Hai semua. Nama saya Seroja. Berumur 30an, sudah hampir 10 tahun berumahtangga dan mempunyai 3 cahaya mata.
Kisah ini tentang suami saya. Suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Mempunyai pekerjaan dan gaji yang stabil.
Saya juga isteri yang bekerja dan menanggung separuh daripada komitmen bulanan keluarga walaupun sebenarnya suami saya lebih dari mampu untuk tanggung semua.
Hidup kami serba lengkap cuma suami saya seorang yang sangat berkira soal duit. Oleh sebab saya bekerja, jadi saya tak pernah merasa duit bulanan dari suami walau hanya RM50.
Tapi itu bukan isunya kerana saya sudah terbiasa berdikari dengan duit sendiri. Saya bukan isteri yang suka meminta.
Selama 10 tahun perkahwinan kami, saya tidak pernah meminta duit dari suami jika ingin membeli sesuatu untuk diri saya. Semua saya beli menggunakan duit saya sendiri.
Untuk anak-anak sahaja kadang-kadang saya akan minta. Tapi selalunya memang saya guna duit saya. Kalau shopping dengan anak-anak dia akan pergi tempat lain supaya dia tak perlu bayar semua tu.
Jika saya ingin pergi bercuti dengan kawan-kawan juga dia tidak pernah nak hulurkan duit pada saya walaupun sedikit. Sedangkan kawan saya masing-masing bercerita suami beri duit belanja. Saya cemburu.
Saya tak minta banyak kalau dia hulur RM50 pun saya dah sangat bersyukur. Sebab bukan nilai ringgit yang saya nak, saya cuma nak rasa perasaan dapat duit dari suami tu. Kalau tiba hari raya, of course la saya juga senasib dengan fazura, tak pernah dapat duit raya.
Suami saya punya level berkira tu, kalau dia tolong saya buat apa-apa urusan, dia akan minta upah. Saya perlu belanja dia makan atau kalau urusan tu melibatkan pembayaran dia akan minta lebih sebagai upah untuk dia.
Pernah saya minta duit untuk beli kelengkapan anak-anak, dia suruh saya beli dulu dan bagi resit pada dia. Mungkin saya kena sediakan borang claim kot untuk merasa duit dia.
Pernah kami daftar kursus online, yuran RM10 seorang pun dia minta saya bayar sendiri. Apalah salahnya jika dia bayarkan terus untuk kami berdua.
Dia rajin tolong saya isikan minyak kereta tapi of course la guna duit saya sendiri. Dia rajin sebab dia nak collect point bukan sebagai ‘act of service’ untuk isteri dia.
Walaupun semua yang saya ceritakan di atas saya tetap sangat sayang dan hormat pada suami saya. Saya pejam mata dan pujuk diri sendiri yang asalkan suami saya baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga saya sangat ok.
Tapi baru-baru ni hari jadi saya, saya saja bergurau minta dia belikan hadiah untuk saya. Ingatkan dapat la hadiah tapi dah diungkitnya saya tak belikan hadiah hari jadi dia tahun lepas. Jadi tak ada la hadiah untuk saya tahun ni.
Selama 10 tahun kahwin, suami saya tak pernah belikan saya walau sepotong kek pun sempena hari jadi saya. Hadiah tu ada la beberapa kali itupun kalau saya ada bagi hadiah masa hari jadi dia.
Sebelum-sebelum ni saya beria sambut hari jadi dia dengan kek dengan belanja makan dan hadiah, tapi bila apa yang saya buat dia tak hargai, lama-lama saya pun dah malas nak beria lagi.
Selepas kejadian ungkit-mengungkit tu, saya menangis berhari-hari. Bukan sebab tak dapat hadiah tapi sebab rasa sedihnya dengan hidup saya ni.
Ada suami tapi jika saya susah saya rasa saya tak boleh nak bergantung harap dengan dia. Saya selalu rasa yang kalau saya ni tak bekerja atau saya sakit, mungkin suami akan buang saya.
Lepas kejadian tu, saya cakap dengan suami yang saya tak akan minta sesen pun duit dia lagi. Doakan saya supaya murah rezeki agar saya tak perlu minta duit dari suami saya.
Sekarang ni kalau ada apa-apa urusan yang melibatkan duit saya akan cepat-cepat bayar dekat dia tanpa banyak tanya atau minta dia bayarkan dulu.
Kadang-kadang saya terfikir adakah saya ni isteri yang tak reti bersyukur?
Saya cuba pujuk diri saya supaya bersyukur sebab saya ada segalanya cukup. Tapi saya tak boleh buang perasaan rasa tak dihargai rasa macam tiada tempat bergantung.
Adakah perasaan saya ni valid atau saya yang melebih-lebih?
Terima kasih semua sudi baca luahan saya.
– Bunga Seroja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bak kata Prof Muhaya pakar motivasi tu.. perempuan ni kena jadi bodoh bodoh sikit ya.
Bukan erti kata bodoh tapi jangan tunjuk pandai dan berdikari sangat nanti lelaki hilang fungsi sifat melindungi wanita.
Tengok la sebab awak tak pernah tunjuk memerlukan duit dan bergantung kepada dia maka dia jadi kedekut gila.Dia dah jadi lelaki feminin.Awak pula jadi wanita maskulin.
Silap besar.Dah bagi suami naik lemak
Lelaki tetap lelaki.Tugas dia cari duit beri anak bini. Duit awak kerja tu hak awak dan kena simpan sendiri.
Awak yg ajar laki awak jadi perempuan.Tu lembik semacam.
Sekarang nak ubah? Mula desak dia minta duit belanja. Jangan tunjuk awak berduit.Pandai la simpan diam diam dan jangan beritahu.
Jangan tunjuk berdikari sangat la..rosak fitrah lelaki
Hahaha….bodoh punya TT. Confessors lain pun ada cerita begini. Duduk bawah tempurung ke apa? Dah sayang hadap la..
Masuk neraka bila suami tak beri duit dan nafkah wajib kepada isteri. Sama taraf berdosa dgn isteri x taat suami. Dan sila faham, taat bukan maksud jadi hamba suami. Kaya mana pun bini, mcm fazura tu, laki kena bayar nafkah wajib dan lindung bini dari kesusahan. Tu baru betul jantan. Kalau suami tak kisah berdosa dgn kedekut dia tu, mungkin dia sebenarnya perempuan bertelur dan berkulit jantan
Faham.. saya juga bekerja mcm confessor.. berkahwin hampir 20 tahun..
husband sgt baik orangnya namun ada 1 sifatnya yg saya kurang gemari iaitu terlalu berkira-kira..
Husb gajinya 5 angka but sadly hanya memberi saya nafkah RM 25 sebulan..
Saya bukanlah tidak bersyukur tapi dgn gajinya yg 5 angka tu takkan lah hanya RM 25 sebulan?
Dgn alasan, saya juga bekerja dan mempunyai pendapatan..lagipun katanya saya kurang komitment.. sedangkan saya juga ada komitmen bulanan spt kereta, bil internet & bil hp.. saya juga membayar bil utiliti utk rumah org tua saya..
Betul saya juga spt husb ada income 5 angka, tapi nafkah tetap nafkah kan..
Mcm confessor kdg saya sedih juga.. tapi saya memilih utk tutup mata kerana saya bygkan kebaikan-kebaikannya yg lain spt menghormati kedua orh tua saya, menjaga anak2 dgn penuh kasih, tidak memaki hamun saya, tidak panas baran & menjaga solatnya..kesimpulannya mengapa saya perlu focus pada sifatnya yg suka berkira2 itu sedangkan husband ada byk lagi quality lain.. dan saya sedar, saya pun x sempurna tentu ada juga sifat saya yg husband kurang berkenan..both are not perfect..
Mende lah tt. Patut kau ajar laki kau tu. Stop bayarkan semua. Lagi dia berkira dgn anak bini.. kau pun 10 juta kali berkira dengan dia. Ni tak.. kau pulak cepat2 bayar pulak sbb tak nak dgr dia berkira. Lahaiii. Lagi tambah benak la laki kau tu~~~ Lepas ni apa2 belanja kau keluar untuk anak.. brg rumah.. Makan minum.. Bil api air.. resit simpan. Hujung bulan kau screenshot hantar kt wasap. Mention situ hutang. Dia nak bunyi ke apa lantak situ. Tu mmg tanggungjawab dia. STOP tolong bayarkan semua. Birthday kau.. kau spend untuk diri sendiri je. Pergi la celebrate dgn anak/siblings/BFF tak payah belanja dia. Treat him exactly like he did to you. Tgok dia nak mengelupur ke tak.
baik dan bertanggungjawab mcam mana tu??? balas la balik tgok kte pulak berkira mcam mana jgan lemau sgat kena buli
dah ko pilih nk kawin dgn laki tu ko hadap jela. xsuka, cerai. bising je byk komplen itu ini.
wajib suami bagi nafkah kat isteri, walaupun isteri bekerja, apatah lagi belanja utk anak2, wajib hukumnya, cuma saya nak tanya, dengan sikap suami camtu, dia kaya ke??