Rindu Mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confession.

Nama saya Pina (bukan nama sebenar) berumur awal 30an dan sudah berkahwin dan sekarang dah bekerja dalam sektor awam.

Disini saya nak ceritakan tentang kerinduan saya dengan pelajar-pelajar saya. Lupa nak bagitahu saya pernah jadi cikgu intern. Jadi saya nak luah kerinduan saya di sini.. dan semua pelajar saya sekarang adalah lepasan spm dan ada yang berumur 25 keatas.

Pelajar pertama yang saya ajar adalah tahun xxxx dan saya takkan lupa perangai dorang ni sebab mereka yang pertama saya ajar. Setiap pagi kelas akan riuh dengan gelak gelak mereka.

Saling sakat menyakat antara satu sama lain dan ada yang sampai nak gaduh ye. Selaku guru intern kena la jaga perangai depan mereka kan walaupun nak sangat ketawa besar besar, hahahaha.

Dan setiap kali kelas mereka tiada tugas pelajar perempuan akan ke tempat saya ajak borak tapi dalam masa yang sama saya buat kerja siap mereka tanya lagi, ‘cikgu busy tak..’ alahaii sayang, sabor je laa.

Saya sememangnya rapat dengan semua pelajar tak kira lelaki ke perempuan. Siap ada sorang pelajar ni tanya ‘cikgu kalau kahwin lagi jemput2 ye’ amboiii kemain dia menyakat, hahahaha.

Hari yang paling mereka tunggu tunggu pula adalah hari jumaat. Dimana hari tu adalah hari ‘free’. Hari di mana mereka tak belajar cuma beriadah atau buat apa apa aktiviti. Dan hari tu juga la hari saya nanti kan, hehe.

Sebab hari jumaat mereka akan bawa saya main game congkak, game daun dan banyak lagi la.

Tambahan pula masa rehat yang banyak jadi saya dengan pelajar-pelajar perempuan akan lepak dekat cafe sambil bercerita atau mengumpat. Hehehe pendek kata dorang ni dah bole jadi member.

Saya juga rindu pelajar lelaki saya yang selalu ajak deep talk yeer. Dia ni selalu mengadu dengan saya cakap tentang rakan sekelas dia yang dia tak puas hati.

Dan ada juga pelajar perempuan yang asyik cerita tentang cintan cintun dia ye sampai saya malas nak dengar tapi terpaksa dengar. Ada juga pelajar perempuan yang kalau bercerita dengan saya bertepuk tampar macam member ye. Rindu la dengan setiap perangai mereka.

Tapi tak semuanya manis manis belaka. Ada juga pahitnya antaranya saya tanya sorang pelajar perempuan ni kenapa pakai selipar dekat sekolah dan jawapannya menyakitkan hati ya. Jawapannya suka hati saya la pengurus pun pakai selipar.

Mampu pendam je la kan. Dalam hati saya memang la pengurus pakai selipar sebab dia sembahyang jumaat.

Tapi better diam kan je la sebab saya tak nak suasana rosak gara gara dia dengan saya. Pelajar ni la yang saya dengan pelajar lain umpatkan. Tapi jangan risau saya dah minta maaf dah dengan dia.

Saya juga rindu setiap isnin pagi perhimpunan. Masa tu la kadang kelas lain nak borak dengan saya. Sampai ada pelajar yang cakap cikgu terlalu sporting untuk jadi cikgu. Saya rasa saya macam tak layak jadi cikgu tapi saya tau dia bergurau je, hehe.

Saya juga sering tanya kalau pelajar pelajar saya okay ke tak. Dan mostly cakap tak okay dan mula la deep talk ada yang nangis ye cerita masalah mereka.

Saya bukan nak masuk campur urusan mereka tapi saya nak mereka fokus masa belajar tanpa gangguan masalah sekurang-kurangnya dapat la juga mereka lepaskan apa yang terbuku di hati.

So bagi pengajar pengajar di luar sana sering sering lah tanya pelajar tu okay ke tak. Kadang kita tak tau dalaman mereka luaran nampak gembira tapi dalam hati Allah dengan dia je yang tahu.

Akhirnya terlepas juga rindu saya sikit, hehe. Saya doakan pelajar saya semua berjaya dunia akhirat. Dan semoga kita berjumpa di syurga kelak.

– Pina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *