Rizqi

Bismillah dan assalamualaikum buat admin dan pembaca IIUM Confession. Moga artikel ni dapat tersiar supaya kita dapat berkongsi pengalaman yang berbeza tapi pengajaran yang sama.

Kali ni aku nak ceritakan mengenai adikku yang dipanggil Awe. Masa kecil dulu, adikku ni seorang yang pelat. Kalau nak mandi, dia mesti akan cakap ‘ambil bola nak mati’. Korang boleh teka tak apa? Ambil tuala nak mandi. Kalau suruh sebut perkataan konvokesyen tu, teragak-agak dia nak sebut.

Dalam family aku ni, dari segi education, dia memang biasa-biasa sahaja compare ada di kalangan kami yang ijazah dan master. Tetapi siapa sangka, dia antara yang paling berjaya dalam kalangan kami adik beradik. Allah bagi kelebihannya dalam berbisnes. Alhamdulillah sudah beberapa tahun dia berbisnes, dia nampaknya semakin maju dan berjaya.

Aku nak kongsikan kat sini yang kejayaan dia bukanlah sepenuhnya dari latar belakang pendidikan yang tinggi semata-mata kerana dia hanya lulusan sijil sahaja tetapi kerana dia sering meletakkan ibu ayahnya sebagai keutamaan dan langsung tidak pernah berkira untuk ibu ayahnya. Setiap tahun hasil keuntungan bisnesnya pasti disediakan cenderamata khas buat ibu ayahnya.

Sekiranya kami ingin membuat jamuan family, pasti akan dihulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut. Kisahnya sendiri sebenarnya telah membuka mata aku bahawa pelajaran yang tinggi bukan jaminan dan tangga kejayaan seseorang tetapi selain usaha, berkat rizqi dan saluran doa yang mustajab dan tak putus dari ibu ayah mampu membuatkan seseorang juga boleh berjaya.

So, kepada yang kat luar sana tu, yang masih punya ibu ayah, janganlah kita kedekut untuk memberi kepada mereka kerana jika dibandingkan apa yang kita bagi belum tentu mampu membalas setiap inchi jasa dan pengorbanan mereka buat kita.

Dalam sibuk mana pun kita, curilah masa untuk bertanya khabar sekiranya kita tinggal berjauhan dengan mereka. Carilah masa juga untuk pulang menemui mereka kerana pada ketika ini, ia adalah hadiah istimewa dari anak buat si ibu ayah. Moga kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah, mendapat rizqi yang berkat dan kejayaan yang lebat.

Last pesanan sebelum aku berundur diri, hidup ni putaran. Jika diberi rizqi dariNYA pada masa akan datang, kita pula merasa jadi ibu ayah. So, berbuatlah baik kepada mereka supaya satu hari nanti, jika kita dikurniakan anak, mereka juga dapat melakukan perkara yang sama. Sesungguhnya tidak rugi pun melakukan kebaikan.

Ikhlas dari,

– I.A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *