Assalammualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan penulisan saya. Saya cuma nak share pendapat dan hakikat kehidupan sekarang dan apa yang saya alami. Pertama, nak ingat kanβ¦..
Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.β β Surah az-Zariyat: ayat 56.
Jadi nampak tak sebenarnya apa tujuan hidup kita. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah, kita lebih bnyak mengejar dunia, dan meletakkan urusan akhirat atau “main job” kita sebagai hamba no 2.
Dengan keadaan sekarang, kebanyakkan dari kita bekerja, bagi menampung kehidupan seharian.
Bagi yang bekerja di bandar besar, sudah menjadi kemestian keluar awal pagi dan balik lewat petang. Samada kita akan keluar sebelum waktu subuh, atau kita akan balik semasa waktu maghrib. Belum lagi, terperangkap dalam jem, sampai terlepas solat.
Selain itu, bagi perkara kerja. Kita lebih takutkan “deadline” kerja kita, kita takut bos maki kita, dari kita melaksanakan solat dahulu atau laksanakan solat di awal waktu dan kadang kerana urusan dunia, kita leka dengan tugasan sehingga kita tidak melakukan solat. (Nauzubillah)
Sering kali, dan aku jujur diri aku juga, terlewat melaksanakan solat. Dan disebabkan aku terlalu kuat bekerja, aku menghabiskan masa aku seharian dengan berfikir tentang tugas, tasking yang bos bagi sehingga dalam solat, masih memikirkan hal kerja, itu tak settle, ini tak settle.
Solat akhirnya tidak khusyuk dan dilaksanakan tergopoh gapah.
Belum lagi sebab seharian kerja, sebelah awal pagi, nak bangun tahajud pun tak larat dan sampai waktu subuh pun di hujung waktu. Belum lagi, nak bukak Al Quran sekurang2 nya 1 muka sehari pun tak buat.
Sebab? Gara-gara penat bekerja. Jadi sebenarnya aku bekerja untuk apa? Untuk dapatkan dunia? Sedangkan Allah dah berfirman kenapa dia ciptakan manusia.
Kadang2, semasa aku ada masa, aku duduk kat sejadah lama sikit, renung, apa yang aku kejarkan sebenarnya ni. Semasa aku mula2 kerja, aku dah janji pada diri,
“Ingat, dunia ni sementara, dapat penuhkan perut untuk beribadah, ade duit sikit untuk sedeqah, berjihad kat jalan Allah, jadi fokus.”
Tapi bila kita dah terlalu taksub pada kerja dan terikat tanggungjawab pada kerja, semua berubah. Dan kenapa ini terjadi. Sepatutnya, kita lebih risaukan tugas kita sebagai hamba dari pekerja. Dan seharusnya kedua2 nya bergerak seiring. Bukan kita letak agama no 2.
*Sekadar luahan seorang yang penat dengan urusan dunia dan nak mengejar akhirat dan setiap hari cuba menjaga iman, kerana iman manusia ada turun dan naik*
– Beep (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit