Dunia hartanah sering menjanjikan pulangan yang lumayan dan stabil. Namun ramai juga yang bertahan separuh jalan.
Kadang kala kita akan jumpa bermacam kisah ketika menguruskan penjualan rumah. Ada kisah suka duka yang akan dilalui oleh perunding hartanah. Biasanya melibatkan masalah pertukaran pemilik.
Sebelum ini sering kita dengar ada orang tumpang letak nama waris rumah atau kereta atas nama orang lain. Kali ni saya berjumpa sendiri dengan kes penama rumah diletakkan atas nama pekerja.
Bulan puasa baru ini dapat listing sebuah rumah banglo untuk dijual di Shah Alam. Sembang punya lama 3 jam dengan owner bukan tentang rumah. Tapi berkenaan pengalaman beliau sebagai kontraktor.
Bagaimana beliau menceritakan pengalaman kisah sisi terang dan gelap yang terpaksa ditanggung oleh kawan-kawan kontraktor yang berurusan dengan tender kerajaan mahupun glc.
Beliau tidak pernah bekerja makan gaji. Kerja sebagai kontraktor sejak berpuluh tahun sebagai pembekal fasiliti pejabat di jabatan kerajaan dan swasta.
Antara job terbesarnya dapat supply kelengkapan office untuk bank rxxxxt semasa bank tersebut rebranding cawangan seluruh negara suatu ketika dahulu.
Memang puluh juta juga la projek owner ni. Siap ada kilang pemasangan perabot office sendiri dan pekerja seramai 70 orang.
Sejak pertukaran kerajaan semasa pru 14 lepas beliau ni dah tak dapat projek sehingga la sekarang. Beliau downsizing bisnesnya dari 70 orang sehingga la tinggal 20 orang pekerja tanpa ada job besar.
Duit simpanan digunakan untuk bayar gaji pekerja selama 3 tahun. Sehinggalah terkini terpaksa menjual rumah banglo miliknya.
Berbalik kepada rumah banglo tadi. Semasa bisnesnya sedang stabil, beliau membeli 2 bidang tanah lot sebesar 10k sqft dan membina banglo idaman.
Biasalah bisnes pasang surut, beliau terpaksa refinance rumah yang diduduki. Waktu itu namanya sangkut sebab ada bayaran tak cantik dengan bank.
Beliau menggunakan nama stafnya untuk refinance rumahnya. Bayaran bulanan beliau yang bayar. Cuma nama di SNP/geran sahaja guna nama stafnya.
Nak jadi cerita suatu hari stafnya memandu keretanya ke kelantan untuk proses pemasangan perabot pejabat. Kereta dipandunya kemalangan.
Stafnya tidak cedera cuma terhantuk sahaja. Beliau minta stafnya buat medical check-up tetapi stafnya selalu bertangguh.
Selepas berbulan kesihatan stafnya mula merosot. Mula-mula kerap lupa dan semakin lama semakin teruk.
Stafnya kemudian disahkan kena strok disebabkan kemalangan yang dialaminya. Bila disahkan strok staf itu sudah tidak dapat urus diri sendiri.
Kisah seram pun bermula….
Semasa staf itu sihat, dia sudah peringatkan isterinya bahawa dia hanya penama kepada rumah bosnya itu. Dia memegang amanah bosnya.
Namun isterinya mula bersikap tamak. Rumah banglo ini nilainya lebih 1 juta. Boleh menghilangkan kewarasan seseorang.
Isteri staf itu mula claim yang rumah itu milik suaminya. Entah siapa yang cucuk si isteri jadi macam tu. Sehingga keluarga isteri pun terlibat sama menuntut.
Dari segi legal memang staf itu sebagai pemilik rumah tersebut kerana rumah itu atas namanya. Namun dari segi syar’ie suami itu pemegang amanah sahaja.
Mujur semasa staf itu masih sihat, owner ini sempat buat power attorney (PA) atas rumah tersebut yang mana memberi kuasa kepada owner ini sahaja yang boleh menjual rumah ini.
Namun PA ini bertempoh selama 2 tahun sahaja. Boleh renew tapi kene minta sign staf tersebut. Semestinya isteri staf itu takkan benarkan untuk suaminya sign untuk renew.
Semasa staf itu mula-mula kene strok dan hubungan mereka masih baik owner ini dah minta isteri itu claim insurans sebab rumah ini dah cover insurans.
Namun isterinya tak nak claim sebab tak nak mengiakan suaminya strok.
Kini owner tu mempunyai tempoh selama 2 tahun sahaja untuk menjual rumahnya sebelum tempoh PA itu expired. Sekiranya PA expired kemungkinan rumah itu…… tak dapat diselamatkan.
Dunia ni kejam gais kalau tak ikut agama. Kesian dengan pakcik ni. Umur pun sudah masuk usia emas…..
– Pak Ngah Khalaf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit