Rindu Pada Si Anak

Assalamualaikum. Hai semua. Saja mencoret rasa di sini. Harap admin approve. Dan saya ucapkan terima kasih.

Saya berumur awal 30an. Sebelum ni saya pernah berkahwin dengan duda anak 3, dan berpisah pada 5 tahun lepas.

Anak tiri saya yang pertama lelaki, K berumur 15 tahun. Yang kedua perempuan, R berumur 10, dan yang bongsu U berumur 4 tahun. (Ni umur 5 tahun lepas).

Untuk pengetahuan korang, anak yang kedua dan bongsu sangat manja. Dulu, kalau nak apa-apa, mereka lebih selesa bagitahu saya berbanding abah mereka. Mungkin sebab abah mereka jenis garang.

Dan mungkin juga disebabkan sepanjang bergelar isteri, saya tidak dikurniakan anak, jadi rasa kasih dan sayang tu tumpah pada anak-anak ex suami saya.

Syukur juga sebab mak kandung mereka pun orangnya baik. Dan masa tu dah berkahwin lain.

Sebenarnya anak-anak ni dah terputus hubungan dengan abah mereka (ex suami saya) selepas ex saya berkahwin kali kedua dan bercerai dengan mak kandung mereka.

Rasanya mereka berpisah masa si kecil tu berumur baru nak masuk setahun. Dan ex saya berhubung semula dengan anak-anak selepas 5 bulan usia perkahwinan kami.

Risau juga, sebab saya muda lagi masa tu. Saya dengan ex suami pun beza berbelas tahun.

Syukur alhamdulillah sebab dikurniakan anak-anak yang baik. Kakak R, dia ni jenis perangai tomboi sikit. Perangai macam laki, tapi sangat cantik. Bila dia senyum, cair hati. Nak marah pun tak jadi. Haha.

Dia ni lah fan nombor 1 masakan saya. Bila tiba giliran duduk dengan abah mereka, dia lah paling rajin minta masakkan makanan favourite dia.

Yang si kecil U, ni pergi mana-mana orang ingat anak kandung saya. Sebab dia punya melekat, bila berjalan lebih rela saya yang dukung berbanding abah dia.

Saya pula memang suka dukung sebab best dapat peluk dia. Yang ni pun jenis manja dan comel. Pemujuk paling ampuh. Susah nak merajuk kalau dia ada.

Bila rasa bad mood sebab gaduh dengan abah dorang, dia datang peluk dan pujuk. Dan saya paling suka dengar dia berceloteh. Tak reti diam. Bijak pun ya. Haha.

Maaf ya sebab saya agak kurang rapat dengan yang sulung, mungkin sebab dia dah remaja, dan dia agak malu dengan saya.

Tapi yang pasti, dia seorang yang berdikari dan rajin. Muda remaja dah pandai cari duit sendiri. Dia ni kesian sikit sebab awal-awal lagi dia berhenti sekolah sebab nak cari duit.

Selepas beberapa bulan berpisah dengan ex, kakak R ada mesej saya, tanya khabar. Tu pun secara sembunyi-sembunyi. Sempat lagi tanya, “boleh lagi ke panggil ibu?”

Dia punya sedih tu, tak tau nak cakap apa. Dan saya bagitau dia, dan harap dia masih ingat lagi, sampai bila-bila mereka tetap akan jadi anak ibu (saya).

Baru-baru ni saja stalk fb mereka, dan ternampak post si Abang K. Tu pun post terakhir tahun 2020. Ada gambar raya mereka.

Dan bila tengok, automatik terdetik, ya Allah dah besar dah anak-anak ibu. Rindu sangat. Rasa nak jumpa dan peluk je dorang.

Nak chat pun saya dah segan. Saya berpisah dengan ex pun bukan dengan keadaan yang baik. Takpelah, benda dah lalu. Tapi tu lah, terputus hubungan sekali dengan anak-anak. Sedih sangat.

Biarpun dah 5 tahun berlalu, tetap rasa nak je mesej dorang bagitau, “Ibu rindu”.

Tapi tu lah, sedar diri saya cuma ibu tiri je yang pernah tumpang kasih sayang dorang. Hanya mampu doakan semoga mereka sentiasa baik-baik saja, dan sentiasa dalam jagaan Allah.

Maaf ya semua andai coretan ni jadi kurang sesuai di sini. Saya cuma mahu berkongsi rasa. Nak luah melalui lisan, saya jenis tak reti. Lebih selesa melalui tulisan. Terima kasih sudi baca.

– Niey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *