Rindu Yang Tidak Terbendung Lagi

Assalamualaikum.. Terima kasih admin jika luahan aku ni, disiarkan.

Perasaan aku ni rasa tak terbendung dah.. Jadinya aku kena luahkan juga. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci, Pasti faham perasaan aku sekarang ni macam mana. Perasaan rindu yang teramat!!

Aku pernah sampai ketanah suci ketika masih belajar, Mak abah yang sponsor. Tapi masa tu, Perasaan aku biasa-biasa sahaja.

Alhamdulillah memang gembira bila dapat jejakkan kaki kesana, Tapi waktu tu, kesedaran yang mendalam tu tiada lagi. Contohnya, untuk pulun buat amal ibadat disana, luangkan banyak waktu di masjid untuk berik’tikaf, lakukan tawaf sunat banyak-banyak, qiamullail, dll.

Setelah hampir 8 tahun berlalu, Perasaan aku untuk kesana, Sangat-sangat menebal. Setiap hari fikiran ni asyik terfikir kesana.

Lupa pula, sekarang aku sudah berkahwin, dan mempunyai seorang anak, Setiap hari juga aku akan tanya anak kecil ku ini, “Sayang nak pergi umrah”

Walaupun umur baru 1 tahun 7 bulan, Dia sudah pandai untuk merespon soalan yang aku ajukan. “Nak”… Tu lah jawapan yang selalu dia berikan, Dan aku masih tidak jemu-jemu untuk selalu menunjukkan gambar-gambar suasana di Mekah dan Madinah pada sikecilku ini.

Pernah sekali aku bertanya, “Sayang duduk dengan maktok nak?”

Terus dia jawap “tak nak”, Aku tanya lagi, “Pastu sayang nak pergi umrah juga ke?”, Laju dia jawap “nak”.

Aku target dapat pergi umrah bersama suami,anak dan mertua tahun ni. Sejujurnya simpanan kami masih tiada asbab aku baru laburkan duit simpanan aku yang ada untuk memulakan bisnes. Duit gaji suami, hanya cukup-cukup untuk keperluan kami dan sewa rumah.

Kalau lihat dari sudut sekarang, Agak tipis untuk kami pergi mengerjakan umrah tahun ni. Mak aku ada cakap, Takpelah lambat sikit pun pergi, Anak tu tinggal jelah dengan mak. Sebab bila umur dah 2tahun ke atas harga untuk anak dah hampir sama dengan dewasa. Jadinya mahal sangatlah.

Tapi jauh disudut hati aku ni, Aku nak sangat-sangat bawa anak aku ni jejakkan kaki dia ditanah suci Mekah dan Madinah, Besar harapan aku pada dia, Besar sangat-sangat impian aku untuk didik dia jadi seorang khalifah didunia ini. Sehebat fatimah ra.

Walaupun aku tahu, Aku bukanlah ibu yang hebat, Tapi aku cuba untuk didik anak ku ini jadi seorang muslimah yang hebat, Aku tekad untuk menjaga anak ku sendiri daripada melepaskan anak untuk bekerja dan dihantar ke pengasuh, Biarlah bersusah susah dahulu sekarang ini.

Aku lahir daripada seorang mak yang tidak bekerja. Bila mana aku perlukan mak, mak sentiasa ada untuk aku, Setiap kali balik dari sekolah, Mak yang akan menyambutku dengan makanan yang sudah terhidang. Segala-galanya pasti ada mak.

Aku pernah terfikir, kalau waktu kecilku mak tiada disetiap waktu yang aku perlukan, Pasti tidak seronok. Jadinya, asbab dari itu, Biarlah aku sendiri yang menjaga anak ku ini. Rezeki itu datang bukan hanya asbab kita bekerja dengan orang sahaja.

Moga bisnes kecil-kecilan ku ini membuahkan hasil. Dan kami dapat pergi umrah.

Aku hanya ingin meluah, Meluahkan hasrat hati dan rindu yang tidak terbendung.. Doakan bisnes aku maju, Didatangkan rezeki yang tidak dijangka-jangka asbab dari bisnes ini.

Biarpun dari segi logiknya sangat tidak mungkin untuk aku akan pergi umrah tahun ini, Kerana masih berbaki 4 bulan sahaja lagi. Tapi aku letakkan keyakinan ku pada Allah, Andai Dia nak aku pergi tahun ni, Pasti akan ada jalannya untuk aku kesana.

Namun, Andai bukan tahun ini, Pasti akan tiba juga waktunya aku kesana.

Apapun, Mohon doa dari sahabat semua, Agar aku dan keluarga kecil ku ini dapat mengerjakan umrah bersama.

Terima kasih semua.

– Perindu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *