Rindu Yang Tiada Penghujung, Menyesal Yang Tiada Hentinya II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rindu-yang-tiada-penghujung-menyesal-yang-tiada-hentinya/).

Sekali lagi aku menulis di sini untuk menyampaikan suara hati yang tak pernah surut dari merindu dia yang ku cinta. Kali ni aku di temani lagu ‘pasti – Cherpen Band’ ketika aku menulis nukilan ini.

Terlebih dahulu, aku memohon maaf kepada kakak-kakak yang rasa keliru dan cerita yang aku tulis tidak sampai kepada mereka sebelum ini.

Aku minta maaf. Bukan lah niat ku untuk membuang waktu anda. Aku memang tidak pandai menukilkan, aku cuma ingin keluarkan apa yang terbuku di dalam hati ku.

Kami berkenal secara tidak langsung semasa dia datang bercuti ke sabah pada tahun yang aku sudah sebut. Di pendekkan cerita, waktu itu aku luangkan waktu dengan membuat grab driver sambilan di waktu cuti ku.

Kebetulan dengan izin Allah, selepas selesai solat magrib, aku hidupkan semula aplikasi grabcar, ada notifikasi masuk. Namanya terpampang. Aku dengan segera pergi ambil. Nampaknya mereka berempat.

Tiada perbualan sangat berlaku sepanjang hendak menghantar mereka ke lapangan terbang KKIA. Dalam keadaan samar samar dengan lampu jalan, aku tidak la pandang mereka satu satu.

Sehingga lah aku sampai di rumah, aku ternampak ada barang yang tertinggal di bahagian tempat duduk belakang. bila aku teliti, barang tu memang barang yang ada nilai.

aku pun menghubungi operator bantuan grab dan aku berjaya dapat nombor telefon penumpang yang terakhir iaitu dia bersama kawan kawannya.

Selepas kejadian tersebut, aku dan dia jadi kawan. Sehingga berlalu segala musim buah buahan pada tahun 2018-2019, kami semakin erat dan akrab. Jadi bolehlah saya simpulkan, bawaha kami memang tak pernah berjumpa.

Berbalik kepada cerita sebelum ini, Kami sebenarnya sudah di kira tunang apabila hasrat hati sudah di ketahui oleh ibu bapa ku.

Ya dia sendiri yang bercakap dan dia juga lah yang memberi hadiah kepada ibu ku tanda dia sungguh-sungguh dengan hubungan kami setelah setahun berkenal iaitu pada tahun 2019.

Oleh kerana dia merupakan anak yatim piatu, hanya dia dan abang nya sahaja lah yang tahu hasrat kami.

Oleh kerana kekangan lapangan kerja dan waktu cuti, hasrat kami mahu berjumpa terpaksa di tangguhkan.

Begitu juga dia, dia sendiri pun ada komitmen dengan waktu kerja di mana ada ketikanya dia perlu bekerja pada waktu malam sehingga pagi dan ada waktu dia akan pergi petang balik tengah malam.

Begitu juga aku, kerja nun jauh di sana. Dekat sini, kami ada persamaan. Di tambah lagi dengan keadaan negara yang pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021.

Jadi bolehlah kalin agak keadaan semua orang pada masa itu macam mana. Tapi hubungan kami dari telefon sedikit pun tak pernah luntur.

Demi Allah aku tahu dia ikhlas dan sungguh sungguh meluangkan waktu lapang dan cutinya untuk aku.

Aku dapat rasa sendiri kejujurannya apabila dia banyak berkorban masa untuk tidak membiarkan aku berfikiran negatif di mana setiap kali waktu pergi kerja, balik kerja sehingga lah hendak tidur, dia pasti akan telefon. 4 tahun begitu lah kehidupan kami.

Tiada satu waktu pun aku tidak merasa kehadirannya dalam hidupku. Tidak pernah aku merasa susah selepas kenal dia lagi.

Kerana dia, aku belajar untuk baiki keadaan diri ku, di awal kenal, dia tahu aku ada masalah kewangan, dia lah yang beri aku duit, aku ingin bayar semula, tapi katanya tidak perlu.

Dia selalu ulang ulang ‘ moga ada rezeki lain untuk baby’. Tapi aku pun tahu erti segan dan malu, setiap bulan aku akan topupkan di nombornya RM100 tanda aku bayar semula duit yang dia pernah pinjamkan sebelum ini. Terlalu banyak jasa pengorbanannya untuk ku.

Aku bukanlah terlalu naif sehingga sanggup di tipu dan di buta kan oleh seorang wanita. Umur ku yang sudah menjangkau 31 tahun, aku sudah tidak ingin kejar apa apa lagi. Aku sudah ada segalanya.

Aku ada mak ayah yang memahami kehendak anaknya, aku ada hubungan adik beradik yang baik, aku ada kawan kawan sekerja yang tahu hormat menghormati, aku ada dua buah rumah, tanah untuk aku berkebun jika aku ingin bersara awal.

Apa lagi yang tak cukup dalam hidup ku? ya demi Allah, aku kurang dia. Aku mahu dia.

Dia seolah olah ada magis yang membawa aku turut ikut sekali. Mana kan tidak, aku yang dulunya seorang yang gagal, mampu bangkit sebab aku merasa cintanya setiap hari.

Aku yang dulunya kurus, kini berbadan tegap, aku yang dulunya ada masalah kewangan, kini aku bebas dari masalah kewangan hingga mampu membeli sebuah rumah harga setengah juta.

Ya tidak lain tidak bukan disebabkan kata kata nasihatnya yang penuh keramat.

Aku bersyukur Allah hantar dia untuk membaiki kehidupan ku. bagaimana mungkin aku bisa tersenyum kalau mutiara yang bersinar sebelum ini kini hilang dari pandangan? Dialah syurga ku dia lah bidadari ku.

Aku rindu dengar dengkurannya ketika tidur, aku rindu dengar dia mengaji quran, aku rindu dengar dia tengah memasak, aku rindu dia bertanyakan soal kerja ku,

Aku rindu dia bertanyakan keadaan kewangan ku macam mana, aku rindu dengar luahan sedihnya mengenangkan arwah mak ayahnya. segala galanya aku rindu tentang dia.

Aku sudah pernah di uji susah tiada duit yang cukup sebab gagal dalam perniagaan, seteruk apa pun keadaannya aku tak pernah lagi melutut meminta derma, wang ehsan dari orang lain. Aku masih boleh sabar dan senyum. Tapi ujian kali ini, aku rasa sudah hilang segalanya.

Aku cuma berharap agar Allah dengar rintihan ku. Beri aku kekuatan. Usahlah aku diberi ujian yang berat berat. Aku hambaNya yang lemah. Aku bernazar jika dia kembali kepada ku, aku akan cari orang susah yang perlukan duit untuk aku hulur bantuan.

Mohon kalian doakan aku, andai ini ujian untuk ku mendapatkan cinta nya sekali lagi, aku sudah siap untuk mencari nya di johor bahru.

Berdasarkan clue-clue sepanjang kami berhubung selama ini, aku sudah kenal pasti dalam kedudukan mana dia berada.

Yang pasti rumahnya tak jauh dari masjid sebab suara imam kedengaran sangat kuat. Tak jauh dari tesco dan giant, tidak jauh dari legoland, stesen petronas mana yang dia selalu kunjung.

Aku masih simpan resit deposit wang yang dia pernah bagi aku sebelum ini. Dekat resit ada terpampang code alamat untuk cash deposit mesin, dan paling penting aku sudah dapat gambaran sikit sikit berkenaan corak hadapannya rumahnya dan beberapa kereta yang dia ada.

Allah tahu niat ku seperti apa, Allah tahu betapa aku cinta dia, Allah tahu apa usaha yang sudah ku buat sebelum ini untuk menghalalkannya.

Semoga aku akan bertemu dengannya di mana mana yang Allah takdirkan. Aku yakin Allah pasti makbulkan doa ku seperti mana Allah pertemukan Nabi Adam dan Hawa semula di dunia. Aku tak mahu mati sebelum aku puas berjuang untuk nya.

Kerana sampai saat ini juga, aku ingat janjinya;

‘Baby takkan tinggalkan abang kecuali MATI’

– Harry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *