Bismillahirahmanirahim…
Rindu pada dia….
“Hati ini tiba2 terasa rindu pada dia yang jauh…
Rindu menatap wajah sayu dan tidak berdosanya….
Kanak-kanak kecil berusia 3 tahun itu tidak mengerti akan jumaat terakhir bersama insan kecil yang dirindui emaknya. Petang jumaat yang indah menyaksikan betapa peritnya seorang emak & ayah menerima kepergian anak yang tercinta…hati seorang abang & ibu rela bertarung nyawa demi adik dan anaknya….
Abangnya yang bersama adiknya ketika kejadian itu berusaha turun ke sungai mencari susuk tubuh adiknya yang tergelincir jatuh daripada sungai akibat basikalnya terlanggar gondolan kecil. Namun pencarian abangnya sia-sia kerana dia tidak berjaya menemui adiknya walaupun usia abangnya ketika itu berusia 8 tahun!
Abangnya berlari pulang memberitahu emaknya di rumah. Emaknya sanggup mecampakkan diri kelautan bahaya untuk menyelamatkan tubuh kecil anaknya yang hanyut deras di bawa arus sungai…namun pencariannya hanya membuahkn kegagalan…hanya sepasang selipar kenangan yang dijumpai…
Akhirnya pencarian sang emak kekemuncaknya…anaknya dijumpai kaku tak sedarkan diri lagi dengan pertolongan orang kampung…hanya abang & sepupunya menyaksikan “sahabat gereknya” itu tak lagi bernafas ceria seperti permulaannya mereka bersama…tragedi jumaat itu berakhir dengan tangisan tua itu…si anak sudah mengerti amanah umurnya hanya setakat ini..betapa pilu & berkecai hati seorg emak & ayah melihat kaku tubuh ulamak kecilnya terdampar kaku diatas katil menunggu saat dimandikan, disolatkan & dikafankan hati tua itu redha bahawa ulamak kecilnya hanya pinjaman .. dengan redha & taqwalah itulah landasan untuk ulamak kecil mereka itu menarik tangan tua itu kesyurga bersamanya…Rupa-rupanya persiapan emakku memotong rambut dan kukunya untuk ke kenduri adalah petanda dia akan pulang kepada tuhannya dalam keadaan bersih dan suci tanpa dosa .
Saat itu memori ini sehingga kini terkenangkan dia terdampar kaku dipembaringan…wajahnya sukar untuk sel2 neuron otak mentafsirkan…kerana ingatan yang singkt bsamanya..mengertilah aq kini mengapa mulut tua itu terkaku lama saat aq mula membuka cerita tentang dya…betapa rindunya menggunung….ketika kecilnya aq jarang bsamanya…tapi kini bila aq sudah dewasa barulah aq myedari bahawa Allah ingin mendekatkan hati aq untuk mengenangnya selamanya….Allah ingin mendekatkan aq dengan Al-Fatihah & Yaasin utk aq sedekahkan kepadanya….Rasulullah S.A.W,sahabat2 Rasulullah,ulamak2,ahli sufi & umat Islam seluruhnya…
*buat emak & ayah bahagialah engkau kerana ada tangan kecil yang akan menggenggam tangan tuamu ke syurga Allah kelak….
*adikmu sentiasa mrinduimu abang….
*semoga bertemu disyurga Allah kelak….
*bahagialah kerana abang terpilih untuk syurganya…
*3 tahun kita bersama…selamanya tak akan pernah hilang daripada memori..
*kami merinduimu selamanya…
*tiba2 hati kecil ini merinduimu….
*1990-1996#
– Haura Maqsurah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit