Assalamualaikum wbt. Moga para pembaca sihat sihat sahaja. Ketika aku menulis ini, aku di temani lagu ‘Belum siap kehilangan- Stevan Pasaribu’.
Aku lelaki umur 31. Di sini aku menulis cuma nak melepaskan apa yang terbuku dalam hati selama ini. Baru baru ni, aku cuba meminta rawatan kesihatan mental di klinik kesihatan dan akan di rujuk ke hospital mesra. Ya prosedur biasa.
Tujuan aku tidak lain cuma nak ambil ubat agar hati ku tenang dari di bayangi kisah kisah indah yang akhirnya harus berhenti di tengah jalan.
Mana tidaknya, orang yang banyak berjasa dalam hidup ku kini memilih untuk mendiamkan diri setelah berlaku sesi meluah ketidakpuasan hati di mana aku lah yang mendominasi sesi tersebut.
Akhirnya aku terlepas cakap ‘baby lah manusia yang paling tak guna abang pernah jumpa kalau baby mungkir janji’. Itulah kata kata yang buat aku menyesal sehingga kini.
Aku sedih, penyesalan yang tiada gunanya lagi kerana dia dah pergi membawa diri tanpa sebarang kata kata kepada diri ku sebagai bekal untuk aku melalui hari hari ku yang bakal suram. 4 tahun bersama bukan satu tempoh yang sekejap bagi ku.
Setelah jambatan yang di bina sudah terlalu jauh, apakah aku sanggup menggadaikan semuanya hanya kerana berapa minit sesi meluah ketidakpuasan hati ? Untuk pengetahuan, kami berkenalan sejak tahun 2018 dan tak pernah berjumpa.
Bukan tak pernah bergaduh sebelum ini, yalah bumi mana yang tidak di basahi hujan. Tapi masa itu gaduh, jam itu juga berbaik memohon maaf dan kembali bahagia menjalin cinta.
Kenapa lah semua ini berlaku? Aku sungguh menyesal kerana sejam kemudian aku cuba pujuk dia memohon maaf sekaligus nak kejutkan dia solat subuh seperti hari hari biasa. Malangnya aku gagal menghubunginya sehingga lah kini.
Tangisannya teresak esak itulah yang menghantui ku sampai sekarang dan hampir setiap hari juga aku menangis memanggil manggil namanya di dalam doa ku.
Kini aku tersiksa bagaikan terpenjara di dalam kotak kebahagiaan yang aku sendiri bina. Terlalu perit untuk aku menginjakkan kaki apabila sampai ke rumah baru ku ini. Ingin lari ke rumah lama, di situ pun terlalu banyak memori tersimpan.
Tiada satu sudut pun di rumah ini yang tidak mengingatkan aku kepada dia.
Di bilik ini tempat aku temankan dia membaca quran, di ruang ini tempat dia bertanya keadaan diri ku, di sudut itu pulak tempat aku mendengar dia menangis merindui arwah ibu bapa nya.
Oleh kerana aku ingat kata katanya yang hendak duduk rumah quaters kerajaan kerana tak nak menyusahkan aku, aku pun sanggup membeli sebuah rumah lagi untuk keselesaan dia apabila kami berkahwin kelak.
Namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Kini aku trauma setiap kali sampai rumah dari tempat kerja, aku jadi takut, jantung berdebar debar, tidur tak lena, makan pun tak lalu kerana aku asyik teringat kan segala kebaikannya kepada aku selama ini.
Tergamaknya aku kata dia manusia yang tak guna kalau dia tak tunaikan janji.
12 tahun dulu aku pernah bercinta dan putus setelah setahun bercinta, pun ambil masa 5 tahun baru dapat berlepas diri dari orang yang aku sangat sayang dan cintai tersebut,
Inikan pula dia yang menabur jasa dan masa selama 4 tahun untuk aku sehingga aku jadi sihat dan menjadi orang yang positif, agaknya cukup sampai di sini sahaja aku membuka hati untuk siapa siapa lagi.
Dialah yang membuka hati ini datang dengan harapan, dia jugalah yang menutup pintu hati ini yang berlalu pergi tanpa apa apa kata semangat buat ku.
Sebagai ubat penenang, aku gagahkan diri datang ke masjid dan solat berjemaah. Dalam solat tu lah aku merintih rintih merayu kepada yang Maha Esa, semoga dibukakan hatinya kembali kepada ku. Moga Allah titipkan rasa cinta, sayang dan rindu dalam hatinya terhadapku.
Aku berpegang pada janji, dia yang terakhir dalam hidupku. Segala barang pemberiannya aku simpan dan selalu aku bawa kemana sahaja semasa aku tidur dan bangun, jam tangan yang dia hadiahkan, aku selalu kucup dan letak di dada tanda aku masih di sini menunggu dia.
Dan sehingga kini aku masih berharap dan yakin Allah pasti makbulkan doa ku. Oh peritnya rasa rindu ini.
Berbalik pada janjinya, hujung tahun lepas aku rancang nak suprisekan dia jumpa dia dekat JB, aku pun beli lah tiket BKI-JBH.
Bincang punya bincang akhirnya aku akur kami tak dapat berjumpa pada tarikh tersebut, dan dia dengan murah hati tolong bayarkan balik tiket tersebut dengan harga RM800 kepada ku.
Tapi aku bijak, aku adjust tarikh tiket tu supaya tidak hangus, aku ubah pergi ke bulan 3 dan dia pun setuju nak jumpa masa bulan 3 nanti.
Malangnya, berapa hari nak berlepas, aku positif covid. Status Mysejahtera berubah warna ke merah. Aku dengar dia mengeluh sedih sebab tak dapat jumpa. Kononnya dia dah bersedia segalanya nak sambut aku datang JB.
Akhirnya dia berjanji nak jumpa selepas cuti raya. seminggu sebelum detik-detik yang di janjikan, aku bertanya perihal janjinya sebelum ini nak datang sabah. Bincang punya bincang, akhirnya aku bagi tahu pada dia,
‘Baby lah manusia yang paling tak guna abang pernah jumpa kalau baby mungkir janji’
Kini tinggallah aku dalam penyesalan. Menyesal yang tiada akhirnya. Begitu juga Rindu ku untuknya seolah olah tiada berpenghujung.
Hanya doa di hujung solat sahaja kekuatan ku. Bangun di sepertiga malam bermunajat sambil merintih menyebut namanya.
Demi Allah aku belum sedia kehilangannya. masih terlalu banyak impian yang aku nak bina bersama dia belum Kesampaian. Aku belum puas untuk membalas segala kebaikannya selama ini.
Buat awak., abang sudah berjanji, sayang yang terakhir dalam hidup abang. Andai abang sudah tiada, abang ada wasiat untuk sayang. Cari ja mak abang seandainya abang sudah tiada.
Segala janji yang abang tabur, insyaAllah abang pasti tunaikan meskipun baby sudah hilang dari pandangan abang. Terima kasih di atas segala kebaikan baby untuk abang selama ini.
Sayang adalah doa abang selama ini yang Allah makbulkan. Ya dulu sebelum kita kenal, abang selalu doa,
‘Ya Allah kirimkan lah aku seseorang yang dapat mendengar segala luahan masalah ku di saat saat aku tiada semangat’
Alhamdulillah Allah hadirkan sayang. Kini Allah nak ambil sayang semula, andai itu yang terbaik abang redha. Namun jauh di sudut hati, abang yakin Allah pasti makbulkan doa abang satu hari nanti.
Moga di mana pun sayang berada, doa abang semoga sayang sentiasa dalam peliharaan Allah. Sayang ampunkan segala kesalahan dan kesilapan abang selama ini ya. Mohon halalkan segalanya.
Untuk diri ini, moga Allah lapangkan dada ku. Ini bukanlah pengakhiran bagi segala.
– Harry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit