Assalamualaikum readers, sebelum tu saya nak berterima kasih kepada admin sebab sudi publish cerita aku ni. Cerita aku ni berkaitan pasal sedekah. Aku pelajar ipta di semenanjung. Aku asal dari sabah. Biasalah kos-kos pengangkutan dari sabah ke semanjung agak mahal juga. Aku dapat ptptn.
So dipendekkan cerita, aku baru masuk ke semester 2. Biasalah awal-awal semester memang banyak pakai duitkan, nak bayar buku, nak bayar yuran. Apalagi kalau kes macam aku yang aktif persatuan ni kena bayar yuran persatuan la. Lepastu kalau ada apa2 aktiviti kolej pun kena bayar juga. So time ni ptptn belum masuk lagi. Duit aku dalam bank ada sikit ja. Berat sangat hati nak minta dengan parents sebab parents aku baru ja bagi duit.
So cerita dia bermula begini, sorry la kalau opening aku tu panjang sikit, hehe.
Aku time tu memang perlukan duit. Dalam bank aku cuma ada rm 70, begitu juga duit ptptn utk sem lepas aku tu dah tinggal rm 1xx . Ya aku boros masa sem lepas. Aku menyesal juga la. Azam aku sem ni aku nak jimat aku tak nak guna duit ptptn untuk perkara tak penting. Okay, so time tu dalam dompet aku cuma ada dalam rm 50 ptptn masuk 2 minggu lagi. Aku nak bayar yuran aktiviti rm 30 lagi. So aku makan dalam 2 minggu tu rm 20 ja la (aku dah kira2)
Tiba-tiba malam tu aku dapat berita ada sorang pelajar senior dari universiti aku ayah dia meninggal (sedekahkan al-fatihah) senior tu asal sabah juga. Yang buat aku sedih ni. Dia tak dapat nak balik sebab tiket flight masa tu mencecah rm 1000. Aku sebagai orang sabah faham situasi senior tu. Aku pun bank in la rm 20 untuk dia dari bank aku yg berbaki rm 70 tu. (Sebab ptptn tu aku taknak guna dah aku nak guna kalau-kalau ada kecemasan) tu je aku mampu, masa tu aku berharap dengan duit aku sedekahkan tu dapat la dia balik ke sabah untuk berjumpa buat kali terakhir dengan ayah dia.
Dan hari ini aku dapat satu panggilan dari nombor pejabat. Dan mereka dari yayasan sabah! Sebelum aku masuk u ni aku dah mohon one off , sem lepas ramai sudah kawan aku dapat. Sepupu aku pun dapat tapi aku tak dapat2 lagi. Tak sangka aku dapat di waktu aku sangat memerlukan duit. Aku dapat 2000! Alhamdulillah lepastu aku teringat yang aku pernah sedekahkan rm 20 dulu, tak sangka Allah balas dengan rm 2000. Sungguh Allah maha kaya. Terima kasih ya Allah.
Kepada readers, jangan la takut untuk bersedekah, sedekah la semampu yang kamu boleh. Allah akan murahkan rezeki orang yang bersedekah. Semoga cerita aku ini membuka hati kalian untuk bersedekah. Bersedekah dengan ikhlas, semoga rezeki kita bertambah. Btw, doakan aku dapat 4 flat sem ini. Sekian sahaja dari aku dan semoga bermanfaat.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit