RM400,000 Dalam Masa 4 Tahun II

Terima kasih admin kerana siarkan confession aku sebelum ni. Aku baca semua komen-komen kalian. Ada yang minta PM untuk penjelasan lanjut, maaf aku tak PM. Bukan tak mahu membantu, tapi aku rasa sekiranya korang berminat bolehlah dilanjutkan pertanyaan-pertanyaan tu kepada pihak-pihak yang lebih pakar, samada dari sudut hukum mahupun teknikal. Aku orang biasa je, bukan pakar dalam mana-mana bidang tersebut.

Confession kali ni bertujuan nak memperjelaskan beberapa duduk perkara sepertimana yang diperdebatkan dekat ruangan komen confession aku yang lepas.

1. HUKUM
Aku nampak paling ramai persoal dari segi hukum. Ye, aku orang Islam. Kita hidup atas muka bumi Allah ni sudah pasti untuk mendapatkan redho Allah (aku ulang lagi sekali ayat ni macam dalam confession lepas). Mencari yang halal tu wajib. Sebab tu aku pun ambil masa sebelum aku start, selagi aku tak yakin, yakni rasa was-was, aku tak start. Sebab ni soal kepercayaan. Hatta korang makan daging ayam sekalipun, tapi kalau korang rasa was-was halal/haram, maka haram hukumnya. Tapi aku yakin selepas beberapa pembacaan, termasuk macammana Syariah Committee (SC) punya syarat patuh syariah.

Betulkan kalau silap, tapi berdasarkan pembacaan aku, pelaburan ASB (di bawah PNB) masih belum patuh syariah disebabkan oleh 30% daripada dana pelaburan diuruskan oleh pihak Maybank (a non-syariah compliance bank). Untuk sesuatu dana dikira patuh syariah, pelaburan yang tidak patuh syariah (non-islamic activity) mesti kurang daripada 5%. Apa yang pasti, Maybank tidak menyumbangkan dananya dalam mana-mana bisnes arak dan judi (yang sudah pasti haram disisi Islam) dan aktiviti pelaburan mereka dipantau oleh Penasihat Syariah yang dipantau oleh PNB. Mereka pun dalam usaha memastikan dana pelaburan dapat patuh syariah, semoga suatu hari nanti berjaya patuh sekaligus mengukuhkan keyakinan umat Islam/bumiputera terhadap pelaburan ASB.

Oh ya, kalau pertikaikan ASB, apa kata fikirkan perkara ni… Pendapatan kerajaan datang dari mana? Setuju tak kalau aku kata ada unsur pendapatan judi dan arak? Maka gaji-gaji yang penjawat awam dapat selama ni, haram ke? Hah…sebab tu la Allah suruh bayar zakat, sucikan pendapatan. Sebagai orang biasa yang bukan pakar dalam ilmu fiqh dan tasawuf, aku meletakkan soal hukum ni pada tempat yang sepatutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau ada percanggahan di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri lain, maka aku akan pilih Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebab pada aku, Majlis Fatwa Kebangsaan adalah badan yang paling bertanggungjawab untuk menfatwakan sesuatu hukum untuk amalan muslim di negara ini. Ini pendirian aku. Ada orang lain pendirian, aku tak kecam pun kau orang. Jadi mohon jangan kecam pilihan aku. Simple.

2. ZAKAT
Ada yang bertanya perlu bayar zakat tak? Bila baru kena bayar zakat? Bila cukup ‘haul’. (‘Haul’ ditentukan oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing secara tahunan). Secara asasnya, apa-apa simpanan dalam mana-mana akaun/atau jumlah kesemua simpanan bila cukup ‘haul’, maka wajib zakat keatasnya. Dalam kaedah aku ni (harap baca 1st confession), akaun ASB aku takkan cukup ‘haul’ sebab aku keluarkan semua duit dividen untuk bayar komitmen bulanan setiap tahun. Selagi mana dalam akaun ASB aku tidak cukup haul, aku tak wajib bayar zakat. Duit pokok pula dalam bentuk sijil yang aku tak dapat akses terus, pun tak wajib zakat. (Tapi aku bayar zakat pendapatan ok, sebelum kau orang nak kecam. Haha.)

Melainkan korang guna konsep biarkan duit dividen dalam akaun ASB tersebut sebab nak bagi dia ‘beranak’ lagi banyak, kalau lengkap 12 bulan (setahun) baki akaun cukup haul, maka wajib zakat ke atasnya. Tak silap aku haul untuk Selangor tahun lepas RM10,000, jadi kalau baki akaun tak berkurang dari RM10,000 (contoh) daripada Januari hingga Disember 2017,maka wajibla bayar zakat pada Disember 2017. Err..paham ke? Haha..tak paham boleh walk in pusat zakat ok. Tapi untuk yang nak guna konsep ni, aku sarankan baik kau keluarkan semua duit dalam akaun tu dan masukkan ke Tabung Haji (TH). Lagi menguntungkan, selain dividen lagi tinggi dari ASB recently, TH pun dah tolong bayarkan siap-siap zakat. So mind free…letak duit dalam tu dan enjoy.

3. SIMPANAN TABUNG HAJI
ASB vs Tabung Haji (TH), kalau simpanan, memanglah TH lagi untung. Macam aku cakap kat atas, selain dividen lagi tinggi dari ASB recently, TH pun dah tolong bayarkan siap-siap zakat. (Haha aku ulang lagi sebab fakta ni penting, kau orang suka baca skip-skip). So siapa yang tanya kalau boleh disiplin simpan bulan-bulan, kenapa tak buat je simpanan ASB? Kenapa nak loan? Kalau aku ada bakat simpan duit bulan-bulan, aku akan simpan dekat TH instead of ASB, frankly speaking. Selain TH bayarkan zakat, dana TH pun 100% syariah compliance. Masalahnya aku tak ada bakat menyimpan tu. Serius. Bukan aku tak cuba. Kadang aku berjaya simpan dalam RM2k macam tu, adalah nanti kena pakai untuk apa-apa. Kadang ada family or kawan nak pinjam, kadang aku teringin nak beli macam-macam, kadang aku terpengaruh beli flight tickets promosi Air Asia. Haha. So orang macam aku sangat perlukan system ‘force saving’ ni. Ada orang boleh buat kering savings riban-riban tapi ada family tiba-tiba nak pinjam dia kata dia takde duit, tapi aku memang tak sampai hati. Serius. So, lain orang lain cara. Aku share cara aku untuk ada saving kepada golongan-golongan macam aku, yang aku tau bukan sedikit. Haha.

4. MINAT
Yep, minat. Macam aku cakap sebelum ni, investment ni minat sebenarnya. Tak payah kata kau orang, orang-orang sekeliling aku pun belum buat termasukla suami aku sendiri. Dan aku tak paksa pun semua orang buat (Walaupun aku selalu jugakla urge dorang untuk cepat-cepat buat, sebab aku geram. Haha). Setiap orang ada cara untuk organize duit masing-masing, dan as long as korang bahagia dengan cara tu, that’s it. Jangan gaduh-gaduh. Ada kawan aku jenis kumpul emas, tiap-tiap bulan dia allocate gaji dia beli gold bar 1gram tu, pun ok. Ada orang kumpul beli rumah, pastu sewa or jual balik, pun ok. Ada orang prefer simpan je duit bawah bantal taknak terlibat dengan bank, riba katanya, pun ok. Eh duit kau suka hatila kau nak buat macammana kan. Macam aku, minat aku lebih ke arah investment. Sekarang aku buat ASBF. Pada aku ini paling menguntungkan dan low risk, sebab takde mana-mana investment scheme yang bank nak facilitate melainkan ASB. Dan ASBF ni pun diusahakan atas sebab nak kukuhkan ekonomi bumiputra, sebab kalau compare dengan kaum lain, kita ni amatlah ketinggalan. Sebab tu aku urge korang untuk grab peluang ni. Aku geram tengok orang kita susah dan asyik minta-minta dari kerajaan, sedangkan kerajaan sediakan economic plan, kita tak aware. Owh, sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan ASN2 pulak. Patuh syariah. Unit Trust pun aku akan buat jugak one day, Cuma slow-slow lah..aku tak kaya. Haha. Untuk si tak kaya macam aku, aku prefer cuba dari yang low risk dan slowly belajar yang upper risk. Kena hati-hati dengan saham ni, kalau tamak silap haribulan, bungkus.

5. MASA DEPAN
Pada yang mendoakan aku panjang umur dan dapat menikmati RM400,000 tu 30 tahun kemudian, terima kasih aku ucapkan, siapa taknak hidup lama kan? Tapi terus terang aku cakap, aku buat ni bukan untuk diri aku. Tapi untuk anak dan keluarga aku. Aku dah cakap, mak ayah aku bukan orang senang. ASBF ada insurance. Andai kata umur aku tak panjang, waris aku dapat tunaikan sijil ASB tersebut dan boleh guna duit tersebut. Aku anak sulung. Memang aku concern perkara ni sebab untuk masa sekarang ni aku ada bagi certain fund kepada family. So kalau tiba-tiba aku ‘tak ada’, memang affected expenses dorang. So ini main concern aku. Sekarang kalau apa-apa jadi kat aku esok hari, family aku ada RM400,000. Kalau aku menyimpan sebulan RM800 pun daripada 3 tahun lepas setiap bulan, family aku baru ada dalam RM30,000. Beza kan RM400,000 dengan RM30,000?

Last but not least, maaf kalau rasa tak puas hati dengan tajuk aku. Haha. Aku memang purposely buat tajuk macam tu untuk tarik perhatian kau orang membaca. Kalau aku sebut RM400,000 lepas 30 tahun, memang kau orang scroll je lah nanti..penatla aku menaip ni tau tak. Lagi pun, siapa kata tak boleh dapat cepat? Kau orang ‘gol’ dapatlah cepat. Haha. Okey aku gurau…jangan marah aaa…
Lagi sekali aku bagitau, ASB Financing ni adalah salah satu cara untuk ada duit simpan. Aku tak nafikan simpanan atau pelaburan dekat mana-mana institusi kewangan yang lain. In fact, aku pun dalam proses nak mengkaji ‘source’ lain. Rugilah kalau focus satu source je. Ada banyak kot! Haha! Terima kasih sudi membaca.

– misszue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit