Salam semua. Banyak kali dah kan kita baca kes2 hutang yang akhirnya memerangkap diri.
Sejak kebelakangan ni aku risau dengan sikap isteri aku yang kerap membeli barang-barang online.
Dulu2 aku ok lagi. Sebab rasa memang dia beli barang yang perlu. Tapi sekarang aku rasa dia tak sedar banyak dia beli benda yang tak perlu pun.
Contoh benda2 yang buat sale. Dia akan excited barang ni seringgit ja dua ringgit ja. Kadang2 beli bukan guna pun. Bekas2 tak apa2 pun dia beli. Last2 terbiar macam tu ja.
Sebelum ni dia beli kat shopee ja. Sekarang tak tahu sapa hasut dia. Kat tiktok pun dia beli.
Aku bulan2 bagi duit belanja kat dia 500. Dia pun kerja jugak tapi gaji dia dalam 2k ja aku rasa la. Sebab aku jenis tak akan tanya benda2 macam tu.
Dia pun tak pernah mintak lebih kat aku. Apa yang aku bagi tu dia ambik ja la.
Belanja rumah, kami dah setuju ambik part masing2. So aku selalu settle part aku iaitu duit rumah, makan dan semua hal anak2.
Part dia, kereta dia, bil2 rumah, keperluan dia. Yang tu aku tak pernah ambik tahu dia bayar ke tak. Aku percaya dia akan bayar.
Tapi aku selalu la bising kat dia sebab setiap hari barang dia akan sampai. Kalau sesekali tak pe. Tapi mostly setiap minggu la. 2 3 kali.
Mostly dia beli pakaian, handbag kasut produk2 muka dia. Kadang2 beli barang anak2 atau barang untuk aku walaupun aku tak mintak. Itu yang aku nampak la.
Sebab alasan dia. Kalau nak pergi kenduri ke berjalan ke, balik2 baju yang sama ja. Malu la apa la.
Dia kata pergi kerja pun pakaian yang sama bertahun-tahun. So kat online murah dia beli la.
Tapi yang aku perasan, kerap benda tu jadi bazir. Sebab apa, sebab pakaian dia selalu salah saiz.
Kalau kecik2 dia akan bagi kat sapa2. Kalau besar dia pergi alter. Tapi tu keluar duit lagi.
Kadang2 pakai sekali ja. Pastu tak pakai dah. Kadang dia kata benda tu dah rosak. Tak boleh guna dah.
Satu hari tu dia tak de rumah. Sampai la barang dia. Semua COD. 6 barang masa tu.
Orang tu cakap kena bayar RM118. Aku terkejut la. Dia beli apa sampai seratus lebih.
Aku call dia. Dia cakap boleh tak bayarkan dulu. Aku pun malas nak panjang cerita. Aku bayar dulu.
Balik tu aku tanya. Awak beli apa.
Dia kata tak, hari tu anak mintak mainan dia beli kan. 50 lebih ja dia cakap. Pastu tak sangka semua barang sampai serentak. Sebab overseas shipping.
Pastu aku tanya ok 1 mainan anak.. Lain apa.
Dia cakap ada la barang2 dia. Barang2 rumah. Aku kata rasanya setiap minggu barang sampai. Tak kan la setiap masa nak beli.
Awak ada chek tak tiap2 bulan berapa duit habis. Panjang jugak la aku bebel.
Last2 kami jadi gaduh. Sebab dia cakap dia bukan mintak duit aku pun kan. Dia kata aku dengki dengan bahagia dia. Padahal dia buat semua guna duit dia.
Dia kata dia beli untuk rumah jugak. Untuk keluarga. Bukan untuk dia ja semata.
Dia kata ingat settle semua benda dah selesai ke. Budak2 nak baju, nak mainan. Dia kata aku bukan ambik tahu semua tu.
Padahal aku rasa aku ada jugak la belikan anak mainan semua.. Cuma tak kerap dan beli kat kedai bukan online macam dia.
Aku ni fikir kedepan. Tak bazir duit sebarangan. Siap aku buat tabung ptptn untuk anak2 kot.
Pastu dia cakap lagi.. Ni dia beli cadar, beli benda dalaman. Dia kata aku ni bukan ambik tau semua tu. Barang yang ada perlu maintain dia kata.
Dia kata dia ni makan itu ini, pakai produk itu ini supaya kekal cantik di mata aku. Macam2 lagi dia ungkit.
Aku memang la tak pernah tahu cadar kena tukar ke, selimut kena beli baru ke.. Sebab aku tengok semua tu ok ja. Masih boleh guna. Lain la kalau dah koyak rabak. Tapi bagi dia tak kan nak tukar ganti 2 3 ja.
Kalau tetamu datang ke apa ke. Perlu ada banyak benda dia kata.
Hari tu dia ni sampai kondom pun beli online. Kononnya saja2 nak try dengan aku. Banyak lagi benda2 mengarut dia beli. Padahal bukan aku yang perlu semua tu.
Bukan aku yang mintak. Ada benda aku sampai tak pernah tahu pun apa benda tu. Tapi semata2 dia yang nak merasa semua tu. Aku diam ja. Fikir keseronokan dia.
Sampai dia belikan aku underwear macam belalai gajah tu. Bengong betul aku rasa. Kononnya dia akan rasa lebih stim kalau tengok aku pakai tu.
Walaupun aku tak suka dan tak selesa, tapi demi dia, aku pakai jugak kan.
Tapi sekarang ni, alih2 dah macam salah aku pulak. Kononnya nak buat supaya aku pun best.
Kenapa dia tak terus terang dia yang nak rasa. Mustahil kalau dia tak teringin dia beli benda tu. Pastu kata dia buat demi aku.
Tapi bila dia cakap macam tu aku rasa ego aku pun tercabar la. Seolah2 aku tak berhak nak nasihat dia apa2.
Aku ni baran jugak tapi time tu aku jadi sedih. Tak mampu nak cakap apa2. Aku cuma cakap, banyak dah orang terperangkap dengan benda2 macam ni.
Awal2 awak rasa mampu. Awak rasa tak bazir. Lama2 awak tak akan sedar benda ni makan diri. Jadi habit.. Jadi tabiat buruk.
Dah banyak dah saya jumpa kes2 macam ni. Nanti apa2 jadi, akan babit saya jugak. Akan effect keluarga kita.
Dia terus tinggi suara. Dia cakap kes apa. Dia kata jangan risau, dia bukan jenis susahkan sapa2. Dia tahu apa dia buat.
Pastu dah bergaduh. Pakat diam tak bercakap. Aku rasa dia stress kot pasal gaduh tu.
Dia beli barang lagi banyak. Lepas 3 4 hari tu barang sampai sangat banyak. Macam sengaja nak prove aku pun ada.
Pastu aku tengok dia pergi ambik duit tabung dia. Sebab ada yang COD. Aku memang diam. Tak cakap apa2. Tak nak gaduh.
Tapi aku tahu dia dah tak de duit. Sebab gaji lambat lagi. Mesti duit dia dah habis sampai ambik duit tabung.
Cuma aku risau jugak. Dia ni kerja ada jugak handle petty cash. Aku risau dia jadi macam budak yang confess hari tu tersalah guna duit tu.
Aku cuma berdoa dia cepat sedar dan tak de la sampai jadi macam tu.
– lidi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tolong isteri sedarkan diri supaya belajar berjimat cermat, berfikir secara rasional sebelum buat keputusan beli brg online…apa kata biar encik sahaja yang pegang hal kewangan dlm family…klau degil jugak isteri x nak solve problems ni…. PASTIKAN setiap kali dia nak beli barang online guna duit gaji dia sendiri SAHAJA
Cuba ambil tahu barang yang dia beli dan tanya kenapa dia beli.
Saya kerap beli barang online, sebab lebih murah beli online dari beli kat kedai. Contoh tuala yang harga RM 30 kat kedai, boleh jadi lebih murah di online store setelah tambah voucher diskaun. Milo pun lebih murah kalau beli online masa sale. Pakaian pun lebih murah. Baru2 ni saya survey cadar, kat kedai biasa dan online, last2 beli online sebab lebih murah dan lebih berkualiti.
Bila dia beli cadar, lidi pun guna juga cadar tu kan? Kalau keluarga datang dan cadar tak cukup, siapa yang malu, semestinya isteri encik sebab semua orang ingat isteri bertanggung jawab hal rumah.
Yang bahayanya cuma Buy Now, Pay Later. Tapi itu pun kalau isteri lidi tak dapat manage perbelanjaan dia.
Tak perlulah bergaduh seteruk ni untuk perkara ni. Cuba bincang baik2
sy setuju commentor di atas comment. setuju 100%. en lidi jgn over react. cme monitor je la bini tu..happy wife, happy family..lgpon apa dia beli pon dia ade mentioned ntok kebaikan bersama.. mcm sy, suami pon ade belikan jgk baju n toys anak, tpi kita yg isteri yg akan lebih fikir dari suami..end up kita isteri yg beli lebih byk baju anak2..kalau cadar tu nnti kalau tetamu tgk cadar yg sama je, eh yg buruk, isteri jugak yg kena tempiasnya sbb tetamu akan pandang isteri yg uruskan hal rumah..so chill2 la abg lidi..
Rasanya isteri Lidi ni dah addicted dengan online shopping.. Bahaya kalau tak dicegah awal. In denial pulak tu. Sy faham sangat situasi Lidi tu. sy ni pulak seorg isteri yg ada suami suka online shopping. Barang2 kecik2 tu dah melambak kat rumah. Suami sy ni sy tau dia healing secara online shopping sbb masa dia kecik dulu, dia miskin dan macam2 barang dia nak, tapi tak dapat beli sbb keluarga dia tak berduit. Skrg bila suami dah bergaji, dia macam balas dendam beli barang mcm2.
Penyelesaiannya, syarat utk 1 barang online shopping masuk rumah, 1 barang lama kena keluar. Perkara ni sy sekali kena buat, bukan dia sorg. 1 baju baru masuk, 1 baju lama kena keluar. Baju yg tak muat dalam almari, maksudnya baju dah cukup. Jangan beli baju lagi.
Sama dengan cadar, towel. Kalau dalam almari tu dah tak muat nak simpan toto, cadar, towel, maksudnye yg ada tu dah cukup utk sekeluarga. Jangan beli lagi. Nak beli, kena buang 1 keluar. Beli tupperware baru, bekas2 lama kena buang. Makanan kering tu takpe.. boleh buat stock.
Selesai tak masalah kami? Ye selesai. Shopping dapat, rumah pun kemas barang tak melambak.
Itu nma nya “shopaholic”, tambah lg skrg dah bole bli ‘online’.. dlu kna kluar pegi mall or kedai yg ‘fizikal’ utk beli apa2, skrg ni d hujung jari je, cuma kdg2 kna kos utk ‘delivery’ je.. kdg2 ada diskaun lg.. memang la nmpak murah, n rse berbaloi, tp ada mse mcm ‘membazir’ jugak, kdg2 brg tu tak mcm dlm gambar, x sma colour, x muat, or x perlu beli pon.. klau yg beli guna fpx bnk xpe lg, tp kdg tu line x ok, kita tukar cod plak, klaw 1 brg takpe jugak, klaw bnyak yg cod, nk kna sedia cash in hand, mse brg2 tu sampai.. lma2 akn jd ‘habit’ jugak, tambah bila tengok ‘influencer’ or agent produk tu buat ‘live sale’ dgn diskaun mcm2, gatal je tgn tu nk buat pesanan.. cuba lah awk nasihatkn isteri tu, sbelom jd ‘parah’.. jgn marah dia, nt gaduh lg.., cba bgi dia ‘sedar’, brpa yg dua blsnja dlm sebulan secara online, bandingkn klaw jumlah tu boleh simpan, or kumpul utk beli ‘emas’ ke, jan lbh berbaloi utk mse hdpn.. lg stu, ustaz kta, klau kita bnyak baju, kasut, beg dll brg2, tp x pkai sgt, nt setiap satu tu akn ‘dihisab’ d Akhirat nt, lambat nk dpt msuk Syurga nt.. cba la psiko dia ckit2, n doakn dia sama.. insha Allah lma2 dia akn berubah jd yg lbh baik.. aamiin
Tuan hanya kena communicate cara elok je.isteri ni mcm kita bercakap dengan budak2, kena pujuk dulu, kena ade timing betul.
Saya dan suami kalau bab nak bertegur ni samada cari timing yang betul contoh mcm selepas dia da rehat, mkn etc.baru tny elok2.Kadang saya akn share artikel atau nasihat2 kt online ni pada suami dengan caption utk peringatan bersama.
Atau kadang cari waktu dating berdua untuk tegur2 ni.kalau bab perbelanjaan ni mmg suami sy champion.Dia siap share dgn saya dan buat sama2 excel sheet perbelanjaan komitmen bulanan tau.Supaya kita dpt trace sama2 perbelanjaan.
Mmg saya akui kadang sy sendiri seronok berbelanja, bukan untuk diri sendiri sgt pon tp mmg utk keluarga dan anak2.Cuma ae la portion sket utk keperluan diri.Mujurlah sy ni mmg tak byk duit jd bab membazir beli byk brg tu mmg tiada dlm kamus hidup, serabut pon ye juga bila byk brg dlm rumah ni.