Salam semua.. Tujuan confession ni adalah sebab aku rasa aku buntu/ sunyi/ sesak memikirkan hal family aku. Ceritanya macam ni..
Aku bongsu dari 5 beradik. Belum berkahwin. Adik beradik aku semuanya dah kahwin dan dah buat hal masing masing.
Aku masih ada mak dan abah, yang dah pun berumur 55+. Aku duduk berjauhan dengan parents disebabkan kerja. Baru baru ni, mak ada mengadu dengan aku dia sunyi.
Untuk pengetahuan semua, bapak aku masih bekerja – reason adalah dia bosan duduk rumah. (Abah memang workaholic dari zaman muda) Kerjanya pula boleh dikatakan berat, jadi bila dia balik kerja selalunya dia akan terus solat, mandi dan tidur terus.
Mak mengadu, dia sunyi sebab dia sorang sorang. Siang sorang, malam sorang. Aku cakap dengan mak, sabar sikit lagi nanti aku dah capai target aku, aku balik kampung temankan dia. Mak pun okay.
Btw, mak memang rapat sangat dengan aku. Banyak yang mak cerita, luah dengan aku dari adik beradik lain. Kalau aku balik kampung pun memang aku berkepit dengan mak, tidur dengan mak :’)
Nak dijadikan cerita, selang beberapa bulan abah bagitahu aku mak ada orang lain. Abah tunjuk aku semua bukti bukti tu. Bukti dari facebook, whatsapp, dan yang paling teruk mak bawak masuk lelaki tu dalam rumah masa abah kerja.
Aku tergamam, aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku confront mak, aku tanya dia elok elok aku tak marah atau menekan dia sikit pun.
Mak cakap dia tak buat apa apa pun, dia cakap lelaki tu nak pinjam duit jadi dia suruh lelaki tu datang rumah. Sumpah demi Allah, aku taknak fikir bukan bukan pasal mak aku dengan lelaki tu.
Tapi sejak dari kes tu, hubungan abah dengan mak aku makin teruk. Dan mak aku memang tunjuk dia rebel betul. Dia minta cerai, dia maki abah, dia halau abah aku keluar dari rumah.
Aku amik cuti beberapa hari, balik kampung pujuk mak tapi dia tetap dengan pendirian dia. Memang dah tak boleh buat apa, dia tetap nak lelaki tu. Aku menangis merayu pun dia buat tak endah. Mak siap cakap dia tak perlukan aku pun. Hati aku memang hancur bila dia cakap macam tu.
Adik beradik aku pula, pujuk juga mak tapi lebih kepada marah bukan memujuk. Depan aku, diorang tengking mak, berkau aku dengan mak. Entahlah, aku buntu.
Abah pula, aku tahu dia sayangkan mak sangat. Dia memang takkan lepaskan mak, tapi adik beradik aku tetap memaksa untuk abah tinggalkan mak. Katanya abah dayus kalau biarkan.
Adik beradik aku pun tegaskan dekat aku untuk biarkan mak, jangan amik kisah pasal mak. Kes ni dari Oktober 2024, sampai ke hari ini aku tak bertegur dengan mak. Mulanya aku kecik hati bila dia cakap dia tak perlukan aku dalam hidup dia tu.
Sekarang, aku tak tahu aku rasa macam aku berada di tengah tengah jalan dan aku tak tahu jalan mana patut aku pilih. Sama ada biarkan mak atau aku jadi enabler dengan perbuatan mak. Bayangkan, aku yang hari hari contact mak tiba tiba kami senyap begitu je, hati aku luluh.
Demi Allah, aku rindu mak sangat. Aku nak jumpa aku nak peluk dia. Aku nak buat aktiviti sama sama macam dulu. Adik beradik aku bila aku cakap pasal hal ni diorang akan buat muka boring and tak berminat pun nak amik tahu. Hati aku pula macam mana?
Selalu aku akan cerita hari hari aku dengan mak. Sekarang aku macam mana? Aku sunyi… semua aku sendiri.. boleh dikatakan tiap tiap malam aku menangis tengok whatsapp lama dengan mak, gambar selfie dengan mak, video ketawa ketawa dengan mak..
Itu jelah. Aku tak ada tempat mengadu. Kalau korang baca ni, jangan maki hamun/ marah mak aku ye..
Minta maaf kalau penulisan ni agak memeningkan. Aku sedang dalam fasa gloomy sejak dua menjak ni jadi ayatnya mungkin serabut. Minta maaf ye..
Yang benar,
– Si bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Macamane pon marah dgn mak, dia tetap mak awak.., mngkin dia x maksudkan perkataan dia mse dia ckp x perlukan awk tu.. sbg anak, awk perlu bg dia bimbingan dan nasihat, terutama dlm keadaan dia yg mngkin akn salah nk buat pertimbangan atau pon keputusan.. ayah awk juga perlu memainkan peranan, dia suami & ketua rumahtangga, mngkin kna tukar kerja & beri perhatian kpd mk awak semula.., klau ikutkan, mk awk juga kna minta izin dia sbelom nk bgi pinjam dt, apatah lg nk jemput lelaki tu masuk rumah.., klaw benar lelaki tu hanya nk pinjam dt, knpa perlu dtg rumah, dan knp nk marah2 ayah awk, sampai mintak cerai..? Cuba lah berbincang dgn mak awk, mne tau dia akan dengar n cuba slesaikan masalah dgn baik.. minta maaf, tp cuba yakinkan mak awk, klau dia ‘boring’ dduk sorang2, mngkin dia bole join klas agama or mngaji ke, dlm umur yg mcam skrg ni, perlu buat bekal utk Akhirat, dah xde mse nak buat hubungan lain, lagi pon suami dia masih ada, mngkin bole pergi ke masjid sama2, or even pergi haji or umrah sama2.., ank2 pon kna faham, jhn marah mak tu, tp cari jln macamana nk bantu diorang dlm usia emas ni, mngkin bole bantu dr segi kewangan, so ayah tu xpayah kerja lg dan bole temankan mak di rumah… saya doakan semuanya akn dipermudahkan, doa kpd Allah dan serahkan kpd-Nya utk taqdir yg baik.. insha Allah.. aamiin
selalunya baca kisah ayah je bukan perangai, tak sangka mak buat perangai pun ada….