Risaukan Adik

Assalamualaikum. Aku nak minta pendapat atau cadangan mengenai adik lelaki aku yang bermasalah.

Begini, adik aku tu dari kecil memang agak degil dan keras. Entahlah. Kadang-kadang aku rasa ni pun berpunca daripada mak ayah aku.

Mak ayah aku kurang titikberatkan tentang solat pada anak-anak dia. Lepas tu sampai besar memang liat kitorang nak solat. Tak solat langsung pun selalu. Sumpah sedih.

Aku selalu cuba tak nak tinggalkan solat, tapi selalu gagal. Huhu.

Ayah aku pun satu, selalu sangat tak kisah adik lelaki aku tu solat Jumaat ke tak. Dari kecil lagi ayah aku jarang ajak adik aku pergi solat Jumaat.

Bila dah besar orang ajak, tak nak solat. Solat fardhu apatah lagi. Mungkin tu juga punca dia punya hati keras dan degil.

Time Form 4, adik dah pandai ponteng terang-terang. Mak ayah aku pun dah tak tahu nak buat apa.

Lepas tu dia kerja dekat CC, sebab malas nak pergi sekolah dah. Jarang balik rumah. Asyik lepak CC, balik rumah kawan. Mak aku lah yang aku paling kesian, asyik risaukan adik aku.

Dan adik aku ni jugak selalu sangat mencuri duit kami. Pantang salah letak je duit, tup-tup hilang dah.

Kalau tanya dia yang curi ke tak, memang tak mengaku punya. Haihh. Apa nak jadi dengan adik aku. Bila duit hilang je, orang syak dia.

Masa Form 4 tu, dia dah pandai bawak motor. Dia bawak motor ayah aku senyap-senyap, then kantoi lah sebab nampak dia bawak satu hari tu.

Ayah dan mak aku nasihatkan lah jangan bawak keluar kawasan, takut kena saman tak ada lesen. Tapi dia degil jugak.

Satu hari tu, dia accident. Tapi kawan dia yang bawak motor ayah aku tu. Tak pasal-pasal kena bayar mahal kat orang yang kena langgar tu, sebab dia ugut adik aku kalau tak nak bawak pergi polis. Takut la dorang sebab tak ada lesen.

Masalahnya, budak tu yang bawak, bapak aku pulak yang kena bayar. Puihh. Geram aku. Bapak aku marah lah, takut motor kena sita bagai. Adik aku bawak tak ada lesen. Dahnya ayah aku jual motor tu. Tak belum habis cerita lagi ni.

Since that, adik aku ni memberontak lah nak motor, nak motor. Pressure mak aku suruh beli motor.

Oi, ingat motor tu murah ke macam beli phone? Hmmph. Lagipun mak ayah aku risau nak bagi motor, sebab takut adik aku buat bukan-bukan. Huhu.

Kalau adik aku tu baik, dengar cakap, tak buat masalah memang ayah aku cadang dah nak bagi motor dia kat adik aku. Last-last jadi macam ni.

Sekarang ni dia asyik memberontak je, sekolah pun tak pergi dah. Tu tak tahu apa nak jadi. Tahun ni SPM. Mak aku dah penat nasihatkan.

Lagi teruk, adik aku merokok sekarang ni. Duit selalu hilang pun mungkin dia beli rokok. Kadang-kadang mintak duit kat mak aku RM1-2, kadang-kadang lebih.

Mak aku tak nak lah bagi, tau dah dia nak beli apa. Rokok. Sebab tu aku menyampah gila dengan rokok ni. Menyusahkan hidup orang lain je.

Aku kesian sangat kat mak aku, selalu kena pressure dengan adik aku. Kadang-kadang adik aku mengamuk hentak pintu bagai.

Mak aku dah lah ada darah tinggi. Risau pulak. Ayah aku selalu outstation. Aku dengan adik yang lagi seorang tu dok asrama. Haihh.. risau sangat. Takut mak aku jadi apa-apa.

Mak aku selalu sangat risau kat adik aku. Dia risau masa depan adik aku. Aku pulak risau kat mak aku. Huhu. Apa yang perlu buat ni? Ada apa-apa cadangan tak?

– Si Tua (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *