Rindu Tapi Bukan Untuk Kembali

Sekarang aku hidup bahagia. Dah kahwin, ada suami yang sayang aku, anak-anak comel yang selalu buat aku gelak, kerja pun okay. Tak ada masalah besar pun sebenarnya.

Tapi… entah kenapa hati ni rasa macam tak seronok. Kadang aku termenung sendiri waktu malam, lepas semua orang tidur. Aku pandang siling bilik, and I asked myself, “Why am I still thinking about him?”

Bukan aku nak bandingkan. Adam, suami aku sangat baik, penyayang, matang. Tapi kenapa Halim masih muncul dalam fikiran aku? Kami tak lama pun kenal. Tapi dia tinggalkan kesan yang dalam.

Kadang-kadang bila aku drive sorang-sorang, lagu lama keluar kat radio, I smile a little. Tapi lepas tu, aku terus rasa bersalah. Sebab aku tak patut fikir pasal dia lagi.

Aku kenal Halim masa tahun akhir kat kolej. Sebenarnya kami satu sekolah menengah dulu. Lawak kan? Satu sekolah tapi tak pernah bertegur sapa pun.

Halim dulu budak yang agak popular – aktif, ramai kawan, pandai juga. Aku pulak… well, aku Jannah. Gadis biasa. Pendiam, Jalan pun tunduk, takut cikgu tegur. Nak bercakap dengan lelaki pun aku gugup semacam. Aku gadis introvert.

Kitorang mula berhubung semula melalui media sosial. Masa tu aku tengah bosan study untuk final year project, aku scroll-scroll Instagram, tiba-tiba nampak nama dia like gambar aku. Terus kami DM, just for fun.

“Eh Halim! Kita satu sekolah dulu kan?”. Simple je ayat aku. Tapi dari situ, kami mula chat hari-hari. Dari Instagram, pindah ke WhatsApp.

Melalui chat tu, aku dapat tahu, Halim study di Indonesia, baru je putus cinta. Ex-girlfriend dia sama belajar kat sana jugak. Dah couple bertahun-tahun. Tapi akhirnya clash sebab perempuan tu pilih orang lain. Typical love story, kan?

Aku simpati. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa macam ada ruang. Ruang untuk aku masuk dalam hidup dia. “Jahat ke aku?” aku tanya diri sendiri. Tapi aku just nak kawan, tak lebih pun. Masa tu la.

Setiap malam kami berbalas mesej di WhatsApp, boleh kata tak pernah miss. Walaupun masing-masing sibuk, tetap akan luangkan masa untuk bertanya khabar. Topik perbualan kami bermula dengan benda ringan—makanan, kucing, drama bersiri—dan lama-lama jadi makin dalam.

Pernah satu malam kami berbincang panjang tentang kenapa manusia susah nak lepaskan sesuatu yang pernah buat mereka bahagia. Halim memang kelakar, tapi bila dia mula serius, aku nampak sisi matang dia yang buat aku rasa tenang dan dihargai.

Lepas graduation, kami buat keputusan untuk jumpa buat kali pertama. Aku dah tamat pengajian di utara tanah air, manakala Halim baru saja pulang dari Indonesia. Walaupun kami dah biasa berkawan secara maya, rasa gementar tu tetap ada.

Dalam hati aku tertanya-tanya: adakah realiti akan seindah perbualan-perbualan malam kami selama ni?

Aku pakai blouse longgar, jeans gelap, dan tudung hitam simple. Tak nak over. Tapi dalam hati, “Please la muka jangan oily, bibir jangan kering sangat, please behave.” Bila dia sampai, aku nampak dia terus. Masih sama macam dulu. Senyum dia buat aku nervous.

“Awk tengok I macam I hantu ke?” dia gelak. Aku malu gila.

Tapi jujurnya, aku selesa. Dengan Halim, aku rasa ringan. Tak perlu pretend jadi orang lain. Kami lepak borak berjam-jam, sampai waiter dah pandang semacam. Tapi Halim tak tunjuk dia suka aku. Dia layan je. Baik, sopan. Tak lebih.

Lama-lama aku rasa boleh cerita apa saja pada Halim. Dari benda remeh sampai ke perkara paling peribadi, semuanya aku luahkan tanpa rasa takut. Termasuk aib aku sendiri.

Benda yang aku simpan kemas selama bertahun-tahun, yang tak pernah aku cerita pada sesiapa. Even kawan-kawan dan keluarga. Cerita tentang aku dan Zul. Aku tahu, bila aku buka mulut pasal ni, takkan ada jalan untuk tarik balik.

Aku tarik nafas panjang sebelum mula. Suara aku bergetar, dada rasa sesak, tapi aku teruskan juga. “Halim, I pernah buat silap besar… dan I rasa I patut jujur dengan u,” aku cakap perlahan, hampir berbisik.

Dia diam, tak jawab apa-apa. Tapi dia juga tak potong cakap aku—dan dalam diam dia, aku rasa dia patut dengar. Aku cerita semuanya.

Aku kenal Zul lepas SPM, masa umur aku masih mentah dan mudah percaya. Kami selalu keluar sama-sama, naik motor ke pantai, tengok sunset, makan aiskrim, dan ketawa macam dunia tak ada masalah. Tapi perlahan-lahan, hubungan tu berubah, dan akhirnya aku tewas.

Aku serahkan kehormatan aku pada dia… bukan sekali, tapi berkali-kali, sampai aku sendiri ketagih. Dalam hati, aku tahu semua tu salah, tapi waktu tu aku rasa kosong, dan dia buat aku rasa diperlukan.

Lepas aku sambung belajar, aku cuba lari dari semua tu. Aku nak mulakan hidup baru, jauh dari bayang-bayang Zul dan semua kesilapan lama. Tapi Zul tak pernah berhenti cari aku. Mesej, call, DM tak putus. Aku sendiri tak pasti dia nak aku, atau sekadar nak tubuh aku sahaja.

Aku buka WhatsApp dan tunjuk mesej-mesej dia yang masih mengganggu aku, sambil hati aku berdebar, menunggu reaksi Halim. Halim pandang aku lama. Dia nampak tenang, kemudian dia berkata. “Bagi I nombor dia,” dia cakap perlahan.

Beberapa hari lepas aku tunjuk mesej tu, Halim terus senyap. Tak banyak sembang macam biasa. Aku pun tak berani tanya. Tapi dalam hati, aku resah.

Tiba-tiba satu malam, dia WhatsApp.

“U boleh tenang sekarang. Dia takkan kacau u dah.”

Aku terdiam. “Apa u buat?”

“Nothing illegal. Just a man-to-man talk.”

Lepas kejadian tu, Halim terus diam. Dia tak cerita apa-apa pasal Zul, dan aku pun tak tanya lebih.

Yang peliknya, Zul tiba-tiba hilang macam ditelan bumi. Tak ada mesej, tak ada panggilan, semua media sosial dia sunyi. Aku tak tahu apa sebenarnya jadi, tapi entah kenapa… aku rasa tenang. Rasa selamat. Dan dalam diam, aku mula pandang Halim dengan rasa yang lain. Bukan sekadar kawan.

Sejak tu, aku makin rapat dengan Halim. Kami mula luang masa sama-sama, lepak minum petang, tengok wayang, jalan santai dekat taman waktu senja.

Semua benda tu nampak biasa, tapi dengan Halim, semuanya rasa istimewa. Dia buat aku rasa dilihat, dihargai. macam aku penting. Dan perlahan-lahan, aku mula harap masa dengan dia takkan berakhir.

Satu hari, masa kami tengah jalan sama-sama, aku pegang tangan dia masa nak lintas jalan. Tangan dia genggam balik tangan aku. Tak lepaskan. Aku pandang dia, dia senyum. Hati aku terus berbunga. Aku tahu mungkin aku silap teka, tapi dalam hati aku kuat bisik, “Dia pun rasa benda yang sama, kan?”

Kami tak pernah declare apa-apa, tapi kami macam couple. Chat romantik, panggilan video, aku peluk dia bila berdua. Benda-benda yang buat jantung aku laju. Tapi setiap kali aku tanya, “Kita ni apa sebenarnya?” Dia senyum je.

Tak lama lepas tu, kami makin jauh. Bukan jauh hati — jauh dari batas.

Sejak kami makin rapat, sentuhan jadi perkara biasa—pegang tangan, peluk, cium… semua tu datang sendiri, tanpa dipaksa. Kami hanyut dalam rasa yang susah nak kawal.

Dalam hati aku, aku tahu semua tu salah, tapi aku fikir “Kalau aku serah semuanya, maybe dia akan betul-betul jadi milik aku.”, dia akan kekal dengan aku. Mungkin dia akan jadi milik aku sepenuhnya, bukan separuh hati, bukan separuh jalan.

Satu malam, aku nekad. Kami duduk berdua dalam kereta, suasana senyap tapi penuh dengan rasa yang tak terluah. Aku pandang dia, tarik nafas dalam-dalam dan cakap, “U nak I, kan?” Aku genggam tangan dia, bawa dia dekat dengan aku. Dia nampak terkejut, tapi dia tak tolak pun.

Aku mula buka tudung, tapi masa tu dia genggam tangan aku kuat-kuat. “No. Stop,” dia cakap—tegas, tapi suara dia lembut. Mata dia pandang aku lama, macam dia sedang lawan sesuatu dalam diri dia sendiri.Aku terdiam.

“Sebab I dah tak ada dara ke? U jijik kat I?”

Dia geleng perlahan. “Jannah, I tak pernah kisah masa silam u. Tapi I tak rasa benda ni betul. I cuma… I kalah dengan nafsu. U datang semasa I lemah. I minta maaf.”

Lepas malam tu, semuanya berubah. Halim mula menjauh. Dia dah tak call macam dulu, mesej pun makin ringkas dan dingin, kadang-kadang langsung tak balas.

Setiap kali aku cuba mulakan perbualan, dia macam tak berminat. Tapi makin hari, makin jelas, dia tarik diri. Aku rasa macam ditolak mentah-mentah.

Malu. Itu yang aku rasa paling kuat. Aku rasa terhina dengan diri sendiri sebab terlalu ikutkan nafsu. Aku serah hati aku, dan hampir serah segalanya, semata-mata sebab budi dia dan aku fikir dia akan bersama aku.

Tapi akhirnya, aku sedar, aku cuma tempat persinggahan, bukan destinasi. Nafsu buat aku buta, dan aku hanyut dalam rasa yang aku cipta sendiri.

Aku mesej dia marah-marah. “Semua lelaki sama je! Nak seronok, lepas tu tinggal!”

Tapi dia reply dengan panjang.

“I bukan tinggal u sebab kisah silam U. I jauhkan diri sebab I tahu kita dah buat silap. U deserve someone yang betul-betul cintakan U. I tak ada perasaan yang cukup untuk jadikan U isteri I. I minta maaf.”

Dia sambung lagi,

“Zaman sekarang, lelaki tak kisah lagi dara ke tak. Lagu pun U dah insaf, pasti ade lelaki yang layak untuk U.”

Aku nangis. Tapi aku tak balas apa-apa lagi. Aku block dia. Everywhere.

Masa berlalu. Tahun demi tahun.

Aku mula bina hidup aku sendiri. Aku kerja, pindah tempat baru, jumpa orang baru. Aku tak cari cinta pun. Tapi biasalah, hidup ni unexpected.

Aku jumpa Adam dalam situasi paling tak dijangka, masa aku tersesat cari parkir kat mall. Ya, seriously. Dia senyum kat aku, aku tengah stress, tapi dia relaks je hulur tangan dan cakap, “Awak okay ke tu? Nampak macam lost dalam hidup.”

Lame pick-up line, tapi entah kenapa… aku tergelak.

Adam lain daripada Halim. Dia bukan jenis yang misteri atau main tarik tali. Dari awal, dia terus terang dengan perasaan dan niat dia. Dia layan aku dengan penuh hormat, tak pernah buat aku rasa ragu. Dia caring, baik, dan ikhlas dalam setiap tindakan. Dengan Adam, aku rasa tenang dan cukup.

Bila hubungan kami makin serius, aku mula fikir tentang masa depan. Aku decide untuk buka kisah silam aku, Aku takut, tapi aku tahu Adam berhak tahu. Malam tu kami duduk di taman, aku genggam tangan dia. “Adam… I nak cerita something. Tentang siapa I dulu.”

Aku cerita semuanya. Dari Zul, Halim, semua yang aku pernah lalui. Aku sangka dia akan tarik diri. Atau pandang aku lain. Tapi dia hanya pandang aku, lama.

Lepas tu dia cakap perlahan, “Jannah, semua orang ada masa silam. Tapi I pilih u sebab siapa u hari ni. I’m not marrying your past, I’m marrying you.”

Masa tu, aku tahu… aku dah jumpa lelaki yang betul.

Masa majlis kahwin kami, aku buat satu keputusan untuk jemput Halim. Bukan sebab aku nak dia datang. Tapi sebab aku nak closure.

Dia tak datang. Tapi… hadiah dia sampai.

Dalam hadiah besarnya ada kotak kecil, balut kemas. Dalam tu ada nota. Hanya aku yang faham. Sebab dia tulis guna kod rahsia kami masa zaman WhatsApp dulu. Kalau orang lain baca, nampak macam nombor random. Tapi aku decode satu-satu.

“Maaf aku tak datang. Aku tak layak. Aku doakan kau bahagia. Aku minta maaf, Jannah.”

Aku genggam nota tu lama. Senyum sikit. Tak ada air mata. Tak ada marah.

Cuma… kosong.

Sekarang dah 5 tahun aku hidup bahagia dengan Adam. Kami dah ada anak-anak, dan kehidupan kami penuh dengan kedamaian dan kasih sayang. Setiap hari aku rasa bersyukur dengan apa yang kami ada, dan Adam sentiasa ada di sisi menyokong aku tanpa syarat.

Tapi kadang-kadang, bila aku termenung lepas tidurkan anak-anak, ada sesuatu yang muncul dalam fikiran aku, sesuatu yang aku cuba lupakan.

Kenapa Halim masih hadir dalam ingatan aku? Dia bukan siapa-siapa pun sekarang, cuma satu nama dalam sejarah hidup aku yang sudah lama berlalu.

Walaupun begitu, bayang dia masih terselit di sudut hati, buat aku terfikir tentang segala yang pernah berlaku. Aku tahu aku harus lepaskan, tapi sesekali kenangan itu datang tanpa diundang, menguji kekuatan hati aku yang sudah lama sembuh.

Tapi dia… dia pernah pegang hati aku masa aku paling lemah. Dia pernah jadi tempat aku bergantung, walau sekejap. Mungkin sebab tu, bayang dia tak pernah hilang sepenuhnya.

Aku tak rindu dia. Tapi aku tak lupa dia.

Salah ke aku?

– Jannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *