RM10,000

Dalam banyak memori yang kau ingat benda apa yang sangat terkesan dekat kau sampai sekarang.

Aku membesar berdua dengan umi aku. Duduk rumah setinggan satu bilik, alhamdulilah hidup kami ni pada aku cukup maklumlah sebab cuma hidup berdua.

Aku tingkatan 3 waktu balik sekolah terjumpa satu sampul surat aku pun curious jadi sepak sebab rasa macam berat aku pun ambik cepat² dan simpan dalam beg tak buka terus.

Aku waktu ni memang jalan laju terus ke rumah tak toleh kiri kanan padahal biasanya aku singgah lepas cc macam sejam baru balik rumah.

Umi aku tak ada dia kerja petang nak maghrib baru balik. Balik je dekat rumah aku pun buka sampul tadi dan ada duit bayangkan bukan sikit tapi lebih kurang RM 10,000. Semua dalam tu duit 100 ringgit sekeping.

Aku waktu ni dah excited nak beli telefon nokia express, nak beli badminton, nak topup game blackshot.

Tapi aku tahun seminggu tu tak guna lagi sebab takut ada orang ada nampak aku jumpa duit tu.

Sampai sekali ni aku balik koko tengah hujan lebat. Aku nampak pakcik ni kehulu kehilir redah hujan sekejap singgah kedai ni, sekejap singgah kedai lain sampai dia singgah kedai mamak yang tempat aku berteduh ni.

Pakcik tu pun tanya dekat cashier tu “ada tak nampak sampul surat dalam tu ada duit” diorang pun cakap tak ada. Aku waktu ni dalam hati terus cuak bila dengar. Aku pun biar buat tak tahu.

Esoknya aku nak pergi sekolah pagi nampak pakcik ni turun longkang, lepastu selongkar tempat sampah dan banyak lagi aku memang tak fikir panjang terus laju ke sekolah.

Sampai hari jumaat ni bila balik ni umi aku cerita ada sorang pakcik ni kesian dia hilang duit untuk rawatan anak dia. Setiap hari dia keliling cari dan tanya orang.

Aku muka dah pucat, waktu ni tak sedap hati dah juga. Sekali ni aku check balik duit tu. Banyak ni bukan sikit 10 ribu kot.

Bila aku belek lagi sekali duit tu aku tak perasan ada satu gambar kecik dekat hujung sampul surat tu dia gambar perempuan botak duduk atas kerusi roda tengah senyum.

Minggu depan tu pula ustazah buat announcement dia cakap kalau ada terjumpa sampul surat yang dalam dia ada duit dan gambar tolong pulangkan.

Aku waktu ni dah rasa bersalah tapi dalam masa yang sama aku fikir 10 ribu ni bermacam aku boleh beli. Tapi mungkin instinct umi aku ke macam mana.

Tiba-tiba dia cakap dekat aku “Nizam ada jumpa duit pakcik tu ke?”

Aku terkejut umi aku tanya macam tu. Umi aku cuma cakap “kalau Nizam ada jumpa pulangkan nak” aku tak sempat jawab.

Tapi malam tu memang tak tenang, tengah malam aku bangun dalam pukul 2 pagi menangis dekat umi aku cakap yang aku ada jumpa.

Umi aku pun buka dan kira dia cakap tak apa besok kita pergi dan pulangkan. Besok pagi ni hari ahad aku dengan umi pergi rumah pakcik tu lepas dah tanya orang sana sini akhirnya jumpa.

Umi aku pun dia cakap ini rumah pakcik senin (ini bukan nama dia) umi aku pun bagitahu yang aku ada terjumpa duit dia.

Pakcik senin tu pun bila dapat tahu terus menangis cakap “Ya Allah terima kasih cari dah lebih sebulan tak jumpa Alhamdulilah” dia pun jemput masuk rumah dan nampak anak dia duduk dekat kerusi roda.

Isteri pakcik senin ni pun sambil hidang air dia pun cakap anak dia ni kena kanser duit ni pula selepas dah bergadai segala benda, motor, emas semua habis.

Aku waktu ni rasa bersalah teruk sebab memang tengok rumah dia semua barang banyak tak ada, tv apa semua tinggal kerusi dengan meja je aku tengok.

Diorang pun ucap terima kasih nak bagi duit tapi umi aku reject dan cakap guna kan duit tu fokus rawatan anak diorang. Bila balik tu aku rasa macam menyesal sebab 10 ribu tapi malam tu aku dapat tidur dengan tenang.

Esoknya bila pergi sekolah. Jumpa pakcik senin dia dia bagi aku sampul surat ni dia cakap terima kasih sebab pulangkan balik duit tu.

Pakcik senin tu cakap dia bila duit dah hilang, buat report polis, cari apa semua dia dah 100 peratus yakin tak akan jumpa dan orang akan pulangkan.

Dia pun bagi aku dalam seribu ringgit dia cakap guna duit ni buat belanja sekolah. Aku waktu ni terkejut pakcik tu kasi sebanyak tu aku anggap mungkin seratus dua tapi rupanya seribu.

Balik tu tak tunggu panjang pergi 7 eleven beli topup mol point 100 ringgit topup blackshot beli AWP black yang sebulan.

Lepas aku dah pulang duit tu, aku rasa seminggu dua-tiga kali pakcik senin takpun isteri dia datang rumah kami bagi makanan. Waktu raya, puasa pun datang bagi makanan.

Kadang tu aku pergi sekolah pun pakcik senin tu dia kasi bekal dia cakap isteri dia masakkan. Kalau free aku datang rumah dia tolong apa yang boleh.

Alhamdulilah waktu aku tingkatan 6 STPM anak pakcik senin ni bebas dari cancer. Waktu ni dia jemput aku dengan umi datang rumah buat makan-makan.

Benda dah berbelas tahun sekarang pun anak dia dah selamat graduate. Waktu dia convo pun diorang seboleh-boleh nak kami datang sekali.

Senang cerita jadi akrab. Setiap kali berbual tu kalau ramai orang pakcik senin ni dengan keluarga dia selalu puji aku cakap, “Nizam ni bagus orang dia jujur”

Ingat lagi aku pergi meminang pakcik senin jadi wakil dengan isteri dia. Makcik senin ni cerita aku ni orangnya jujur siap buka kisah RM10 ribu tu.

Benda dah lama aku sendiri pun dah ada anak tapi pada aku. Benda tu sebenarnya macam ubah aku, waktu ni aku macam nak fokus belajar senang cerita nak berjaya.

Bukan apa sebelum ni aku belajar main-main kelas pun dari sekolah rendah masuk kelas belakang. Tapi lepas kejadian tu aku semangat nak ke sekolah. Fokus belajar, dari kelas belakang jadi kelas paling depan.

STPM, ijazah, master benda tu pada aku dia macam shifted trajectory aku punya kehidupan.

Mungkin kalau aku simpan dan guna duit 10 ribu tu aku punya hidup lain dan bukan macam sekarang yang sedia ada.

– Nizam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *