Assalamualaikum semua. Terima kasih sekiranya admin approve luahan hati aku ini. Mungkin selepas baca netizen bolehlah bagi cadangan macam mana nak selesaikan masalah ni.
Aku ada seorang makcik ni. Aku panggil dia mak ngah. Mak Ngah happy go lucky orangnya. Penyayang. Tapi tula, aku perasan hidup dia selalu kacau bilau. Sukar untuk diceritakan mengapa, nanti susah korang nak faham cerita aku.
Pendek cerita aku memang agak sayang dan rapat dengan mak ngah. Hati aku rasa happy bila dia ada. Namun hubungan kami mulai renggang selepas ibu aku meminta dia untuk menjagaku sewaktu berpantang sebab ibu aku tak dapat nak jaga aku. Busy dengan bisnes dan adik beradik yang masih bersekolah.
Ibu ada juga berikan wang untuk makcik aku. Makcik aku minta, kononnya untuk roadtax. Tapi tetiba kereta rosak kena repair kereta pula so gunala duit tu. Aku pun berjanji untuk bayar gaji makcik jaga aku. Selama 2 minggu jaga total bayaran adalah RM800.
Aku tak kisah pasal diri aku, tapi yang penting anak pertama aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Sampai gemuk gebu anak aku. Newborn pun dijaga dengan baik. Tapi tula, aku ingatkan dah cukup.
Ada juga makcik minta aku transfer sedikit wang kepada pakcik. Aku transfer juga. Waktu tu mereka berjauhan. Pakcik bekerja dan makcik jaga aku. Diam2 makcik masih minta tolong dengan mak aku. Minta transfer RM100 ke 200 aku lupa. Transfer ke pakcik.
Hari kejadian, mak aku tersangatlah busy. Kena ambil adik dia dari airport. Kena beli barang masak, kena kira stok barang, ambil barang. Banyak kerja. Waktu dah selesai transfer duit di bank (mak tak pandai dan takut transfer online) mak aku collapse.
Dalam bag duit mak ada RM10,000 cash. Nasib baik masyarakat baik. Takde yang curi. Bila sampai dan selesai check up di hospital mak aku disahkan strok pendarahan minor.
Makcik aku sedikit pun tak mention pasal dia rasa bersalah sebab minta mak aku transfer duit walhal dah berkali2 mak aku tolong. Mak tolong pun demi aku. Sebab nak makcik jaga aku baik2. Aku tak tahu. Aku dapat tahu bila aku ternampak dan terbaca sedikit perbualan chat mak dan makcik dalam hp makcik.
Aku terus minta adik aku screenshot chat mereka melalui phone mak. Terbongkarlah semua. Aku sedih sangat. Selama ni aku tak percaya sangat cerita pakcik makcik aku tentang dia. Benda ni menyakitkan aku sebab dah terbukti benar.
Selepas kejadian tu makcik nak balik ke tempatnya. Dia janji akan datang selepas selesai urusan permohonan cuti anak beliau. Waktu tu dah buka sekolah. Aku tunggu punya tunggu. Tak kunjung tiba. Dah la aku bersalin operate.
Anak pertama belum pandai berjalan sangat waktu tu. Note that aku ditinggalkan selepas seminggu bersalin ya. Seminggu lg aku dijaga sebelum bersalin. So total 2 minggu. Sedih juga. Tapi pengalaman tu ajar aku jadi ibu yang kuat. Syukur anak2 aku masih boleh mandikan 2 kali sehari. Lauk suami aku beli kat luar je.
Pernah juga dia minta aku masak. Aku sound terus, buta ke orang lepas bersalin ni bedarah2 lagi dengan nak susu anak, nak layan anak lagi. Insaf suami aku. Ok dah lari topik. Berbalik ke makcik. Makcik aku sampai kesudah tak datang kembali. Aku call tak jawab. Tapi bila nak bantuan. Bermati matian dia call aku.
Aku happy mula2. Ingatkan nak tanya khabar. At the end, nak minta tolong rupanya. Aku tak bagi pun. Sebab aku malu dgn suami. Aku ni dah la tak kerja. Suami pun tengah kosong bisnes tak ok waktu tu. Aku ye kan je.
Nak transfer duit acc kosong. Nak g atm, touchngo semua jauh dari aku. Aku ada 2 orang anak. Nak drive takut nak bawa baby. Trauma bersalin lagi. Takut nak drive. Kalau tak aku rasa memang aku dah tolong sebab kesian.
To cut this story short, mak aku dapat tahu makcik aku selalu call minta tlg. Aku ada bercerita kat adik aku, adik aku g cerita kat mak. Mak aku marah sungguh kat aku. Mak aku kata tolonglah block dan jangan berhubung lagi. Kalau aku contact juga dengan makcik, tak perlu mengaku dia mak.
Aku akur dengan arahan mak. Cuma aku sedih. Rasa kami dipergunakan. Entah la. All my life makcik aku ni mmg jauh dari keluarga. Hidup sendiri dengan family dia. Jarang balik. Kalau balik mesti sebab ada mahunya. Macam dah buang keluarga.
Tambahan pula, dah berapa kali suami dia lafaz talak tapi at the end suami dia tak mengaku semua tu. Kononnya talak tak jatuh kalau suami tak maksudkan. Entah la. Aku harap mereka bertaubat.
Sesungguhnya, aku memang rindukan dia. Aku ni pun duduk jauh dengan keluarga. Duduk di rantau orang. Takda tempat nak berbual mesra. Makcik2 lain semua jauh. Takde tempat nak mohon bantuan bila susah. Susah, susah sendiri.
Sekarang aku ada 3 anak untuk dijaga. 2 anak kandung. Sorang ni adik kandung aku. Memang stress nak jaga. Sebab yela budak2. Kadang2 sayang menyayang kadang2 gaduh. Macam kita yang dewasa ni juga. Aku burn out. Takda tempat untuk meluah. Rindu nak berborak dengan makngah.
Aku rindu sangat sampai mengalir air mata. Aku sangat mengasihi tapi janganlah gunakan aku. Aku penat orang gunakan aku. Aku penat jadi orang yang selalu cuba buat baik kat orang lain. Makngah, biras, bibik yang aku anggap macam kakak pun semua nak pijak kepala aku. Kang tahun ni aku jadi villain susah jugak.
Terima kasih sudi baca. Komen la apa yang patut. Penat dah nak hidup ni. Nak mati tapi kat sana nanti lagilah penat. Tak tahu nak buat apa sekarang.
– X (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit