Assalamualaikum, salam sejahtera semua.
Berhari-hari saya runsing memikirkan masalah ini.
Tak tahu nak luah kat siapa, nak cerita macam mana… Saya tak tahu nak selesaikan macam mana perkara ini.
Saya seorang ibu tunggal dengan tiga orang cahaya mata.
Anak sulung saya lelaki, baru masuk Form 1.
Walaupun dah 13 tahun, dia umpama baby untuk saya.
Apatah lagi fizikal dia yang kecil dan sangat manja dengan saya.
Anak lagi dua orang perempuan.
Saya straight forward saja la. Satu pagi, ketika saya masuk bilik mandi, ada tompokan air mani di dinding. Tompokan yang sangat pekat.
Saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Saya tahu itu pasti anak saya punya.
Mungkin dia dah pandai buat perkara tu…
Memikirkan hal tu, saya sangat risau. Sebagai ibu, saya tak tahu nak handle hal ni macam mana.
Apatah lagi dia pun tak ada bapak. Saya juga tak ada pasangan untuk berbincang.
Anak lelaki saya seorang anak yang sangat baik. Bertanggungjawab, bijak.
Dia sangat cemerlang di sekolah dalam akademik dan sukan.
Malah, pandai dari segi agama… Solat tak payah suruh. Saya selalu senang dengan sikap anak lelaki saya.
Tapi saya risau anak saya akan terjebak dengan onani dan sebagainya.
Saya faham dia semakin menjejak usia remaja. Tapi dari segi fizikal dan suara, dia belum akil baligh.
Mungkin sedang menuju, mungkin. Entah la.
Saya sedang cuba untuk faham keperluan biologi seorang lelaki.
Tapi saya tak tahu apa yang trigger dia sampai nak buat tu dalam tandas.
Saya tak pernah bagi telefon kat dia. Setiap anak ada masa untuk main fon seminggu sekali saja.
Anak lelaki saya selalunya akan main game saja. Apa yang diaorang tengok, semuanya saya pantau dan boleh check dari fon saya.
Rumah kami tak pernah buka TV sangat. Kalau buka pun, adik-adik dia akan tengok kartun saja.
Maksud saya kat sini, dia tak ada akses untuk perkara tak sepatutnya.
So tak tahu la macam mana dia ada pendedahan ke apa.
Saya juga runsing attitude dia di sekolah dengan kawan-kawan dia.
Adakah di sekolah mereka bercakap hal-hal begitu? Kawan-kawan dia semuanya saya kenal.
Ya Allah, serabutnya saya rasa. Macam-macam saya fikir.
Semasa di sekolah rendah, cikgu selalu puji anak saya. Memang anak saya cemerlang dalam semua bidang.
Sekarang dia Form 1 di sekolah paling top di negeri ini. Cumanya, dia tak nak asrama.
Mujur juga dia tak nak asrama, kalau tak, risau dia makin belajar dan buat perkara tak sepatutnya.
Ya Allah, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi. Tolong bantu saya.
– Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
remaja ni depan mak bapak lain,belakang lain.
umur begitu da ada nafsu, awk perlu alert memandang kan awak ada dua org anak perempuan.
jaga baik2 anak perempuan awk ye.
mungkin awak patut duduk berbual dgn anak bujang tu, tanya perasaan dia, keadaan dia.
Comform ke itu adalah tompokan air mxni?
Boleh jadik tompokan lain yang serupa dengan air mxni.
Betul tu, mngkin bkn tompokan air mani spt yg puan sangkakn.. mngkin ‘kahak’ atau ‘hingus’ yg pekat ke.. klaw nk lbh pasti, bla terjadi mcm tu puan ambil la ‘sample’ cecair tu utk ujian makmal di mne2 klinik swasta ke.., kdg2 org pompuan ni ‘overthinking’ ckit.. puan kta puan ‘rapat’ dgn dia, mngkin bole bertanya dgn siapa dia berkawan atau apa kegiatan dia di luar rumah n skolah.., atau pon klaw ada pakcik2 dia yg rapat, bole juga cba tnya kegiatan ‘sosial’ dia dgn kwn2.., zaman skrg ni mmg bnyak peluang utk ‘access’ mcm2 website, mngkin juga terpengaruh dgn kwn2.. bkn apa, dia bru form 1, masih panjang perjalanan pelajaran dan seterusnya kehidupan dia, klaw ‘tersilap langkah’, perkara yg x sihat tu akn jd ‘habit’ mngkin utk sepanjang hidupnya, jika x dibenteras dr awal.., so pandai2 la puan cari jln tentang apa perkara sebenar yg berlaku.. wallahu a’lam
Itu keperluan biologi dia. Larang la mcm mana sekalipun, dia akan cari jalan. Tak perlu nak rungsing sangat kak. Asalkan x addicted dan rosakkan anak orang sudah.
Nak buat mcmn lg? Nak suruh kawin? Tak pun cari cara yg blh buat libido turun mcm slalu bg die stres utk naikkan cortisol ataupn mkn ubat kasi ed
Angah faham sgt betapa risaunya seorg ibu bila mana brhadapan dgn anak2 yg sdg mbesar & baru masuk alam remaja. Angah pun prnah mlalui perasaan risau yg sama sekitar 14 tahun yg lepas. Masa tu, status Angah pun sama, ibu tunggal anak 3, cuma yg sulung perempuan, tgh lelaki & bongsu perempuan. Gini la. Cuba sembang2 dgn anak2, brdua dgn dia aje. Selit2kn tanyakn apa dia rasa sejak umur dh masuk 13 thn dh skg & dh masuk sekolah menengah. Ada x kwn2 cerita perubahan diri dorg yg dr budak kecik dh jd remaja. Tgok apa jawapan anak. Tanya la jgk, abg tau x, satu perubahan akn brlaku pd diri seorg anak kecil, bila dh mnginjak remaja, akan brlaku perubahan dr byk segi. Dan ia brbeza2 antara lelaki & perempuan. Lelaki akan capai akil baligh pd thp umur antara 12 ke 15 thn. Ada brlaku mimpi hingga trkeluar air mani dr kemaluan. Jgn malu cerita pd anak ttg biologi manusia. Ia penting utk anak2 faham & tidak melakukn perkara yg bukan2 tanpa dorg sedar perkara itu salah & kita sendiri terkejut sb perkara dh berlaku sblm kita sbg ibu terangknn sesuatu ttg perubahan biologi diri dorg. Bil dh remaja, keinginan seksual dtg dgn sendiri. Bgtau, skg dia xboleh lg bgurau, bermesra lbh2 dgn adik2 ppuan. Kena ada gap, xboleh baring tgok tv sama mcm selalu lg. Xboleh sentuh2 tubuh adik2. Sb abg dh remaja, adik2 pun akan mnuju remaja jg x lama lg.
Sambung. Percayalah, jika kita sbg ibu dpt terangkn sesuatu yg anak rasa malu utk brkongsi pada mulanya, jika diterangkn dgn ilmu & kasih syg, anak akan lbh faham. Berceritalah mcm anak dh besar, dorg akan lbh rasa ibu dorg lbh memahani. Bgtau anak, semua remaja akan lalui alam dewasa, akan merasa ingin brkluarga bila dh sampai masanya kelak. Bgtau anak, So, buat masa skg, jgn mlayan perkara ygbuat dia lalai dlm mnuju cita2 mnjadi spt apa yg dia inginkn. Org yg ingin brjaya x akan mlayan khayalan yg melekakn, mrosakkn & melemahkn minda & tubuh badan. Bgtau anak mgkin skg atau x lm lg dia akan merasa lain bila brdekatan dgn kwn perempuan, yg dulu xkisah main sama2. Tp skg dh segan & malu nk brtegur, atau berborak mcm dulu. Bgtau anak, itu adalah proses alam remaja yg perlu dia tempoh. Cuma dlm hal ni, dia perlu mlawan nafsu jika terangsang. Dgn berpuasa & bykkn brzikir, brdoa pd Allah agar dpt mlawan nafsu brgelora dlm jiwa. Jika puan ada adik llaki, abg kandung, minta dorg bantu anak utk mngawal diri & nafsu.
Saya pun ada kerisauan mengenai anak lelaki saya. Walaupun bukan mengenai ona** tetapi lebih kepada kencing berdiri.
Sedikit latar belakang mengenai diri saya. Saya merupakan seorang muslimah yang sangat particular mengenai issue ini. Saya seorang yang sangat anti dengan lelaki yang kencing berdiri dan saya make this known to my husband masa mula-mula berkahwin dulu.
Mungkin ujian untuk diri saya, saya juga mendapat suami yang kencing berdiri. Tetapi saya dah bagitahu suami saya yang kalau awak nak kencing berdiri, pastikan bukan depan saya. Alhamdulillah suami mengikut kehendak saya. Walaupun saya tahu kalau saya tiada, dia akan berdiri juga. Tapi at least bila dengan saya, seperti mandi bersama atau pun kami berdua didalam bilik air, suami saya akan duduk dibowl.
Masalah saya sekarang ini, anak lelaki saya pun dah pandai kencing berdiri. Mungkin belajar daripada kawan-kawan disekolah kerana dirumah, memang saya akan pastikan anak-anak saya duduk di toilet bowl. Dah puas saya marah. Tapi mereka tetap berdegil. Saya risau kalau bermula dengan berdiri ini, mereka akan pandai untuk tidak basuh bebird pula.
Saya pernah meluahkan perkara ini kepada kawan baik saya. Muslimah yang menjaga juga. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengejutkan saya. Kawan saya cakap, mula-mula saya macam awak juga. Tapi bila saya dah ada anak lelaki, saya rasa lebih mudah untuk kencingkan dia berdiri dan kadang-kadang kalau hendak cepat, saya hanya goyang-goyangkan sahaja bebird anak saya.
Adakah apa yang saya risaukan ini tidak valid? Dan saya patut lebih bersifat terbuka mengenai issue ini?