Rindu Mak

Assalamualaikum…nama aku sarah, aku nak cerita pasal mak aku…aku rindu sangat kat dia..mak aku masih ada lagi, tapi aku rindu dengan mak aku..

Mak aku ni suri rumah..kecik2 dulu mak aku suka masak, aku selalu bawak bekal pegi skola.paling aku ingat nasi goreng yg sedap giler..aku konpem bertambah kalau makan..aku tengok kawan2 bawak bekal french fries,nuget..aku xde lah teringin mana sbb aku tau mak dia keje ,sibuk xsempat nak memasak..mak aku pandai jahit, baju sekolah aku dulu mak lah yg jahit…aku x pernah pakai baju beli..kalau raya semua baju hasil tangan mak aku..mak tak pernah lawan cakap ayah…mak dalam ingatan aku seorg ibu dan isteri yg patuh pd ayah, penyabar, serta seorang menteri kewangan yg terbaik….bkn macam si tuut.hehehe.

Ayah aku meninggal masa aku darjah 2..mak aku yg besarkan kitorang adik beradik..aku ni xdelah kategori orang susah sangat…sbb aku tau ramai kawan2 aku yg lg susah…masa tu pun kitorang ada kereta, walaupun kereta tu akulah wipernya..ha3..aku slalu kesian dekat pakcik2 yg naik motor amek anak kat sekolah…bila tengok mata diorang aku sebak okehh.lg la waktu hujan..macam tu jugak kalau mak aku bawak kete amek kitorang kat sekolah..aku sebak tengok muka mak aku..

So aku belajar sungguh2…aku tekad xnak susahkan mak aku, or susahkan keluarga aku, susahkan sedara mara aku..ko tau lah, bila ko susah..anak yatim lg…mana lah ada saudara mara yg jenguk ko sangat…aku sampai skrg hargai saudara2 yg rutin datang ziarah, hulur duit, mmg muka diee je dari aku kecik.. alhamdulillah aku dan adik beradik boleh kata berjaya dalam pelajaran skrg ni…keje pun boleh tahan masing2, dgn gaji yg dah xtau nak buat apa dgn duit tu aku rasa..

Walaupon macam tu, aku masih low profile…aku xsuka baju2 mewah, kete pun biasa2 je banding adik beradik lain..aku dah terbiasa prepare for the worst…so aku hati2 dlm berbelanja. kalau x penting dan x berbaloi, aku x beli. haa gitu. klu dulu mak2 ayah2 rasa kita boleh senang bila kita berjaya dapat keje2 besar…aku rasa sama je sesak nak hidup bila duk bandar besar mcm mak2 ayah2 dulu rasa. hahaha. org makan gaji ni bukan boleh pilih2 keje sgt, makan pakai pun cukup2 je lah.. kalau lah aku jd suri rumah, tolak semua perbelanjaan pengasuh tuk 3 orang anak, duit minyak, tol, parking, roadtax gi keje, aku rasa untung lg duk rumah…cuma x mewah macam orang lain..tp sbb aku dah biasa hidup susah,aku x kisah..

mak aku dan adik beradik aku xbagi aku berhenti keje…bulan2 aku bagi duit kat mak dgn adik beradik aku yg msh perlu. aku bkn xfikir pasal diorang tp aku lebih fikir nasib anak2 aku .. orang lain jaga entah elok ke tidak…makan ke tidak..kalau makan sekalipun, sihat dan bersih x makanan dia tu. ni belom pasal adab dan nilai apa lah yg diterap kat anak aku. walaupon aku dan suami x berlepas tangan psl ank tp masa anak2 aku lg byk dgn orang luar weh..huwaaa bila teringat. bila ko dah kawen, pastu ada anak2 kecik sendiri,of courselah ko akan rasa best duk rumah..ada masa hujung minggu ternanti2. nak melayan suami dan anak2 membesar depan mata…byk aku fikir terutama apa nasib anak2 aku bila diorang dah bersekolah nanti, sekarang macam2 kes buat aku tak rasa selamat nak keje….belum lg byknya penyangak, perompak, penzina, penipu….segalanya pe. zaman skrg ni kene lebih tawakkal aku cakap ko..

balik pada cite mak aku, sejak aku adik beradik bg duit bulan2…mak aku dah xnk makan biasa2…restoran memanjang. kalau dia masak pun, xde orang nak makan sgt dah,asyik masuk tong sampah. exclude bila aku dan suami ada kt umah lah, he3 .. kereta pon dia boleh pilih2 nak naik yg mana..kalau macam kereta aku, xde lah dia sudi naik lg setakat ni…siap aku punya kereta kena parking hujoong sekali…baju2 mak aku pulak lg banyak dan bersusun dr aku yg keje ni.hahaha. kadang mak aku perli2 bila tengok baju2 anak aku x bertukar..mainan2 pun xdak sgt..hurmm, aku adik beradik hepi sgt bila tengok mak aku hepi. akhirnya kitorang dapat bagi mak aku rasa kemewahan.. alhamdulillah..

Ni kan aku cakap aku rindu mak aku.camni..Dulu dia xkisah pakai baju rm5 semeter, xkisah naik kereta kodok. Skrg ni dia kisah weh…dlm rasa bermewah tu, aku xnk dia rasa bongkak dan lupa diri…aku nak tegur, tp ye lah aku anak, aku xtau nak cakap macam mana…kalau aku cakap, konfem aku kene laser balik. Mak aku laser weh. hahaha.

Mak, aku teringin nak cakap…hidup yg mewah, yg abadi bila kat syurga sana…solat,mengaji, byk..tp kalau ada sombong sebesar zarah, Allah x terima mak…aku xnak sesiapa, aku, suami aku, adik beradik aku, anak2 aku lupa perkara ni walau sesaat. Aku nak kita hidup berkeluarga balik bila kat syurga nanti, tp kalau kat dunia, klu kita xbuat elok2, hatta sesaat…kita akan menyesal…kita xtau Allah nak amek nyawa kita bila. Semoga kita semua husnul khotimah…

huh..Lega aku bleh confess… klu ckp depan2, kompem kne laser dgn mak dan adik badik…ha3.

-Anak mak –

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit