Bila join channel telegram yang ramai yang dah berkeluarga ni, feel dia lain sikit. Sebab banyak perkara ilmiah yang dibincangkan.
Baru-baru ni admin ada menceritakan perihal rumah tangga. So banyaklah yang meluah isi terpendam selama ni dengan para suami. Sebelum ni just baca luahan hati dekat komen-komen fb je.
Aku terpanggil untuk berkongsi kepada korang. Ambil lah iktibar. Jadikan lah pengalaman orang lain untuk kita perbaiki apa yang kurang.
Apa masalah yang suami selalu buat?
1. Berkira.
Ada jenis suami yang berkira level 99. Dapat gaji simpan, suruh isteri guna gaji sendiri kalau nak beli barang rumah. Dah habis gaji isteri, baru mintak dengan suami.
Itu pun bagi duit ngam-ngam. Ada baki? Pulangkan semula pada suami.
Untuk anak? Lagi la.. Langsung tak pernah beli apa-apa kalau anak minta hatta benda tu RM2 sekali pun. Tak tahu kemana pergi gaji suami.
2. Pemalas.
Rintihan suami pemalas ni ramai. Bila dah ambil anak orang ni bukan sekadar jadikan teman hidup je, siap jadikan bibik.
Pinggan 1 pun malas nak basuh. Sidai kain? Lagi la.. Mop lantai? Lagi laaa.. Uruskan anak? Hmm.
Apa yang dia tahu? Bagi arahan.. Balik kerja sama-sama penat, suami berehat atas sofa. Isteri balik rumah sambung buat kerja rumah.
Sepatutnya sama penat, sama-sama la penat uruskan rumah.
3. Tak Solat.
Solat? Semua tahu solat tiang agama. Tapi kenapa masih ramai yang acuh tak acuh je?
Kalau ikut kajian orang muslim dekat Malaysia ni, kebanyakan yang bercerai adalah orang yang tak jaga solat.
Ramai juga keluhan isteri bab ni. Ada yang mengaku dirinya jauh dari tuhan. Bila nak berubah, tak dapat sokongan suami. Ada jenis suami ni solat dia hari jumaat je.
Mungkin dia malu dengan geng office kalau tak solat sedangkan semua lelaki ke masjid waktu tengah hari tu.
Simple je.. Hubungan dengan tuhan dia boleh abaikan, korang rasa dia boleh jaga hubungan suami isteri?
Orang yang tak jaga solat ni, hidup dia tak tenteram. So jangan pelik kalau rumahtangga asyik bergolak.
4. Gamer Tegar.
Part ni aku sendiri tak faham. Nak main game, tak salah. Tapi jangan sampai abai tanggungjawab.
Ada kes yang aku baca, laki dia taksub gila. Dulu Mobile Legend, sekarang PUBG.
Asal ada masa terluang je, main game. Anak bini dekat rumah buat tak tahu je. Bila bini bising, tarik muka. Sampai tahap rumah krik2. Makan dekat meja sama-sama pun si laki diam je.
Masa untuk anak bini tak ada. Sebab sibuk layan game. Cakap lebih-lebih nanti kena sound “ kau nak aku layan game atau layan perempuan lain?”.
Parah.. Parah..
5. Kaki Perempuan.
Kaki perempuan ni, memang isu besar jugak dalam rumahtangga. Lelaki ni walaupun nafsu ada satu je, satu dia tu kalah 9 nafsu perempuan.
Bila ada perempuan lain dekat luar, macam biasa salahkan isteri. Dah gemuk, tak cantik dan macam2.
Ada jenis isteri walupun suami dah kantoi, tetap bagi peluang sebab fikirkan masa depan anak-anak.
Walaupun hati dah pedih, tetap bertahan. Ada yang suaminya kerap kali kantoi tapi isteri sehingga 13 tahun cuba bertahan akhirnya berpisah jua.
Percubaan demi percubaan untuk pertahankan rumahtangga. Ada yang berakhir dengan kejayaan dan kegembiraan, dan ada yang berakhir dengan kesedihan.
Paling malang si isteri terjumpa kondom dalam beg suami. Rasa-rasa apa perasaan isteri waktu itu? Kalau nak cerita bab ni tak habis.
Isteri di uji bila suami tidak berduit, suami di uji ketika berduit.
Jarang jumpa suami yang tak berduit kena sondol. Biasa ramai jenis berduit paling mudah kena sondol.
6. Tak Kerja.
Suami ibarat raja sedangkan isteri membanting tulang. Kerja dia minta duit, minta duit, minta duit. Duk rumah layan tv, main game, tidur.
Bila suruh cari kerja, alasan belum dapat kerja.
Ada yang dah kerja, kena buang. Ada jenis memilih kerja..
Berlarutan bertahun-tahun.
7. Bodoh Agama.
Part ni nampak kasar, tapi ini je bahasa yang sesuai untuk suami jenis macam ni. Jenis yang bermain dengan taklik, asal gaduh je taklik.
“Kau keluar rumah, jatuh talak!”
“Kau tak dengar cakap aku, jatuh talak!”
“Kau mengadu dekat mak kau,jatuh talak!”
“Kau kalau dah gemuk, aku lepas kau!”
“Jadi la bijak sikit. Kalau kau buat lagi, aku lepas kau”
Semua bersandarkan kepada talak. Ini benda bukan main – main. Silap langkah, boleh jatuh talak. Sia-sia je.
8. Ego.
Bila buat salah, susah nak mengaku. Susah nak cakap pada isteri, “abang mintak maaf”.
9. Tak Nak Anak.
Isteri beria nak nak. Suami tak nak. Sebab belum puas enjoy. Nak kata kewangan tak ok, terlebih cukup.
Bab ni susah nak cakap, kena bincang elok-elok dengan suami.
Tapi itu lah, isteri ni ada masa bila dah banyak kali cakap dia akan pendam. Pendam tu yang bahaya sebenarnya.
10. Lepak Malam.
Lepak ni bagi aku tak salah. Tapi biar kena pada waktu dia. Dalam seminggu dua tu, pergi la sekali jumpa member2 ajak ngeteh. Isteri pun boleh faham.
Tapi kes yang isteri bising ni, dalam seminggu banyak kali lepak luar. Lepas magrib keluar, pukul 12 baru balik. Hujung minggu ada kala 3 -4 pagi baru balik, tambah pulak kalau ada bola.
Kawan-kawan, kita dah ada anak isteri ni rajin-rajin la duk rumah waktu malam. Siang dah kerja, tak jumpa anak dah. Malam keluar melepak lagi.
Tak ada rasa bersalah? Memang la member tu penting, tapi lagi penting anak isteri.
Kalau sakit, member ke yang jaga makan minum basuh berak kita?
11. Kaki Pukul.
Ni sedih. Isteri ni macam punch bag. Asal marah, mengamuk je pukul isteri. Ada jenis tak pukul depan anak, ada jenis depan anak pun dia tibai isteri dia.
Isteri tak tahu nak mengadu dekat siapa, so pendam.. makin lama makin parah kalau pendam.
Ramai yang suggest call talian Nur. Harap beliau jumpa jalan keluar daripada masalah ni.
12. Cemburu Melampau.
Isteri cantik pun bermasalah, isteri tak cantik pun bermasalah. Semua isteri buat tak kena.
Suami asyik bersangka buruk. Lunch hour isteri keluar makan dengan geng2 gegurl dia pun, suami bersangka buruk. “Keluar dengan jangan mana tadi?”
Bila ada orang lelaki tengok isteri dia, “suka la tu ada orang tengok”. Bunyi wasap masuk, terus check. Nampak isteri senyum pegang phone, terus tanya jantan mana mesej.
Ni antara kes yang aku ingat. Nak uruskan pelayaran rumah tangga ni banyak ujian. Selagi nama manusia, tak ada yang sempurna.
Sebab itu lah bila dirikan rumah tangga ni, kita saling lengkap melengkapi. Jangan terpengaruh sangat drama dalam tv tu.
Kebanyakkan isteri bertahan dengan perangai suami kerana masa depan anak-anak. Mereka tak sanggup nak pecah belahkan kasih sayang yang ada. Walupun perit, terpaksa telan.
Kawan-kawan, jangan cari kesempurnaan pasangan. Jika cari kesempurnaan, maka selamanya tak akan jumpa. Kerana pasangan anda itu adalah manusia. Dia tak sempurna.
Jadikanlah pengalaman hidup orang lain sebagai pengajaran dalam hidup kita.
Moga bermanfaat,
Sampaikanlah kepada mereka yang tersayang.
– Izzul Islam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit