RobinHood Baik Atau Jahat?

Dalam family, ada seorang lelaki yang aku gelar Robinhood. Dia seorang lelaki yang soleh. Rajin solat sunat dan selalu khatam al-Qur’an. Dia juga seorang suami yang mithali. Dia layan isteri dan anak-anak dengan layanan yang sangat baik.

Dia sanggup upah pembantu rumah hanya untuk ringankan beban isteri. Dan bila pembantu rumah takda, dia sendiri yang buat semua kerja rumah. Isteri dia tak perlu susah-payah angkat jari.

isteri nak pi mana-mana pun dia yang hantar dan jemput. Dia takkan bagi isteri keluar sorang-sorang. Bila isteri penat balik dari kerja, dia akan tolong urutkan.

Robinhood ni seorang yang dermawan. Pemurahnya dia sampai bagi saudara mara tinggal kat rumah lama dia bertahun-tahun tanpa bayar sewa.

Dia juga bagi biasiswa percuma pada saudara mara yang sambung belajar di luar negara. Sedangkan anak-anak sendiri terpaksa berhutang dengan kerajaan untuk masuk universiti.

Robinhood bukanlah manusia sempurna. Dia juga ada kelemahan. Dia sangat pemurah pada orang luar tapi kedekut pada keluarga sendiri. Mungkin sebab ini Allah tarik balik kekayaan yang ada pada dia sehingga dia tidak mampu lagi untuk menderma.

Bertahun-tahun isteri Robinhood terpaksa menanggung nafkah sekeluarga seorang diri sebab Robinhood tiada pendapatan tetap. Anak-anak nak sambung belajar pun isteri dia yang tanggung.

Robinhood rasa malu bila orang datang kepadanya meminta wang tapi dompetnya kosong. Sebab tu dia sanggup transfer semua duit dari akaun isteri ke akaun dia diam-diam hanya untuk derma duit kat orang. isteri dia sampai menangis bila tengok baki dalam akaun bank.

Isteri Robinhood tak pandai online banking sebab tu semua akaunnya dikawal oleh Robinhood. Tapi tak sangka pulak Robinhood sanggup ambil duitnya tanpa izinnya.

Kalau dia buat akaun baru pun, Robinhood tetap akan tahu kalau tiada aliran tunai masuk dalam akaun yang sedia ada.

Isteri Robinhood ni terlampau baik. Bertahun-tahun Robinhood tak bagi nafkah pada dia dan anak-anak, ambil duit dia tanpa izin, utamakan orang luar daripada dia tapi dia tak pernah merungut.

Sejak kecil memang dia diajar untuk tunduk dan taat pada suami. Jangan pernah menyakiti hati suami.

Robinhood orang yang beragama. Takkan dia tak tahu apa hukum suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak? Takkan dia tak tahu apa hukum ambil harta isteri tanpa izinnya?

Yang dia tahu cuma derma, derma dan derma. Tak kisah sumber yang dia dapat itu halal atau haram.

Nabi sendiri kata sebahagian harta suami ada hak isteri. Tapi seluruh harta isteri adalah hak isteri. Ada ka nabi ajar nak derma kena ambil hak orang? Ada ka nabi ajar nak derma kena abaikan nafkah untuk keluarga?

Robinhood jaga baik hubungan dengan Allah. Tapi dia fail dalam bab jaga hubungan dengan manusia.

Aku cuma takut dekat padang mahsyar nanti amalan dia tergantung sebab berhutang nafkah dengan isteri dan anak-anak. Tergantung sebab makan harta isteri sedangkan isteri tak redha.

Aku bukanlah siapa-siapa untuk menegur kesalahan Robinhood. isteri dia pun pernah beritahu kebaikan Robinhood tu melebihi keburukannya sebab tu dia mampu bertahan sehingga hari ini.

Tapi apa yang aku pelajari daripada kisah rumah tangga Robinhood ni.. api yang kecil jika tidak dipadam akan membakar seluruh rumah. Perasaan yang dipendam isteri Robinhood bertahun-tahun akhirnya memakan dirinya sendiri.

Sekarang isteri Robinhood mengalami penyakit serius sehingga kena operate. Aku rasa salah satu asbab isteri dia kena penyakit ini ialah sebab tertekan dengan sikap Robinhood.

Sampai sekarang Robinhood tak sedar lagi salahnya sebab tak ada orang nak tegur.

Hanya family terdekat saja tahu. Tu pun aku takut nak tegur sebab ego Robinhood terlampau tinggi. Dia sangat pantang ditegur. Kalau ada yang berani tegur dia, bersedialah untuk hadapi ledakan gunung berapi.

Aku pun kena tempias daripada sikap Robinhood ni. Aku plan nak berhutang dengan kerajaan untuk sambung belajar sehingga peringkat PhD. Aku gagal dapat biasiswa dan gaji aku pun cukup-cukup makan ja.

Tapi Robinhood tak bagi sebab dia taknak aku kena belenggu hutang. Dia kata dia akan tanggung semua yuran aku.

Aku pun dengan selamba beritahu macam mana dia nak tanggung aku sedangkan dia pun takda duit. Dia bukannya bekerja pun. Dan dia mati-matian menafikan. Dia cakap dia banyak duit.

Dalam hati nak ja aku cakap “Kau dapat duit pun sebab kau curi daripada isteri.” Tapi kalau aku terlepas cakap, komfem berantakkan lah rumah tangga Robinhood lepas ni.

Untuk pengetahuan umum, Robinhood ni penjaga aku. Kalau aku nak sign apa-apa perjanjian, dia lah yang jadi penjamin.

So aku pun tengah blur sekarang. Nak pinjam daripada kerajaan, Robinhood tak nak jadi penjamin. Tapi kalau tak pinjam, nanti Robinhood curi duit isteri dia lagi hanya untuk bayar yuran aku.

Tolong bagi nasihat apa patut aku buat.

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *