Assalamualaikum semua,
Disebabkan malam ni aku tak boleh tidur, aku ada benda sikit nak rant. Aku teringat pasal memori masa sekolah rendah aku yang pahit gila dan banyak ubah hidup aku, membuatkan aku terkesan sampai sekarang. Tahun ni umur aku genap 25 tahun, tapi apa yang terjadi 13 tahun dlu masih lekat dalam ingatan aku.
Masa kat sekolah rendah dulu, aku bersekolah di sekolah yang sama mak aku mengajar. Nak diikutkan takde masalah apa sangat dari aku start sekolah darjah 1 kat situ. Tapi bila masuk darjah 6, macam-macam benda jadi. Aku jadi mangsa buli walaupun aku anak cikgu. Budak-budak yang tak puas hati dgn mak aku semua lepaskan kemarahan dorang kat aku (fyi mak aku mmg garang). Macam-macam cara dorang buli aku dulu, dari aku susun kasut elok2 depan library, dorang sepak jauh-jauh kasut aku, bila aku naik kelas tengok dorang terbalikkan kerusi meja aku lepastu longgok sampah bwh meja aku, paling teruk aku kena tuduh curi pen Sara (bukan nama sebenar) & Sara and the gang pernah berkomplot utk letak lipas hidup dalam pencil case aku. Bayang je la apa perasaan kau. nak jawab exam, sekali bukak2 pencil case ada 2 ekor lipas hidup. Sejak dari tu aku fobia dgn lipas dan seangkatan dengannya.
Pasal pen tu, sumpah aku tak curik. Masa tu kitorang dah pindah dewan besar sbb nak UPSR. Time aku naik kelas kejap dgn Yana(bukan nama sebenar) aku tlg clearkan bwh meja semua org. Aku nampak ada pen ni masa tu, aku pun buang. Yana nampak aku buang. Tup tup, esoknya, masa aku berjalan nak masuk kawasan sekolah, tiba-tiba si Sara jerit kat aku depan semua org “Hei pencuri! Pulangkan balik pen aku!” Sumpah, aku malu gila masa tu, semua orang tengok aku. Kes tu jadi besar sampai aku masuk bilik kaunseling kot. Aku paling menyirap sbb si Yana tu tau tu pen Sara then dia pulak pi report dkt Sara, kata aku curi. Dasar backstabbers! Rupanya dia tikam aku dari belakang sbb dia dpt tau aku ada crush dkt pakwe dia (crush je pun) and dalam diam dia jealous dgn aku sbb dia rasa aku dpt byk privilage bila jadi anak cikgu. Aku rasa malu gila masa tu. Masa aku kat bilik kaunseling, si Sara ni kecoh-kecoh dalam kelas cakap aku pencuri apa semua. Kebetulan masa tu mak aku tengah buat rondaan keceriaan kelas, dia dengar apa yang Sara ni cakapkan. Based on apa orang cite dkt aku, mak aku terus masuk ‘slam’ rm10 dkt atas meja and cakap “Awak amik duit ni, mulut awk tu jaga sikit sebelum saya tampar” kau tau apa Sara cakap bila mak aku dah blah? “Eleh, ingat rm10 ni ckup ke?” mendidih je darah aku masa dengar ayat tu keluar dari cerita kawan aku.
Aku sedih gila time tu, aku takde tempat nak mengadu. Sampai semua org dh balik, aku tak balik-balik lagi. Sekali aku nampak mak aku dh ada dlm kete tunggu aku turun. Aku cakap dgn mak aku, “mak, sumpah adik tak curik pen dia mak, sumpah!” tapi mak aku tak bercakap apa, dia senyap je. Dia buat silent treatment gais kat aku. Balik rumah tu, dekat seminggu jugak mak aku tak layan aku. Aku tanya apa pun dia senyap je. Tak heran sgt pun sbb aku lagi banyak mencurah perasaan dkt diari aku berbanding dgn mak ayah sendiri. Terlalu banyak nak diluah, nak dikongsi, tapi takde siapa nak dengar tanpa being judgemental. Btw, aku sorang je anak perempuan dari 4 beradik. Dalaman aku sebenarnya aku sgt manja tapi mak ayah aku jenis tak suka parade their attention. Mak aku… she’s very cold person. Mcm ego pun ya. Nak tgk dorang excited dgn result bagus aku pun susah. So, aku pendam je la semua perasaan aku tu sendiri.
Dengan series kes buli masa sekolah rendah dlu, aku punya self-esteem agak down bila aku masuk sekolah menengah. Aku rasa aku slowly developed mild personality disorder. Banyak kali rasa suicidal. Aku jadi craving dgn attention dari orang lain. Aku jadi super excited bila org notice and puji something good pasal aku. This is when things started bad, aku jadi ponteng sekolah, ponteng kelas, lepak shopping mall, pergi mall pkai tudung lengkap dgn baju sekolah, keluar tandas mall kemain seksi. For a moment, I enjoy being wild and free mcm tu. Aku tak pernah tertangkap sbb aku buat kerja clean. (huhu). Tbh, none of those guys gave me what I wanted pun. To be loved, to be cared sincerely. Semua nak amik kesempatan je.
Few months ago, ex-classmates aku ada invite aku masuk dalam group whatsapp kelas masa sekolah rendah dlu. I don’t mind being added in the group, maybe sbb aku lost contact dgn bebudak lain dalam kelas. Tapi aku banyak terasa dgn apa yang berlaku dlm group tu. Cikgu kelas aku tahun 2005 tu jadi pilih kasih dlm group. Gigih gila save gambar terkini student favourite dia pastu up dkt group, yang ni belajar kat Manchester skrg, yg ni jadi doctor skarang bla bla bla. Ye, tau lah aku belajar kat local uni je. In addition, cikgu tu dari dulu suka dengki dgn mak aku. Taktau lah kenapa. Padahal masa zaman aku sekolah sana lagi, dia ok je. Maybe sbb tu kot dia buat tak nampak kat aku ni. Ada la one of those friend cadangkan utk dorang buat reunion masa majlis kahwin aku (selepas beberapa kali plan reunion tapi tak jadi) since aku dah invite dorang kan? (sampai skarang aku rasa menyesal pulak invite & ltk kad jemputan dlm group tu) none of them show up termasuk lah si cikgu tu, dahlah takde wish selamat ke apa ke. Aku ok lagi. Sampai lah tiba-tiba dia up sendiri gambar si Sara ni bertunang dlm group siap wish beriya bagai. Macam-macam rasa ada masa tu. Nak pilih kasih pun tak yah lah obvious sgt. Ingatkan dah 12 tahun berlalu dah berubah perangai masing-masing, rupanya sama je… Aku terus left group tu.
Satu benda aku belajar dalam hal ni, tak payah lah sibuk dgn orang yg tak penting dlm hidup kita. Kalau nak kawin ke apa, jemput je lah orang yg rapat dgn korang, bukan yg dah bertahun-tahun bertegur sapa. You never need them in your life. Walaupun ada ketika bila teringat tu, mcm luka berdarah kembali, bersihkan balik luka tu and then berjalan lah ke depan macam biasa. Sakit tu mmg sakit, parut mcm ni mana boleh senang-senang hilang. Syukur, walaupun aku messed up disebabkan masa silam dlu, aku masih dalam landasan yg betul. To moms and dads out there, please listen to your children rants supaya elakkan dorang jadi memendam rasa, overthinkers, sensitive mcm aku ni. Nak ubah boleh, but it takes time la. Sorrylah, ni cuma rintihan aku supaya lepas semua perasaan yang terbuku kat dada ni. Walaupun admin tak approve, at least admin baca kan luahan aku ni? Tu pun dah ckup dah bagi aku. Anyway, take care ya korang?
– Liyana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit