Rindu M4k III

Untuk part I, (https://iiumc.com/rindu-m4k-2/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/rindu-m4k-ii/).

Hai dan salam semua.. Harini saya nak confess pasal jodoh atau mungkin bukan jodoh saya.

Saya confessor haritu yang bercerita pasal seorang mak angkat atau aunty yang terasa hati dengan saya sebab bersihkan kubur ibunya…

Sejujurnya sehingga kini kami masih tak berhubung.. tapi alhamdulillah ada feedback yang baik sebab saya dapat info dari pakcik dan makcik lain kat kubur yang mak masih bertanya pasal saya..

Hati ni masih berharap Allah akan beri peluang pada saya untuk betulkan balik keadaan oleh sebab ini adalah hanya salah faham yang sangat besar antara kami.. InshaAllah, doakan ya.. saya cuba yang terbaik..

Umur saya dah nak hampir 26 tahun. Tapi masih belum berkahwin. Kawan-kawan ramai dah kahwin dan ada anak masing-masing tapi saya, masih belum lagi.. jodohnya pun belum ketemu..

Bercerita pasal jodoh… mak angkat saya tu, ada lagi seorang anak lelaki bongsu tapi agak muda sikit dari saya lebih kurang muda 3 tahun dari saya..

Awal perkenalan kami dulu, yela mak saya tu la kenalkan pada saya pasal anaknya tu. So, kita letak nama Ahmad (bukan nama sebenar).

Ahmad ni appearance dia memang nampak macam lelaki matang la. Dan dia pun sedang belajar. Umur dia dalam 23 tahun la kan. Saya kenal mak angkat saya tu… memang sebab saya nak kasih sayang seorang mak tu..

Yela mak kandung dah tiada kan.. mak pun kadang ada juga bagi hint pasal benda-benda macam ni. Haha, nak gelak pun ya tapi anaknya masih muda kan.

Saya alhamdulillah, kereta, rumah baru (atas nama sendiri), bisnes, duit simpanan dah ada lah serba sedikit nak hidup sendiri..mungkin sebab tu mak saya tu suka pada saya sebab saya matang danboleh urus diri..

Saya ada terbaca pasal sekufu tadi. Tentang ada confessor kata mungkin dia tak sekufu dengan pasangannya sebab harta.. saya pun fikir benda yang sama…

Tapi, keluarga mak angkat saya ni, jenis kediaman kami sama je sebab satu taman perumahan dan kami pun berjiran.

Mak ayah kandung saya juga kenal keluarga mak angkat saya ni…

Nak dijadikan cerita.. pernah la saya berangan dan teringin sangat nak jadi menantu mak angkat saya ni… bukan apa, kami dah selesa antara satu sama lain (dengan mak angkat la) dan family semua kenal la saya ni.

Lagipun mereka tahu saya pun ada bisnes sendiri dan masih sambung belajar secara part time..

Ahmad ni muda sikit dari saya… tapi kami pun jarang berhubung sebab kami sama-sama pemalu. Maklumlah ahmad ni anak bongsu mak angkat saya. Baik orangnya.

Banyak kali jugalah contact sebab kadang tanya pasal mak (sebab mak kadang asyik terasa hati dengan saya) itupun sebab benda remeh je.. tapi nanti ok balik saya dengan mak tu.

Mak angkat saya ni jaga saya dari jarak jauh ni sangatlah baik. Tiap hari melayan saya takpun ambil berat pasal saya. Mak betul mak dan anak.. mungkin ada yang menyampah dengar, tapi takpelah, saya yang merasainya kan.

Nak tanya la pendapat pembaca, saya dan ahmad ni, kami mula berkenalan dan ada masa memang contact la juga kadang ada benda nak sembang. Tapi takdela pasal mak selalu.

Kadang pasal belajar juga sebab dia pun sedang ambil degree sama macam saya. Dia ok dan kelakar la juga orangnya. Kadang saya macam ada crush pada dia..hahahaha. Tapi tu la, kami berdua malu sangat orangnya.

Bab sekufu tu, saya rasa ok je. Sebab mak ayah ahmad ni, orang bisnes dan agak mewah la hidupnya. Keluarga saya juga begitu. Tapi mak ayah kandung saya bekerja dan berpangkat besar.

Terus terang saya beritahu, ramai jugalah kenal mak ayah kandung saya sebab bisnes mereka dulu dan mereka ramai networking. Kami juga hidup mewah seperti keluarga mak angkat saya tu..

Dari segi pendidikan kami dah sama sebab kami mampu melanjutkan pelajaran sampai degree sekarang dan inshaAllah nanti sampai phd.

Cuma, mungkin ahmad ni muda sikit dan mungkin belum prepare dan bersedia nak bina keluarga..yela, umur muda bawah saya kan.

Dari segi gaya hidup, kedua keluarga dah mewah, harta masing-masing memang berharta, umur mak ayah kandung saya dan mak ayah ahmad juga tak jauh beza. Masih dalam 50+-an.

Pemikiran mungkin beza sikit sebab mak ayah ahmad bekerja sendiri dari muda dan bisnes agak besar berbanding keluarga saya..tapi mereka ok je bila bersembang dan bertemu..

Pernah la mak ayah ahmad ni datang ke rumah dan majlis yang kami buat, dah sebab jiran, selalu la jemput mereka ke kediaman kami.

Cumanya itulah, dari segi persediaan ahmad tu…saya adakalan mesej dengan mak angkat saya tu, saya takdelah directly tanya berkaitan ni.

Sebab usia saya pun semakin tua kan..mak bagi hint pun mungkin dia nak saya cakap dulu tapi saya takut pula saya perasan hahahaha. Syok sendiri la katakan..

Salah ke kalau saya nak cuba berdoa kalau-kalau ada jodoh dengan anak mak angkat saya tu?

Saya sebenarnya takut nak kenal orang baru dan nak cari bakal mak mertua yang sangat baik macam mak angkat tu adalah sangat mustahil.. mak saya tu sangatlah baik tapi agak sensitif la sikit tapi selalunya dia akan ok balik dan cari anaknya ni..

Saya adakala terfikir juga, adakah banyak kali mak angkat saya ni merajuk dengan saya adalah redflag untuk saya berharap jadi menantunya?

Ataupun memang Allah nak beri saya ujian untuk faham jalan hidup sebenarnya disamping ada mak angkat yang guide saya dari jauh sebagai seorang mak..

Saya tak pernah berhenti berdoa nak dapat bakal mertua yang sangat baik macam mak angkat saya ni..saya selesa dengannya.

Betul macam mak sendiri..ingat lepas mak saya dah sejuk ni, kalau dia bagi hint lagi pasal jodoh saya, nak tanya jugalah directly boleh ke kalau saya berkahwin dengan ahmad tu kan… hahaha perempuan pula nak merisik lelaki!

Macam bercinta selepas kahwin kan hahaha. Aduh, maaflah kalau saya ni syok sendiri.

Tapi setakat ni, ahmad tu memang tiada hubungan dengan sesiapa pun.. sebab tu la kadang ada pakcik di kubur tu suka menyakat saya katanya saya ni bakal menantu mak angkat saya ahhaha.

Tak tahulah. Manala tahu jodoh kan…

Saya pun kadang rajin la tanya khabar si ahmad ni pasal belajar. Respon ok je. Kadnag gurau sikit hahahaha sebab mak angkat saya ni suka la cari gaduh dengan saya dan jenis suka mengusik saya hahaha.

Tapi itulah, kalau ada pembaca yang nak bagi nasihat kat saya ke pasal pemilihan calon suami ni..nak juga saya membacanya..

Maklumlah, saya ni kerja sendiri dan client pun ramai dah berkahwin. Tak sempatnya nak berkenalan atau memang takkan berkenalan la sebab suami orang!

Jika ada jodoh memang nak sangat dengan keluarga mak angkat saya tu… bukan apa… rumah dekat, taklah bergaduh nak balik raya mana nanti. Mak ayah pulak boleh buat geng sama-sama kan. Pastu saya bolehlah jenguk ayah kandung selalu sebab rumah dekat kan..

Ya Allah, nak sangat nasihat dari pembaca sekalian. Saya balik kampung tempoh hari, orang asyik tanya bila nak kahwin. Nak tengok jodoh.. haih, kadang malas melayan la juga. Ataupun ada cadangan ke next step bagaimana?

Atau lupakan je angan kosong nak dengan keluarga mak angkat ni?… tak tahulah saya… saya cuma harap dapat mak mertua yang baik sangat sebab saya dah takde mak.

Takut juga nak tanya pasal beranak nanti kan.. haha jauh betul fikirannya. Doakan saya ya.. saya usaha yang terbaik dan inshaAllah doa sungguh-sungguh nak pulihkan keadaan dengan mak angkat dulu..

Jika ada jodoh, tak ke mana kan? Hahaha..

– Anak mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *