Assalamualaikum readers. Thanks in advance admin jika confession ni disiarkan. Rindu yang tak tertanggung.. ya, akak menulis sekarang berteman air mata.
Sebagai pendahuluan, akak nak bagitahu yang akak pernah buat confession pasal adik akak dekat sini. ‘Entah apa yang ada dalam fikirannya.’ Itulah tajuk dia. Dekat dalam confession tu akak ceritakan kegusaran akak memiliki seorang adik lelaki yang bijak, straight A setiap kali peperiksaan tapi tak ada tujuan hidup. Masuk matrik tak mahu, masuk universiti tak mahu, masuk latihan separa perubatan separuh jalan dan sambung STPM.
Kemudian dapat buat degree dekat utara tanah air, pun berat hati nak pergi sebab jauh dengan family. Akak masih ingat, petang tu confession akak disiarkan, malam tu adik akak ni wassep akak. “Akak, sampai hati akak canang cerita abang imy. Abang imy bukan saja2 tak nak jauh dari keluarga. Tapi abang imy takut susah nak balik jenguk mama dengan abah.” Menitik air mata akak saat tu jugak. Mulianya niat kamu wahai adik.
Hari ni, genap seminggu abang imy pergi mengadap Allah Azzawajalla. Hati akak masih tak dapat terima kenyataan ni. Adik lelaki akak dah pergi dulu bertemu Maha Pencipta. Adik akak ni baru je 21 tahun. Allahu.. pedih sungguh rase ni dik. Akak terbayang bayang abg imy ada dekat rumah akak ni. Setiap kali abang imy nak balik kampung, abg imy akan singgah rumah akak dulu. Macam tu jugak bila abang imy nak balik ke UiTM Arau. Abang imy akan singgah rumah akak. Abang imy akan swimming pkul 9 malam. Lepas tu abang imy akan cari movie yang abg imy belum tengok, abg imy tengok sampai lewat malam.
Ada suatu hari tu, abg imy tiba tiba tanya khabar akak. Akak pelik. Tapi abang imy kata, abg imy rasa tak sedap hati. Selang seminggu warden buat spot check. Jumpa rokok dalam loker abg imy. Akak pelik sungguh waktu tu. Akak tahu adik akak tak merokok. Dari kecik sampai besar akk kenal adik akak. Rupanya laci dalam loker tu abg imy tak pernah guna. Dan tak pernah terpikir nak bukak. Akak suruh abg imy pergi klinik buat pengesahan yang abg imy tidak merokok untuk dijadikan bukti. Tapi warden tu sangat keras kepala. Dia charge kesalahan lain pulak. ‘Memiliki’ rokok.
Akak cakap, suruh warden tu hantar rokok tu dekat forensik atau paling tidak semak tarikh manufactured sebagai bukti. Kalau rokok lama abg imy bebas. Tapi warden tu mengelak. Sampai hari ni, akak call untuk bersihkan nama baik adik akak, dia masih mengelak. Tak apalah. Semua kawan kawan abg imy tahu adik akak ni tak merokok. Adik akak ni orang yang baik.
Sehari sebelum pemergian abg imy, akak ada mimpi. Rambut akak gugur. Banyak sangat. Segenggam penuh. Hati akak kerap sangat berdebar debar. Bila akak call mama, mama bagitau abang imy pergi kursus pengadil. Akak senyum sendiri. Dalam hati akak, adik akak ni aktif main bola, jadi pengadil tak bertauliah. Lepas ni adik akak dah boleh jadi pengadil yang bertauliah lah.
Tepat jam 7 malam. Kawan akak wasep. ‘Ko dah tengok berita belum?’ Messge beserta gambar. Allahu.. kreta yang remuk sampai langsung dah tak ada rupa kreta, gambar surat tawaran kursus pengadil beserta nama, dan gambar ic adik akak dan kawan yang drive tu. Tangan akak menggigil. Seluruh badan akak sejuk. Sampai akak rse gigi akak berlaga laga. Dada akak sesak, akak tak boleh bernafas. Suami akak peluk akak. Tenangkan akak. Tapi semua tu tak mudah untuk akak. Adik akak yang akak jaga dari kecik sampai besar pun akak masih jaga..pergi mengadap Allah tiba tiba. Akak hanya jumpa abg imy sebulan lalu waktu abg imy nak balik ke perlis. Allahu..
Alhamdulillah urusan jenazah abg imy sangat mudah. Allah takdirkan pak sedara, mak sedara dan sepupu ada untuk uruskan jenazah bermula dari pengecaman sehingga selesai postmotem.
Saat jenazah abg imy sampai di mesjid, akak langsung tak boleh berjalan. Lembik lutut akak nak menyambut jasad kaku adik akak ni. Tapi bila akak tengok wajah abg imy, akak tenang. Wajah abg imy sikit pun tak cedera walaupun keadaan kereta remuk tak terkata. Hanya ada secalit luka pada pipi kiri.
Wajah abg imy tenang sangat. Dengan bibir tersenyum sedikit. MashaAllah. Jenazah abg imy harum sangat. Semua berbisik bisik yang jenazah berbau harum. Ramainya orang datang ziarah jenazah abg imy. Saudara mara, kawan kawan abg imy datang dr serata negeri, cikgu cikgu abg imy, org kampung. Semua datang untuk jadi saksi betapa adik akak ni seorang budak yang baik. Alhamdulillah, solat jenazah abg imy ramai sangat. Dah macam solat jumaat.
Selepas selesai urusan pengebumian, ramai yang datang melawat. .mereka bercerita pasal semua pertolongan yang abg imy pernah beri pada mreka. Satu persatu kebaikan abg imy tersingkap. Yang tak pernah abg imy tunjukkan atau ceritakan kepada keluarga kita. Akak bersyukur adik akak membesar sebaik orang yang baik budi. Akak hubungi saksi ditempat kejadian. Dia pun turut memuji saat kematian abg imy. Sebak akak dengar apa yang dia cerita.
Katanya dia cuba keluarkan abg imy, tapi keadaan kereta sangat teruk, memang kena tunggu bomba yang keluarkan. Dia cakap abang imy tenang je dekat kerusi sebelah penumpang. Sikit pun tak menjerit kesakitan. Bila dia nampak abg imy nak pejamkan mata, dia ajarkan abang imy syahadah. Abg imy ikut perlahan. Beberapa saat lepas syahadah, abg imy tersenyum dan tertidur buat selama lamanya. Sedikit pun tak tersentak dek sakaratul maut. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah adik akak berjaya laluinya. Berjaya peroleh husnul khatimah.
Sekarang baru akak sedar… abg imy bukan tak ada matlamat hidup. Tapi, matlamat abg imy untuk memperoleh husnul khatimah dan berjaya di akhirat. Berehatlah adikku sayang. Akak akan menyusul kelak. Salam rindu yang tak tertanggung dari akak, akak doakan abg imy berada dalam kasih Allah, dilapangkan kubur, diringankan siksanya dan dijadikan Syurga sebagai ganti tempat tinggal abg imy. Akak sayang abang imy.
Al-fatihah buat adinda tercinta.
– Akak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit