Assalamualaikum readers sekalian. Mula2, saya macam ragu2 nak send confession dekat sini.. tapi disebabkan ada masa lapang sikit, jadi saya tulis confession je lah ye hehe.
Nama saya Cendana (ofc bukan nama sebenar hehe). Baru freshman lagi di sebuah kolej.
Rindu Sama Kamu.
Alamak, rindu dekat siapa tu? Aiyokk tacodd. Hehe, sebenarnya sekarang ni, saya rindu dekat seorang kawan lelaki yang merangkap sebagai classmate saya di kolej. Saya namakan dia Z.
September 2021, saya daftar masuk dekat sebuah kolej area Selangor. Mula2, kelas atas talian je sebab masih pkp kan. Kes tiba2 naik mendadak ketika tu. Bulan november, barulah kami dapat belajar bersemuka dekat kolej.
Bila baru masuk kolej, masing-masing masih malu dan janggal. Cakap pun guna saya awak HAHA. Tapi, makin lama, saya dengan classmates makin rapat and kami anggap kelas kami ni as our family gituh.
Mentor kami pula anggap as parents. Banyak sangat memori yang kami create. Sungguh saya cakap- Saya betul2 sayang classmates saya kesemuanyaaaa. SARANGHAEEE.
Okay, apa kaitan dengan Z ni?
Z ni orangnya memang baik sangat, sopan, soft spoken lah juga and paling penting- seorang yang rajin.
Saya akui, dia lah kawan lelaki paling rajin dalam kelas saya. Z ni pun memang friendly sangat, jadi kami semua selesa berkawan dengan dia.
Bulan April 2022- Pada seminggu sebelum raya, kelas kami cadang nak buat iftar di luar, sebab minggu tu adalah minggu last sebelum kami pulang ke rumah untuk sambut raya dengan keluarga.
Tapi, beberapa hari sebelum majlis iftar tu, tiba2 mentor saya whatsapp dekat group pada waktu petang;
“Allahu, Z.. sampai sini sahaja”
Saya ketika tu masih tak faham. Jadi, saya tanya, “Teruk ke Z accident, ustaz?”
Ustaz saya jawab; “Z dah meninggal dunia…”
Z accident motor. Dia tercampak jauh. Ngam-ngam dia baring atas jalan, kereta lalu badannya…
Tapi Alhamdulillah, kuasa Allah, Allah bantu dia untuk mampu ucap syahadah sebelum dia pergi. Tengah damage teruk pun masih mampu ye Z? Masya Allah..
Terkedu? Ya. Saya terkedu. Time tu, saya tengah keluar sekejap, jadi nak meraung, melalak, menangis pun tak boleh. Saya tahan semua emosi berbaur saya sampailah saya pulang semula ke kolej.
Sampai je di kolej, saya dan semua classmates memang sedih yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Kami semua sedih… Dan terlalu terkejut juga.
Roommate saya, lebih rapat dengan Z ni, dan Z ni sememangnya ada perasaan suka terhadap roommate saya, cuma dia tak cerita feeling dia dekta roommate saya. Dia pi cerita dekat orang lain. Tapi, at last, roommate saya dah tahu juga.. hehe.
Dan hakikatnya, roommate saya pun rupanya ada juga perasaan pada si Z ni.. Jadi, boleh bayang tak perasaan sedih dia macam mana?
Allahu..
Dia cerita dekat saya, setiap masa dia fikirkan si Z ni… Tak pernah sesaat pun dia tak ingat Z… Ya Allah.. sedih sangat.. saya pun pujuk semampu yang saya boleh. Sebab saya sendiri masih terlalu sedih dengan pemergiannya.
Esoknya, kelas kami semua dibenarkan untuk iringi jenazah Z ke rumah halamannya yang terletak di utara, dengan menaiki bas yang disediakan kolej. Waktu pengebumian jenazah around 12 am.
Sebelum proses pengebumian, kami dibenarkan untuk lihat wajah jenazah buat kali terakhir.
Subhanallah, walaupun muka penuh dengan calar-balar, tetapi masih nampak betapa sucinya muka arwah dan kelihatan tersenyum..
Apalah amalan kau ya, Z? Aku cemburu. Kau bersahur di dunia tetapi berbuka di sana.. ya Allah… Lepastu, pengebumian pun dilakukan.
Dengan waktu malamnya, fuh memang sendu. Lepas dah selesai, kami semua rasa satu perasaan- “Z, kau dah ada dalam tu… Kau dah di bawah tanah…” Betul- betul tidak sangka.
Kami pun dah sedih bukan kepalang, apatah lagi keluarganya…kan? Ibu ayahnya sangat kuat Masya Allah… mereka cakap Z ni anak yang baik dan rajin, selalu tolong buat kerja rumah dan jaga adik dia.
Seperkara lagi, saya rasa gembira sangat kerana ibu ayahnya berusaha untuk “bantu” anak mereka dengan sedekahkan kain pelekat untuk kawan lelaki dan tudung untuk kawan perempuan Z .
Aku nanti nak pakai tudung tu selalu, Dan niatkan sedekah untuk kau. Biar kau dapat pahala melimpah ruah. Ya Allah, gembiranya aku!!
Z.. dah sebulan lebih kau tinggalkan kami.. Walaupun aku tak adalah rapat mana pun dengan kau, tapi aku sangat rindukan kau. Banyak memori yang telah kita cipta sama2 kan?
Aku harap sangat kita boleh berjumpa semula di sana.. InsyaAllah, Aamiin.
24 April 2022, perginya Z buat selamanya. Tak sangka hints yang kau kasi selama ni (Z selalu cakap “kalau aku dah mati nanti..”) akan terjadi betul2… Al fatihah buatmu, Z.
– Cendana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit