Rindu Sangat Dekat Ibu

Aku Qi, aku nak share tentang diri aku menebus kerinduan kepada keluarga kandung aku.

Aku ni anak angkat, sejak kecil dibela oleh keluarga angkat di negeri lain. Sampailah umur aku 18, aku bawa haluan hidup aku sebab keluarga angkat aku meninggal dan tiada siapa menjaga aku.

Aku menyambung pengajian setinggi boleh sehingga ke tahap postgrad dengan bantuan biasiswa GLC.

Sepanjang hidupku di universiti, semuanya sendirian, boleh dirumuskan aku ni sebatang kara. Orang lain balik raya, aku duduk sahaja di kampus siaokan assignment dan beraya dengan kawan-kawan universiti (foreigners).

Baru-baru ni aku pergi la cari keluarga aku dan aku jumpa semua makcik-makcik aku. Mak aku je aku tak jumpa lagi sebab dia dah “hilang” ghaib ke mana entah. Aku happy jumpa family aku. Especially jumpa makcik-makcik aku. Rasa macam ada ibu.

Selama ni aku ingatkan aku dah takde syurga dah sebab mak aku ghaib, mak angkat aku pulak dah meninggal.

Rupanya ada hadis yang menyebut bahawasanya ibu saudara sebelah ibu adalah sama tarafnya dengan ibu kandung dan kita boleh berbakti kepada mereka.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku makcik-makcik yang baik, rasional dan menjaga dalam bab agama.

Masa aku jumpa mereka tu, aku rasa nak nangis woi. Aku control macho! Aku pura-pura kuat. Lepas pulang dari jumpa mereka, aku masuk ke dalam kereta, aku menangis.

Sebenarnya aku rindu sangat-sangat. Aku nangis sampai beberapa hari kemudiannya. Ermm, aku rindu beb. Aku rindu sangat-sangat sosok yang bernama ibu. (Masa aku taip cerita ni pun aku menangis…)

Aku sedih sebab aku dapat jumpa diorang singkat sangat. Aku sangat rindu. Aku sedih juga sebab dalam 3 beradik mak aku, mak aku je yang pilih jalan “hitam” dan anak-anak dia semua dibagi kat beberapa keluarga.

Dalam hati ni ada la duk terfikir, andainya mak aku pilih jalan yang baik, sambung belajar macam makcik-makcik aku, kerja baik, dapat suami yang baik, inshaAllah aku dapat merasa indahnya kasih sayang ibu kandung dan keluarga kandung aku.

Tapi sebab aku tak membesar bersama diorang, aku kekok la jugak nak ekspresikan rasa sayang aku tu. Aku masih ada rasa akward tu. Mungkin seiring masa, nanti ok lah kot.

Apa-apa pun aku bersyukur sangat aku dijumpakan dengan ibu saudara aku ni dalam keadaan masih hidup. Belum terlambat rasanya nak berbakti.

Pembaca, bagilah tips untuk aku rapat dengan makcik-makcik aku dan berbakti bagaimanakah dengan mereka.

Mereka berdua ni ada anak-anak yang sederhana ramai, masih bersuami, hidup senang juga kerana ada pendapatan tetap, dah bersara la. Tak tahu nak berbakti gaya apa.

Berikan aku tips menyantuni ibu saudara korang. Kalau ada pengalaman yang sama, boleh la share juga di komen.

Thanks korang..

– Qi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulilah ada makcik yang rasional dan terima awak. Awak boleh mulakan dengan ziarah sebulan sekali, bawak buah tangan mcm buah ke atau kudap2 untuk anak2 sepupu, rajin tanya khabar, boleh bercerita tentang hal awak juga.

    Moga awak dapat rasa nikmat bekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *