Untuk part I, (https://iiumc.com/rindu-m4k-2/).
Hi readers.. Saya dah baca komen dan respon pada post saya sebelum ni. Saya ni seorang perempuan. Berumur awal 20-an lagi.
Ya, mungkin saya pun over sangat sebab saya bukan anak kandung pada mak.
Tapi lepas mama kandung tiada, mak tu la peneman saya dan penganti mama sementara saya nak sembuh dari grieving mood ni.
Mungkin ada yang tertanya, ke mana adik beradik saya dan bapa saya?
Ya, mereka masih ada. Kehidupan kami berubah selepas mama tiada… seperti bawa haluan masing-masing.
Bapa saya menikah lain selepas 5 bulan mama pergi. Sungguh kami adik-adik tak gembira.
Kehadiran ibu tiri itu seakan hinaan bagi kami sebab kematian mama ni seolah ramai yang cuba mengambil kesempatan selepas mama tiada.
Berapa ramai makcik yang saya tak kenal cuba mengorat bapa saya selepas mama tiada? Ramai sekali.
Bapa saya bukanlah seorang yang banyak berbicara, bukanlah peramah sangat tapi seorang yang pendiam dan juga orang yang bersederhana sahaja.
Tapi mungkin sebab bapa saya yang berpangkat besar, sedikit muda (umur bapa awal 50-an), dan sedikit mewah ramai yang tertarik dengannya.
Dari mana saya tahu? Kami curi-curi melihat fon bapa kami ketika dia ke surau untuk solat berjemaah dan ketika bapa tinggalkan fonnya di biliknya.
Kebarangkalian kewujudan makcik-makcik janda yang cuba mengorat bapa saya tu mungkin dari kenalan, kawan-kawan sekolah nya yang cuba ‘kenankan’ pada ayah saya dan menghantar whatsapp pada bapa saya.
Bukan setakat whatsapp, tetapi juga barang-barang mahal dan juga makanan…
Ibu tiri kami yang berjaya menambat hati bapa saya tu, bukanlah orang berada sangat.
Tapi selepas kawen dengan bapa saya, kehidupannya semakin mewah dan kami adik-adik kurang gemar dengan sikapnya yang suka bermewah dalam semua hal.
Habis semua barang dirumah kami ditukarnya pada baru. Sedih juga kami.
Saya tak suka nak buka aib ibu tiri saya itu sebab itu saya tak bercerita dan tak berapa rapat dengannya oleh kerana dia hanya berkahwin dengan ayah hanya untuk bersama bapa kami.
Kami anak-anak tetap seperti orang luar baginya. Dan bapa kami pun sedikit sebanyak berubah cara layanannya pada kami anak-anak… cukuplah setakat itu soal bapa saya…
Adik-adik saya pula, kami masing-masing bawa diri oleh kerana bapa dah berubah. Ya, mungkin kami dah besar dan perlu bawa diri sendiri.
Kami semua awal 20-an. Kami memang tak rapat dengan bapa sejak dulu oleh kerana bapa sibuk bekerja. Tapi kami cuba juga untuk rapat tapi agak janggal… susah… sebab biasanya kami dengan mama kami…
Apabila ada ibu tiri baru, kami seolah tak tahu bagaimana nak rapat sebab beliau orang luar dan cara hidupnya.
Jadi, sayalah anak perempuan kedua dalam adik beradik saya. Yang sulung abang, dan sudah berkahwin dan tinggal di rumah yang berbeza…
Kami adik-adik semua sambung belajar juga dan saya belajar pjj sambil uruskan bisnes arwah mama saya… ya, sayalah tt yang tulis berkaitan aunty yang saya rapat di kubur tu.
Saya tak nafikan, mungkin salah juga saya sebab terlalu rapat dengan mak (aunty di kubur tu). Seolah saya tak sedar dia bukan ibu kandung saya. Dialah tempat saya meluah jika ada masalah saya perlu hadapi.
Mungkin ada yang kata, cubalah rapat dengan ibu tiri tu… tapi saya belum sehaluan lagi dengannya. Mak ni, dia yang hadir dulu awal-awal selepas mama meninggal.
Saya pun tak sedar saya boleh serapat ini. Ya, mak ada family, suami dan anak-anaknya. Tapi dia layan saya macam anak sendiri yang buatkan saya tak sedih terlalu lama lepas mama pergi.
Ada yang kata saya tak sayang mama masa hidup. Sorry to say, sayalah yang jaga maka ketika mama sakit, ketika mama buat rawatan di hospital, ketika mama di wad, ketika mama masih sihat pun dan ketika kali terakhir mama di hospital…
Sejujurnya, mak yang saya baru kenal tu, saya tak pernah kenal sewaktu mama kandung masih hidup. Tak pernah wujud dalma hidup saya pun mak tu. Dia hanya kenalan mama saya dari surau sebab solat taraweh di surau yang sama je.
Mak pun ada cakap yang memang dia langsung tak kenal saya sewaktu mama hidup.
Dan kehadiran mak dalam hidup saya tu macam sebuah hadiah pada saya dari Allah sebab saya ni memang perlu tempat meluah dan bercakap dengan seseorang.
Tak dinafikan saya sungguh selesa dengan mak tu dan tak malu untuk meluah pun.
Saya ni seorang introvert. Saya jarang meluah perasaan saya. Jadi bila rasa selesa dan rapat dengan seseorang tu, sungguh saya gembira.
Maaf andai saya terlebih dalam relationship macam ni. Saya cuma nak ada seseorang yang boleh temani saya dan didik saya yang banyak kali buat silap dalam hidup.
Maaf ya… mungkin ada yang tak faham. Dan saya takde niat nak apa-apa dari mak tu.
Saya ada duit sendiri dan harta sendiri yang saya tak nak pun menagih dari orang lain. Saya masih muda dan boleh usaha cari duit, maaf jika ada salah faham.
Kehilangan mak ni seolah saya hilang mama kali kedua… Saya masih di fasa move on… maaf sangat.
Ya, saya akan usaha lupakan mak jika benar dia dah muak dengan saya.
– Anak orang la (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit