Rindu Pada Bukan Orangnya

Sekadar ingin luahkan perasaan dan mohon pandangan. Aku seorang wanita umur 42 tahun, berkerjaya, punyai suami yang baik, dan seorang anak perempuan berusia 15 tahun.

Usia perkahwinanku 17 tahun. Punya kehidupan yang baik, ada rumah ada kereta, bahkan bahagia sebenarnya.

Sebelum berkahwin aku ada teman lelaki (namakan dia U) yang masa tu sudah berkahwin dan punyai seorang anak.

Kami bercinta dan hampir kahwin. Tapi tak jadi kawin kerana isterinya tak izinkan. Selepas itu lah aku berjumpa dengan suami sekarang.

Aku dan U terputus hubungan hinggalah suatu hari kami berjumpa di facebook. 19 tahun kami terpisah.

Sebenarnya masa bercinta dulu kami pernah terlanjur. Beberapa kali. Aku menyesalinya dan aku telah dihukum dengan sakit breast cancer. Aku redha dan bertaubat. Alhamdulillah aku kembali sihat seperti biasa.

Setelah bertemu di facebook, kami mula rapat kembali. Kami sering berwhatsapp. Rasa macam bercinta kembali. Yer.. Memang kami bercinta.

Aku masih isteri kepada suamiku dan U masih suami kepada isterinya. Dari dulu U selalu cakap, dia tak pernah rasa rindu pada isterinya.

Mereka PJJ. U di Kuala Lumpur dan isterinya di Pantai Timur. Mereka PJJ dari kami bercinta dulu lagi hingga sekarang.

asyik bercinta di whatsapp kami akhirnya berjumpa pada tanggal 31 Ogos 2022. Pertemuan pertama setelah berbelas tahun. Bahagia rasanya. U datang ke bandar tempat tinggal ku di utara. U checkin hotel.

Aku memang takda niat untuk berjumpa di hotel. Aku tunggu di bawah, tapi U bertegas memanggil aku ke bilik.

Aku terjebak. Perkara yang aku takutkan telah berlaku. Kami tidak terlanjur tapi U memeluk aku dengan pelukan yang aku tak boleh lupakan.

Masa dipelukan U, aku terbayang wajah suamiku. Berdosanya aku. Aku sedar semua itu tapi aku tak mampu nak menghalang kerana aku juga amat selesa dalam pangkuan U. Aku juga merindui U.

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang sosial. Aku seorang yang menjaga solat, puasa sunat, tahajud di malam hari, sentiasa berdoa untuk menjadi isteri solehah, nak masuk syurga melalui pintu yang aku kehendaki, tapi aku diuji.

Ujian ini amat berat untuk aku. Iman ku amat lemah rupanya. Balik berjumpa U, aku solat taubat. Aku sungguh takut akan dosa tu.

Allahuakbar..

Tapi kami masih berhubungan. Masih bercinta. Pertemuan ke dua berlaku lagi. Dan aku sentiasa rindukan U. Memang rindu yang amat. Tiap hari aku rindukan U, sentiasa terbayang wajahnya.

Dalam masa yang sama, aku sentiasa berdoa agar aku boleh lupakan U. U telah membuatkan aku gila bayang.

Aku selalu menangis kerana terlalu rindukan U. Hubungan ku dengan suami macam biasa, baik. Sentiasa ada gelak ketawa, ada jugak gaduh manja, namun di hatiku masih ada U. Sentiasa rindukan U.

Disember ni isteri U datang ke rumahnya di Kuala Lumpur. Jadi U sentiasa ada isteri di sisinya. U jarang whatsapp aku.

Aku rindu sangat padanya, rindu untuk berwhatsapp bermadah sayang. Tapi U layan aku acuh tak acuh. U panggil aku sayang.

Tapi bila isterinya ada, dia takkan sebut sayang sekalipun dalam whatsapp. U kata dia jarang tengok handset kalau isterinya ada.

Aku sedar, aku hanya lah tempat U hilangkan bosan kala isterinya tiada di sisi. Tapi aku amat kecewa. Sangat kecewa walaupun aku tahu cinta kami amat terlarang, amat salah.

Aku sangat rindukan U tapi pada masa yang aku selalu berdoa agar aku boleh lupakan U tanpa memudharatkan jiwa aku.

Sekarang ni kalau aku whasapp U, lambat dia akan reply. Dah tak macam mula mula berhubungan dulu. U janji nak datang lagi jumpa aku. Aku tunggu dan terus tunggu.

Aku tahu aku bodoh dan tersangat bodoh kerana menantikan hubungan yang memang aku tahu sangat salah. Tapi aku tak mampu nak lawan rasa hati aku yang rindukan U. Ya Allah.. hapuskan rasa rindu ku pada U.

Banyak hint yang U bagi seolah suruh aku melupakan dia. Tapi aku buat bodoh jaa dan berterusan whatsapp U. Bodohnya aku. U akan reply whatsapp sekalipun lambat.

Aku cuba untuk tak whatsapp U, namun sehari ja aku mampu. Hingga ke hari ini, sudah 8 bulan kami bercinta dan sudah 8 bulan juga aku menanggung dosa.

Aku tahu dosa yang aku tanggung tapi aku sungguh tak mampu nak hindarinya.

Aku bingung aku buntu. Aku ingin lupakan U. Macam-macam cara aku buat, sibukkan diri dengan macam macam aktiviti tapi seolah aku dijampi mentera agar sentiasa merindukan U.

Aku tak salahkan U. Mungkin aku yang terlalu ikut perasaan dan hasutan syaitan. Moga aku lebih tenang dengan luahan ini.

– Sajana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *