Road Rage Yang Serius

Hai, aku H. Perempuan berkerjaya, umur penghujung 20an, single. Aku menulis ni dengan harapan ada respon yang boleh beri jalan keluar kepada masalah yang aku hadapi.

Pergerakan aku kebanyakan masanya dengan memandu. Ke tempat kerja, beli barang, senang kata kalau keluar rumah tu memang memandu.

Aku tak reti bawa motor sebab ayah aku yang tolong bayarkan aku ambik lesen dulu jadi aku cuma ambil lesen memandu jelah.

Tapi ada satu masalah besar aku dengan memandu ni. Semakin meningkat usia ni, aku perasan yang aku semakin pemarah bila berada di jalanraya.

Dah la aku bawak myvi, dengan sifat amarah aku tu memang makin tak dinafikan la myvi ni raja di jalanan kan lol.

Tapi aku tak nak jadi pemarah sebenarnya sebab bila tak memandu, aku tenang je rilek2 takde pulak rasa nak mengamuk ke apa. Entah kenapa bila masuk kereta, pegang stereng tu aku jadi macam satu individu berbeza.

Contoh pemarah aku: kebanyakan masa aku memang suka duduk lane kanan. Kalau ada kereta yg bawak lagi slow dari speed yang aku bawak, memang kena la kau high beam dengan aku.

Contoh lain, bila ada driver/ rider yang menyelit masuk lane aku, sepantas kilat aku akan hon. Begitu juga kalau kau tak reti bagi signal, gelojoh keluar simpang, tak hormat lane aku, memang kena la hon dengan aku.

Ada juga masanya bila aku tengah nak cepat pergi kerja tapi kereta depan tengah bersiar-siar, yang ni pun akan jadi mangsa hon aku.

Dulu aku kerja di kawasan kampung. Awal-awal tu aku bawa slow, ikut kelajuan tapi bila aku dah biasa, apa barang bawa 60km/h je. Selagi boleh tekan memang aku tekan.

Punya lajunya aku drive, takat highway Karak yang berselekoh tu pun aku berani je bawa 110, 120. Setakat bawa laju tu kalau bahaya sendiri je lantak la kan, masalahnya pemanduan aku tu ditemani rasa marah bila kereta depan aku slow. So dia jadi bahaya la.

Bagi aku ni masalah yang sangat serius. Bila aku memandu laju ditambah dengan rasa bengang, tengah rushing pulak, jantung aku akan berdegup laju, aku akan jadi tak hirau dengan keadaan sekeliling sebab aku fokus nak cepat sampai je.

Walaupun sampai sekarang alhamdulillah aku dijauhkan dari sebarang musibah, tapi aku tak naklah sikap aku yang satu ni menunggu masa membawa padah.

Aku pernah cuba duduk dan tulis apa punca aku jadi macam ni dan aku cuba senaraikan apa yang aku boleh buat untuk jadi lebih sabar dan tenang masa memandu.

Aku berusaha untuk keluar lebih awal, berusaha untuk husnuzhon mungkin driver depan ni tak tau jalan, atau tak berapa nampak ke, sebab tu dia slow.

Tapi lepastu aku sendiri argue balik, kalau tak fit untuk memandu, janganlah memandu. Jahat kan aku. Padahal aku bukan tau pun situasi orang tu.

Tapi tulah bagi aku, aku ada kepentingan. Aku cuba untuk faham orang jadi orang pun kenalah faham juga.

Lepastu kadang tu aku dah keluar awal, tapi kereta kena block pulak. Kot dia tinggal nombor ke turun handbrake ke tahan la lagi. Ini, dah la tak tinggal nombor, tarik handbrake, masa aku terbazir kat situ je semata nak keluar parking.

Macam mana la aku tak terbawa rasa marah tu?

Sekarang, aku cuba google apa yang patut aku buat tapi aku masih lagi tak berjaya kurangkan rasa marah aku bila memandu.

Aku cuba search kaunseling, aku ingat kalau ada terapi yang membantu untuk aku kawal diri aku, boleh bagi aku jadi lagi penyabar bila memandu, aku nak cuba.

Sebab aku tak nak masalah aku ni melarat. Satu lagi, aku jadi macam ni bila aku drive sorang je. Kalau ada orang kat sebelah, takde pulak rasa nak mengamuk ke apa time drive tu. Mungkin sebab segan? Entah.

So, aku harap kalau confession ni diapprove, harap ada yang sudi share kat mana aku boleh dapatkan bantuan untuk masalah aku ni. Malu juga aku ni perempuan tapi ada perangai nak mengamuk2 bila drive ni.

Dalam masa yang sama, aku harap kita semua selaku pengguna jalan raya, tak kira la pemandu ke penunggang motor ke, memandu/ menungganglah dengan berhemah dan fikirkanlah pengguna lain juga.

Nak drive slow, duduk kiri. Nak tukar lane, bagi signal. Nak keluar simpang, tengok kiri kanan dulu. Bak kata satu meme yang tersebar tu, kalau kau tak marah di jalan raya, barangkali kau yang membuatkan orang lain marah.

Sebarang cadangan/ pandangan yang membina amatlah aku hargai dan aku dahulukan dengan jutaan terima kasih.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *