besar… mak tak boleh maafkan… saya move on dan takde lagi mak lain selepas ni..
Ada pendapat lain ke ya? Terima kasih siarkan..
– Anak palsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit