Aku ada cerita yang tak penting pun nak diceritakan. Tapi aku rasa seronok sebab baru lepas bergaduh dengan scammer. Adrenaline rush buat aku rasa nak menulis.
Kawan satu tempat kerja ada beritahu yang dia dapat 1 chat di whatsapp pasal tawaran kerja part time. Dia tolak sebab dia sibuk. Jadi dia tanya aku nak join tak?
Aku tak fikir banyak, aku pun jawab “haa boleh jugak”. Nak tolak tak sampai hati sebab nampak dia bersungguh.
Aku ingat dia kenal orang yang chat dia tu. Tanya punya tanya rupanya tak tahu siapa yang hantar chat. Dia pun dah bagi dekat orang tu nombor aku.
Aku mula mula dah syak dah scammer ni. Baik hati benor nak bagi orang duit tapi kerja santai santai. Sekadar like dan subscribe je.
Tapi aku okay je sebab aku ada 1 peel. Aku suka layan scammer. Suka la bila dia ingat dia bodohkan kita. Padahal kita yang bodohkan dia. Haa peel yang entah pape kan.
Aku suka membaca. Nak lagi confession dekat sini. Haritu aku ada terbaca pasal sorang TT ni kena scam yang suruh transfer duit lepas tu dapat berganda.
Aku rasa aku kena benda sama. Aku nak cerita juga biar orang tak tertipu dan tak gelap mata bila ditawar duit yang banyak.
Cerita dia macam ni.. Masa mula scammer chat, dia kata sekadar subscribe je youtube pempengaruh yang dia bagi. Nak bagi naik rating sebab diorang bayar. Janji bulan bintang masa ni.
Dia masukkan aku dalam group telegram. Dah like dan subscribe, kena screenshot hantar dekat dia.
1 video kita like dan subscribe, dapat RM10. Cukup RM50, dia transfer duit dekat akaun kita.
Sehari ada 27 misi. 23 misi untuk like dan subscribe, 4 misi lagi kena transfer duit dekat bank yang dia bagi.
Masa permulaan nak bagi kita percaya, dia suruh subscribe 1 youtube lepas tu bayar RM30 masa tu juga. Selepas tu baru start RM10 untuk 1 youtube.
Selang beberapa misi like dan subscribe tu, mesti muncul misi transfer duit. Tapi aku part yang misi transfer duit aku skip. Aku tak buat.
Aku mula nak transfer juga sebab aku yakin yang amount sikit, dia akan bagi balik macam yang dia janji sebab nak yakinkan kita.
Kira dah dapat balik duit, tak nak layan dah la yang kena transfer amount banyak. Biar diorang rugi gitu.
Tapi lepas aku tengok bank bank yang dia guna tu bank tak islamik, nama pemilik pun company cina, untuk cryptocurrency pula tu, aku tak jadi la nak layan. Kang tak halal duit yang aku dapat.
Yang video tu sebab dah memang katanya kerja cuma like dan subscribe, dia bayar kita. Buat kerja, dapat duit.
Sebab tu bila misi transfer duit aku skip. Dah aku buat kerja sampai dapat RM180, dia dah mula bagi hint nak marah.
Tanya kenapa aku selalu skip misi transfer duit. Dia ugut kalau skip misi tu, nanti bila aku buat misi like dan subscribe tu dia akan bayar RM1 je untuk 1 video.
Tapi aku buat tak tahu je dan teruskan juga misi like dan subscribe tu walaupun 1 video dapat singgit.
Aku syak dia fedup sebab aku tak goyah, dia pun chat tanya sekali lagi apahal aku asyik skip misi?
Aku pun cakap la dah awal awal beritahu suruh subscribe je. Aku buat jela misi yang aku nak dan bayar la macam yang di janji. Tak beritahu pun kena transfer duit, layan cryptocurrency bagai.
Dia kata kalau aku degil, dia tak nak dah bayar untuk youtube yang aku dah subscribe tu. Sikit je lagi nak cukup RM50 masa tu.
Ceit! Scammer stress la tu. Dia kata nak kick aku keluar dari group kalau aku tak buat misi transfer duit.
Aku cakap tak payah. Biar aku sendiri je yang keluar. Terus aku leave group dan block nombor dia.
Begitulah kisah aku dapat RM180 harini. Ingat nak juga layan sampai 2 3 hari. Rupanya member dah tak puas hati sebab tak balik modal.
Kawan kawan, jangan mudah terpedaya ya. Sayangilah duit anda. Nak lagi zaman beras mahal ni.
Orang bagi kita duit tak apa. Jangan kita bagi orang duit. Hahahaha.
Sekian saja cerita yang tak seberapa. Bubyeee
– Saya bukan scammer (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit