Harini tiba-tiba aku rindu kepada seorang insan yang pernah menjadi seseorang yang paling hebat dalam hidupku. Lelaki pertama yang mencintaiku dan aku juga mencintainya iaitu abahku.
Aku sedih dan semasa menulis ini terlalu laju air mataku mengalir.
Abahku seorang insan yang sangat-sangat hebat dan baik. Dia seorang insan yang membesarkan aku seikhlas hati dan menyayangi kami adik beradik. Sejujurnya aku rindu.
Namun, sikapnya mula berubah apabila dia mengenali seorang perempuan yang menyebabkan akhirnya dia telah melupakan keluarganya dan anak-anaknya. Kami mula dianggap beban dalam hidupnya.
Aku sebagai anak sangat sedih dengan perubahan sikapnya. Hatiku sangat sedih sehingga merasakan seperti hatiku dicucuk dengan pedang. Sakit sangat Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu.
Namun, apa yang aku sebagai anak boleh buat. Aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa dapat mempersoalkan kepada abah kenapa abah berubah seperti ini. Aku rindu abah aku yang dulu. Yang sayang aku dan keluargaku.
Akhirnya, abah dapat keluar daripada hidup kami. Aku nampak dia sangat gembira dapat berkahwin dengan pilihan hatinya.
Aku dan keluargaku dibuang dan tidak menjadi penting lagi dalam hidupnya. Sedih sangat Ya allah. Menangis aku apabila rindukannya.
Kami ditinggalkan begitu saja tapi siapa kita menindakkan segalanya. Allah maha kaya. Aku mula mendapat kerja yang agak baik untuk membantu keluargaku kerana kami ditinggalkan begitu saja oleh abahku.
Namun sejujurnya jauh di sudut hati aku. Aku rindu abahku. Aku rindu keluargaku yang dulu. Aku sedih apa yang dilakukan oleh abahku kepada kami. Aku juga tidak tahu apakah perakhiran hidup kami.
Kepada insan yang bergelar abah, ayah, daddy, dan apa pon gelaran. Tolonglah sayang family anda. Lindungi isteri dan anak- anak anda. Sayanglah mereka dan jangan berubah hati.
Sejujurnya jika anda seperti abah.. Anda telah meninggalkan luka yang amat sakit kepada keluarga anda. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu.
– Cik Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit