Assalamualaikum semua. Terima kasih iium confession kalau kisah aku ni di approve.. Salam Ramadhan buat semua. Lagi sehari dua kita akan menyambut hari raya aidilfitri kan. Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Tadi aku ada terbaca confession pasal abang pentingkan rumah mertua bila raya. Dekat nak raya ni aku percaya banyak kisah anak tak balik raya, kisah ibu bapa rindu anak dan banyak lagi lah. Bila baca cerita macam tu aku jadi sedih kerana walid aku juga macam tu. Tapi cerita walid aku lain. Disaat orang lain gembira sambut raya dengan anak2 tapi tidak untuk walid aku. Kalau aku cerita semua disini pasti nya sampai pagi raya tak kan habis.
Sebelum tu aku ringkas kan sikit pasal walid aku. Walid aku ni tua sangat dah. Nak masuk 80 tahun dah. Kesihatan pun merosot. Alhamdulillah setakat ni walid boleh lagi berjalan walau bertongkat. Apa aku nak cerita disini, walid aku ni ada anak lima orang sebelum berkahwin dengan ummi aku. Biasa lah orang dahulu kahwin awal kan.
Ditakdir kan walid aku bercerai dan berpisah dengan anak-anaknya. Anak2 walid dengan bekas isteri ada lima orang. 3 lelaki 2 perempuan tapi sayang nya since walid bercerai sampai hari ini dia tidak pernah berjumpa dengan 3 orang anak2 lelaki nya. Anak2 perempuan datang cari walid kerana mahukan seorang wali.
Apa yang walid cerita, ketika dia tinggalkan anak2 nya yang sulung umur 25. Kalau dikira sekarang umur anak sulung walid 50 tahun macam tu. Apa yang aku tahu walid tidak langsung dibenarkan untuk berjumpa dengan anak2 nya kerana bekas mertua melarang. Walid dihalau oleh isteri sendiri dan bekas mertua nya sehelai sepinggang. Semua harta walid tinggal sebagai nafkah untuk anak2. Sejak dari itu walid tidak dibenarkan berjumpa anak2. Bekas isteri walid juga melarang anak2 dari berjumpa dengan walid.
Fyi, selepas walid bercerai dengan bekas isteri nya, alhamdulillah walid terus hidup mencari kehidupan sebenar dan berkahwin dengan umi aku dan dikurniakan dua orang anak. Usia perkahwinan walid dengan umi dah nak masuk 30 tahun. Dan ya, selama 30 tahun ni la walid aku memendam rasa merindui anak2.
Anak2 walid aku alhamdulillah semua berjaya. Kerjaya semua baik. Ada yang kerja accountant petronas, pensyarah. Aku tahu mereka berjaya hasil didikan walid dan doa tidak putus dari walid walau walid jauh dari mereka. Ya mereka hebat dan berjaya dalam career masing2 dan bodoh dalam kehidupan. Kasih walid yang membesarkan mereka, menyara mereka sehingga mereka berjaya mengejar cita cita masing-masing hanya tercatat dalam otak bukan dalam hati.
Macam mana aku tahu mereka berjaya? Dari aku kecil walid selalu pesan supaya jangan lupa abang2 bila walid meninggal. Walid cerita supaya aku tidak lupa bahawa aku ada adik beradik lagi selain abang. Walid cerita supaya bila aku dewasa dapat merasa kasih sayang seorang abang. Dan bila aku mula pandai media sosial aku terus mencari info tentang abang2 aku. Sekarang zaman semua benda di hujung jari kan. Semua benda nak upload Instagram. Kejayaan mereka kemewahan mereka semua tunjuk dalam fb. Buat kerja aku mudah untuk mengikuti semua perkembangan abang2 aku.
Setiap tahun aku contact abang-abang aku merayu balik jumpa walid. Bukan raya je, setiap kali walid sakit aku massage supaya datang jenguk walid. Tahun 2017 walid ada buat operation jantung. Aku merayu juga supaya mereka pulang takut menyesal kemudian hari namun batang hidung mereka pun aku tak nampak. Aku cerita pada mereka walid rindu mereka pulang. Walid rindu nak tengok wajah cucu nya malah aku pula diblock. Aku faham kalau mereka sibuk tapi takkan selama 30 tahun sekali pun tak boleh datang. At least call pun tak apa tanda ingatan pada walid.
Walid sendiri ada call mereka tapi sekali je bercakap terus mereka block nombor walid. Aku tak tahu besar mana dosa walid sehingga anak2 tergamak buat walid macam tu. Lupakah mereka redha Allah bergantung pada redha kedua ibubapa. Tanpa redha ibubapa tiada kerberkatan dalam hidup.
Aku kesal dengan abang2 kerana mereka lupa tanggungjawab seorang anak. Mereka lupa jasa walid, mereka lupa kasih sayang walid membesarkan mereka dari sekecil tapak kaki sehingga sebesar gajah Aku tidak mengharap mereka bantu walid tapi cukup kasih sayang di utamakan. Orang tua bukan mahu duit tapi cukup kasih sayang yang dihargai.
Okey back to tajuk, rindu seorang ayah. Aku tahu walid merindui anak2 nya walaupun dia diam bila sebut pasal anak2. Jauh disudut hati seorang ayah menangis terkenang anak. Ayah mana tidak sayang anak. Ayah mana tidak rindu anak. Buat abang dan kakak, aku mengharap kalian baca coretan ini. Aku tahu mereka selalu baca iium confession ni.
Abang kakak, ingat lah bahawa ayah insan yang tiada galang ganti. Aku tak nak kalian menyesal bila walid meninggal nanti. Ya kasih ibu membawa ke syurga tapi kasih ayah berkorban nyawa. Kasih walid berhempas pulas membesarkan kalian. Abang, walau kau ketua keluarga tanggungjawab dan kasih sayang untuk walid tetap yang utama. Kakak, walau syurga isteri dibawah tapak kaki suami jangan lupa jasa walid yang mendidik mu selepas dilepas kan kepada suami.aku merayu tolong jangan lupa walid. Aku merayu agar raya tahun ini kalian pulang jenguk walid.
Wahai pembaca sekalian, andai sesiapa yang membaca coretan ini tolong lah hargai kedua ibu bapa. Maaf andai coretan ini tidak tersusun. Aku share disini sebab aku tak tahu dah cara nak minta abang2 aku pulang. Semoga pembaca juga boleh beri pendapat macam mana cara untuk aku pastikan raya tahun ini walid boleh berjumpa dengan anak2 nya. Sekian terima kasih.
– Ilham humaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit