Rindu Mungkin?

Hai assalamualaikum.
Dah berkahwin, ibu kepada dua cahaya mata yang menawan, isteri kepada suami yang baik. Cukup sekadar itu. Namun bukan hal keluarga atau peribadi yang nak aku kongsikan. Ia lebih kepada sebuah kenangan lama.

Mulanya disini.
Kami rakan sekolah 1-6, sekelas setingkatan dari 1-3. Sepanjang sekelas tu, masing2 sibuk dgn urusan kawan2. Tiada apa yang istimewa berlaku. Dulu2 zaman ada geng. Geng dia mestilah yang paling femes sebab ada yang kacak (dia salah seorang) dan boleh kata semua hero (hebat dalam sukan dan jawatan). Jadi lepas ni aku namakan geng dia geng hero.
Kami pon sama. Ada geng sendiri. Buat aktiviti sendiri. Geng kami pon agak femes. Sebab ada yang cantik. Tapi bukan aku kot. Haha. Jadi lepas ni geng aku jadi geng cantik.
Zaman tu mestilah zaman baru nak up up dewasa jadi mulalah dia ni suka dia ni: Ada yang kapel. Geng gadis aku masa ni tengah menggeletis sibuk nak jual diri cari boipren. Haha. Zaman tu boipren2 je. Mana ada pegang2 mana ada lebih. Boipren tu sekadar nak mengisi ruang hati nak nak rasa disayangi gitu. Itu pon guna surat. Sedih. Haha. Jadi, geng aku aku ni ada lah sorang dua dah main cop2 minat kat geng hero ni. Yang kacak mestilah dah kena sapu. So aku yang tak berapa nak ada ni xde la pilih. Duk diam2 jela. Sebab ada prinsip kawan sejati bff forever dlm diri, so kalau ada kawan hepi, kita pon hepi. So kawan aku ni minat kat geng hero ni sampaikan kalau boleh bekas tapak kasut si hero ni pon dia mcm arghhh arghhh meroyan. Haha gatal gila. Tapi dia gitu2 je. Xde lebih2. Penah luahkan perasaan tapi ditolak oleh hero sbb tanak cinta2 masa sekolah. Jadi masing2 belajar je walaupon suka2 je main curi2 pandang n dalam pada tu doa supaya si hero ni suka balik. Ok sini clear. Cuma apa yang kawan aku tak tahu masa tu, aku pon sebenarnya syok dekat satu hero yang sama. Cuma aku tak cakap kat sapa2. Tapi aku mcm takdelah kecewa sgt sbb hero tu pon belom pilih sapa2 jadi awek dia. Sujud syukur masa tu. Haha
Masa berlalu. Kami tamat pmr. Masing2 buat haluan sendiri. Ada yang pindah sekolah asrama. Termasuk aku. Sepanjang masa dekat sekolah lain, kitorg mcm lost contact. So masing2 buat jela hal masing2 sampai lah abis spm. Apa yang jadi geng2 hero ni mula contact kitorg balik. Xde lah apa. Cuma datang rumah tanya khabar. Raya datang rumah. Tu je. Zaman tu mana ada fb lg. Dah tu internet pon zaman berwayar kena dial zetttt zettt ada bunyi. Itu pon bapak aku tak bagi guna sebab mahal takot rosak komputer dia. *Sigh*
Lepas tu masing2 masuk ipt. Ada yang matriks, poli, diploma. Masa ni pon macam biasa. Buat hal sendiri. Tapi raya hero2 ni dtg rumah. Aku pon g beraya rumah diorang. Tamat kat situ.

So sampailah masing2 dah grad dan mula lah zaman kerja dan zaman ada yang kahwin. Ok zaman ni dah ada fb. So semua nya mula dekat sini. Kami add masing2. Masa ni biasalah zaman saham tengah laku. Budak yang kau tengok kat sekolah dulu huduh tetiba lawa. Aku la tu. Haha. Yela dah kerja kot. Ada duit. Boleh g facial, buat rambut beli baju dll. Tapi xde apa yang lain. Yang aku perasan sorang dari geng hero ni. Aku namakan Dia. Yang aku pernah syok dulu. Dia like gambar2 aku. Selalu tinggalkan komen. Tak pernah miss ucap hari jadi aku. Tapi masa ni aku dah ada boifren. So aku mcm xkisah sgt kat dia. Apa yang aku dpt tengok melalui fb dia, dia kerja dekat oversea. Tengok pon dia happy. Tapi yang pelik xde awek lagi. Padahal dia hensem kot. Tapi masa ni tak perasan apa2 lagi. Dan masa ni sorang2 kawan kahwin. Kitorg pon jumpa masa tu la. Xde luahan perasaan. Hai hai bye bye then kau kau aku aku.

Setahun demi setahun, aku akhirnya jumpa sorang lelaki. Sebab kan ayah aku ni tersangat lah strict dan garang, tak ramai lelaki yang berani amik langkah seterusnya dengan aku. Tapi lelaki ni tak. Dia dengan yakin dan berani. Pertama kali jumpa terus cakap nak kahwin dengan aku. So ayah aku terima. Jadi aku kahwin. Dia suami aku sekarang.

So berbalik kisah dia td. Aku dah nak kahwin. Aku jemput semua kawan aku datang. Tapi, sebulan sebelum aku kahwin, hari jadi aku. Dapat komen dekat fb dia wish, ‘Selamat hari jadi, pengantin baru.’ Aku like. Cakap thank you. Ikon love. Dia balas love. Tapi masa ni takde apa2. Habis kat situ.
Hari aku kahwin aku pastikan semua perfect dan aku nak jadi yang paling cantik. Alhamdullillah semua dipermudahkan. Masa aku bersanding atas pelamin, aku tengok satu2 tetamu yang datang. Kawan2 aku bila nampak aku pandang diorang, lambai2 pastu suh aku senyum sebab nak amik gambar. Ok fine. Then, aku nampak dia. Duduk dengan kawan2 dia. Geng hero. Bila mata kami bertembung, tiada reaksi lebih. Dia senyum dan anggukan kepala. Aku balas senyum dan anggukan kepala dia. Masa ni yang aku perasan senyum dia sekejap terus yang tinggal hanya pandangan mata. Tapi tak lama dan masa ni mata aku yang beralih.

Ok aku dah kahwin. Tahun kedua aku ada anak. Hubungan kami putus. Ada kadang2 dia like je gambar aku dgn anak dan suami. Aku pon terus je bahagia. Kadang2 ada jugak gaduh tp gaduh biasa dengan suami. Bla bla bla teruskan hidup sampailah satu hari aku scroll fb, tertengok gambar dia orang tag. Muka dah berubah sikit. Tembam. Badan berisi. Tapi senyum mcm tu juga. Aku tak like sebab aku tak kenal orang yang tag gambar tu. Tak lama lepas tu nampak orang wish dia semoga cepat sembuh. Ada kawan mintak doakan. Yang paling sebak hati aku, mak dia komen kat situ mintak doakan anak dia. Aku pon siasat. Rupanya dia dapat serangan virus. Dah merebak. Sampai ke paru paru. Dalam hati aku nak pergi melawat dia tapi suami aku mesti tak bagi sebab dia cemburu sikit. So dari jauh aku doakan dia cepat sembuh. Semoga dimudahkan urusan dia.

Dan, tak lama lepas tu, aku dapat berita dia dah takde. Terkejut. Aku sedih sebab tak dapat jumpa dia kali terakhir. Masa dia kebumi pon aku tak dapat nak balik. Aku doakan dari jauh. Semoga urusan dia dimudahkan. Scroll fb, tak percaya dia dah takde. Tengok gambar2 dia. Masa tu perasan. Dia takde awek langsung. Lebihkan family. Dengan kawan2 xpernah lebih. Tapi semua orang sayang dia sebab dia baik. Jadi pemergian dia ditangisi oleh ramai. Termasuk aku.

Tahun berlalu. Anak aku bertambah dari satu ke dua. Masa aku mengandung anak kedua, aku dah tau anak aku lelaki dan aku pernah bagitau suami nak letak nama anak aku sempena nama dia tapi suami aku tak setuju sebab dia tak berkenan nama tu. Tapi aku cakap dengan suami, aku nak letak huruf z dalam nama anak aku dan alasan aku huruf z pon ada nama sedap. Tapi sebenarnya nama dia ada huruf z. Jadi lah. Dan aku bersalin. Teruskan hidup. Anak membesar. Tugas ibu, isteri aku jalankan dengan baik. Aku sayang suami aku sepenuh hati.

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, aku kerap mimpi dia. Muka dia dalam mimpi tu clear. Dia senyum dan bercakap dengan aku. Ada jugak kadang2 mimpi tu mcm aku luahkan perasaan kat dia, dia luahkan perasaan kat aku. Aku tau ni mainan tido tapi setiap kali mimpi tu aku mcm terdetik ‘eh apa ni. Kenapa eh?’. Aku lupa nak doakan dia ke. So aku tak pernah lupa sebut nama dia dlm doa aku. Kalau baca yasin pon aku niatkan untuk dia.

Sampailah ni tadi, aku terjaga dari tido. Aku mimpi lagi. Kali ni mimpi tu luahan perasaan aku kat dia yang tak terucap masa sekolah dulu. Dia senyum aku nampak. Dan dalam mamai aku tido tu, aku sedar dia dah takde dan aku bacakan al fatihah. Terus sedar sampai sekarang dan taip confession ni. Aku tak tahu kenapa dan tak tahu nak cakap benda ni kat sapa. Kerap kali aku mimpi. Bila bangun hati tu mcm rindu. Menyesal kenapa dulu tak luahkan je perasaan. Menyesal sebab ignore komen, mesej henpon. Kadang2 aku ingat dia, kadang lupa sebab sibuk urusan aku. Tapi boleh kata kerap dia muncul dalam mimpi aku. Aku tak pasti sama ada aku ada hutang apa2 dengan dia atau tak. Cuma yang aku tahu, hati aku rindu. Rindu kenangan yang sikit tu. Kadang2 aku scroll jugak fb lama dia. Fb dia ada, tak padam. Jadilah buat lepas rindu.

Doa aku, semoga dia tenang disana. Semoga dilapangkan kuburnya dan diringankan azab kuburnya.
Aku tak tahu nak mintak pendapat sapa tentang hal ni. Tapi kalau ada yang mahir boleh la bagi pendapat.
Mungkin jugak sebab rindu.
Terima kasih sudi baca.

2.58-4.28 pagi
12 May 2018.

– Secret Admire

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *