Rindu Seorang Ayah II

Assalamualaikum semua dan selamat hari raya aidilfitri. Thanks admin sebab approve confession aku sebelum ni yang bertajuk ‘rindu seorang ayah’, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah/).

Thanks kepada semua yang sudi memberi feedback positive atau negative. Aku terima komen2 korang. Ramai yang komen dalam hal ini walid aku ada dosa silam. Disini aku akan jelaskan dengan lebih detail pasal walid aku. Maaf sekiranya agak panjang. Aku harap admin siarkan coretan aku yang kedua ini.

Pertama, aku nak jelas kan walid berkahwin dengan umi selepas sepuluh tahun bercerai dengan bekas isteri.walid berkahwin dengan umi tahun 1990 ketika umur walid 50 tahun. Beza umur dengan umi dua belas tahun. Tiga tahun selepas perkahwinan, umi melahirkan abang aku yang sulung. Sekarang umur abang 27 tahun.

Ya selama sepuluh tahun walid merantau keluar negeri mencari kekuatan hidup. Umi aku seorang jururawat di sebuah hospital negeri pantai timur. Walid bertemu umi aku ketika menghantar alatan hospital kerana ketika itu walid bekerja sebagai pemandu syarikat dengan gaji Rm150 sebulan. Alhamdulillah umi menerima walid dengan redha kerana kesian walid tidak tahu hala tuju.

Walid dihalau mertua dan isteri kerana pekerjaan walid ketika itu. Perkerjaan walid ketika itu memerlukan walid keluar dua tiga minggu untuk hantar beras ke Singapore. Sampai lah suatu hari walid pulang dari berdagang dia melihat satu beg baju atas tangga dan sangat terkejut kerana ada dua tiga orang berdiri untuk memukul walid.

Walid dicanang satu kampung oleh bekas mertua kerana mempunyai perempuan simpanan. Dan dari hari itu walid nekad untuk tidak berpaling lagi dia membawa hati yang duka merantau. Walid keluar mencari rezeki untuk menyara isteri dan anak2 nya tetapi malangnya mereka tidak faham.

Selepas kejadian dihalau, isteri walid memaksa untuk melafazkan cerai dan walid akur dengan redha walau perit terpaksa meninggalkan lima orang anak. Ketika itu anak lelaki bongsu walid berumur tiga tahun. Dan sejak dari itu, walid dilarang sama sekali untuk berjumpa anak2.

Ohhh ya sebelum aku terlupa walid aku ni boleh dikira orang kaya kampung ketika itu kerana walid seorang pedagang beras. Walid meninggalkan semua harta untuk anak2 dan bekas isteri tanpa ambil walau satu sen. Itu lah pengorbanan seorang ayah.

Selepas walid berkahwin dengan umi, walid teruskan kehidupan dan mengambil keputusan untuk tinggal di negeri umi bekerja. Ketika itu, walid dapat tahu anak perempuan bongsu nya bersekolah di mrsm berdekatan dengan rumah. Aku namakan fatimah. Walid terus pergi mencari dan alhamdulillah dapat bertemu dengan fatimah.

Sejak dari itu walid berulang alik pergi melawat fatimah kerana sangat gembira boleh berjumpa dengan anak walau curi2. Namun kegembiraan walid tidak lama, kerana bekas isteri walid dapat tahu lalu memberi amaran kepada walid supaya jangan sekali jumpa fatimah atau anak2 yang lain. Kalau walid jumpa, semua harta yang walid tinggalkan dia akan jual dan tidak akan menyara anak2 dengan harta itu. Lalu sekali lagi walid redha.

Tahun berganti tahun, tak silap ketika itu aku berumur 10 tahun fatimah datang cari walid untuk minta jadikan wali. Walid agak keberatan untuk membenarkan mereka berkahwin kerana kata walid bakal suami fatimah tidak bekerja. Walid risau masa depan fatimah tetapi fatimah akan lari dan kahwin di seberang jika walid tidak izin mereka berkahwin. Lalu berkahwin lah mereka dengan berwalikan walid.

Ketika itu semua ahli keluarga fatimah seorang pun tidak datang termasuk bekas isteri walid. Tahu lah walid perkahwinan itu tidak di restu oleh bekas isteri nya. Tiga minggu selepas perkahwinan fatimah, anak lelaki walid yang sulung call marah2 walid kerana walid kahwin kan fatimah. Mana dia dapat nombor walid aku tak tahu. Siap bagi amaran tak nak mengaku walid itu ayah nya. Boleh bayangkan tak betapa hancur hati walid ketika itu. Aku tahu fikiran anak2 walid ketika itu dihantui bekas isteri walid.

Selepas berkahwin, fatimah tidak lagi datang rumah walid. Walid ingatkan bila dibenarkan berkahwin fatimah datang jenguk walid tapi tidak sama sekali. Sampai lah fatimah mengandung anak kedua, fatimah datang cari walid kembali kerana rumah tangga nya dilanda badai. Suami fatimah panas baran dan tidak bekerja. Walid lah selesaikan masalah mereka. Walid la menanggung fatimah dan anak2.

Sempat lah sampai fatimah melahirkan anak kedua walid sediakan semuanya dan alhamdulillah selepas bersalin mereka tidak jadi berpisah atas nasihat walid.lalu,pergi lah fatimah bersama suami dan langsung tidak datang jenguk walid selepas apa walid korbankan untuk dia. Sungguh aku tak faham isi hati seorang anak apa macam tu. Tidak kenang jasa.

Ujian untuk walid bukan sampai disitu. Sampai satu masa ada seorang kenalan rapat walid ketika muda datang bertemu dengan walid. Diceritakan semua tentang kehidupan bekas isteri walid dan anak2. Apa yang buat walid sangat kecewa tanah yang walid tinggalkan untuk nafkah habis dijual oleh bekas isterinya bersama suami yang baru dan dicanang mengatakan walid meninggal dunia dan berhutang berpuluh ribu. Kepada anak2 juga dia menceritakan walid tidak bertanggung jawab atas nafkah. Hari itu, aku boleh nampak walid sampai demam bila dengar cerita macam tu.

Tidak lama selepas itu, bekas isteri walid datang bertemu dengan walid untuk minta halal tanah yang dijual nya. Duit itu bertujuan untuk menunaikan haji. Kata walid, dia tidak menghalalkan satu sen duit itu jika bekas isteri nya berniat tidak baik. Kerana tanah itu walid tinggalkan untuk nafkah anak2 sehingga masuk universiti. Ada aku terdengar bekas isteri walid tidak dapat menunaikan haji sesampai nya disana. Atas sebab tertentu. Ya, Allah itu maha mengetahui.

Di pendek kan cerita, sampai hari ini bekas isteri walid masih lagi berdendam dengan walid.kepada anak2, bekas isteri walid beri amaran jika datang mencari walid mereka akan jadi anak derhaka. Disini aku cukup tidak faham kenapa anak2 perlu taat ibu mereka jika perkara itu terang2 salah. Adakah seorang ayah itu tidak layak untuk disayangi anak2? Sedangkan keberkatan itu ada juga pada seorang ayah.

Ohh ya, cerita pasal keberkatan, aku dapat tahu dua orang anak walid ditimpa ujian. Anak lelaki walid bercerai dengan isteri dan dihalau. Sama cerita macam ibu nya buat walid. Seorang lagi anak walid dibuang kerja kerana terlibat dengan pecah amanah. Life is karma. Betul tak? Semua cerita anak2 walid aku tahu. Kerana aku berjanji dan akan pastikan sebelum walid menutup mata aku akan kumpul kan kelima anak walid. Aku tidak tahu sempat atau tidak. Walid ada sakit jantung. Kesihatan tidak menentu. Harap sempat lah.. Doakan aku pembaca sekalian supaya misi aku berjaya.

Fyi, bulan dua tahun 2017 suami anak perempuan walid meninggal dan aku sempat pergi menziarahi keluarga arwah. Aku pergi seorang diri kerana aku ada misi. Sampai nya disana ada orang mengenal aku ada yang tak kenal. Anak2 walid ada seorang dua ketika itu yang kenal aku. Mungkin ada orang cerita atau sebalik nya.lama juga aku disitu sehingga selesai pengebumian. Seorang pun anak walid tidak tegur aku.

Sebelum aku pulang, aku rendah kan ego aku pergi melutut merayu berjumpa anak lelaki walid yang aku nampak disitu. Aku merayu agar dia pulang sekejap tengok walid alang2 dekat dah dengan rumah walid. Aku cerita walid sakit dan walid rindu nak jumpa mereka. Namun reaksi mereka buat aku kecewa, bukan mahu bercakap malah salam aku tidak disambut.

Aku tidak tahu manusia jenis apa abang aku tu. Mungkin aku orang susah atau mungkin mereka benci sebab aku anak walid. Cukup sampai disitu aku tidak sanggup untuk berlama. Aku pulang dengan tangisan air mata. Lima bulan selepas kematian arwah, ditakdirkan aku masuk hospital disebabkan deman denggi.

Kejadian yang aku tidak boleh lupa sampai harini. Bekas isteri walid juga masuk hospital yang sama dengan aku dan wad yang sama. Dia dipindah dari hospital Terengganu kerana disana tiada pakar. Aturan allah itu sungguh indah. Belakang katil aku katil bekas isteri walid. Sudah tentu aku nampak anak2 walid menunggu ibu mereka. Ada seorang disitu yang aku nak sangat bertemu kerana aku tidak pernah berjumpa. Hanya tahu cerita dan kenal melalui Facebook.

Berkali2 aku pastikan bahawa itu anak walid. Aku mengambil keputusan untuk menegur beliau. Aku namakan abang irham. Bila aku tengok abang irham lalu depan katil aku terus aku memanggil. Aku boleh tengok riak muka terkejut irham dan terus datang bertanya siapa aku. Lalu aku cerita kan sedikit siapa aku. Terduduk irham bila tahu aku siapa.

Lima minit kemudian ditakdir kan Allah walid datang melawat aku dengan ditolak abang naik kerusi roda kerana kesihatan tidak mengizinkan.walid juga tidak mengenali abang irham ketika itu. Ya lah berpuluh tahun tidak berjumpa mana nak kenal kan. Kalau aku teruskan cerita ini mungkin tidak habis, kerana pertemuan dengan abang irham bukan sampai disitu. Sangat panjang cerita Kalau keadaan mengizinkan aku ceritakan lagi.

Aku ada baca komen ramai bertanya takkan selama 30 tahun, anak2 walid tak boleh curi2 datang. Aku pun terfikir macam tu tapi entah lah macam mana pemikiran diorang. Umur sudah tua ada yg bercucu takkan benda macam tu tak boleh selesaikan.

Tujuan aku menulis coretan ini tidak lain tidak bukan aku tujukan khas untuk anak2 walid moga terbuka pintu hati untuk datang berjumpa walid. Abang dan kakak, aku merayu sekali lagi pada kalian jika kalian terasa bila membaca coretan ini pulang lah tengok walid. Walid sakit menahan rindu pada kalian. Aku tahu harapan aku tipis untuk tengok kalian datang jumpa walid tapi aku percaya aturan Allah.Pagi raya kali ini sekali lagi walid menangis kerana merindui kalian.

Untuk pembaca aku mengalukan nasihat dan komen2 positive korang. Apa pertanyaan in shaa Allah aku jawab. Jika ada mengenali aku, boleh tinggalkan komen nanti aku mesej korang. Akhir sekali terima kasih sekiranya coretan ini disiarkan dan korang membaca sehingga habis. Maaf sekiranya tulisan aku tidak tersusun. Terima kasih semua.

– Ilham humaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *