Roh Rumah Lama II

Assalamualaikum, first sekali aku nak ucap terima kasih sebab admin siarkan confession aku Roh Rumah Lama. And second is, aku nak minta maaf sebabnya aku tak perasan yang aku tak paste cerita penuh. Patut laa ramai comment cakap pendek. So, here sambungan dia.

Masa aku duduk situ, bukan setakat kena ganggu itu je. Ibu aku ada laa kenal dengan sorang ustaz ni, so panggil laa untuk ‘bersihkan’ rumah itu, semua bilik dia bersihkan. Sampailah kat 1 bilik terakhir iaitu bilik belakang, ustaz tu baca laa surah-surah ruqyah. Then, tiba-tiba pintu bilik tu bergegar, sumpah aku tak tipu. Memang menyeramkan.

Belakang rumah lama aku ni, semak samun. Kalau Ular tu, tak payah cakap laa. Memang dah banyak kali masuk. Tapi bukan ular yang berbisa. Kawasan rumah aku ni, memang dah ramai orang nampak macam-macam.

Dekat depan rumah tu, rel keretapi. So, ada pakcik tu pernah nampak Kakak Mengilai, Pocong. Lampu jalan dekat bahagian hujung rumah aku ni, setiap kali orang lalu, mesti terpadam. Pelik, bila orang tak lalu. Elok je dia menyala.

Keliling rumah ni ada pokok Rambutan, Kelapa, Cempedak, Ciku. Setiap pokok yang aku sebutkan tu, semuanya ada penjaga dia, tapi dia memang tak kacau orang.

Kadang-kadang aku duduk berdua dengan kakak kat rumah, mesti ada je benda dia ‘bergurau’ dengan kitorang. Antaranya, tombol pintu tiba-tiba bunyi macam orang pulas tombol tu. Pernah sekali, dia ‘bergurau’ kasar, tengah tengok tv. Bulu roma tegak, meremang berangin, lepas tu kucing aku semua mata tegak pandang atas, and then. Tiba-tiba bau wangi

Adik beradik ayah aku memang tak berani nak masuk rumah tu, memang secara jujurnya aku cakap, masa duduk rumah tu memang aku rasa seram. Bayangkan lah, dari pada 10 bilik, yang boleh duduk hanya 4 bilik , yang lain semuanya dipenuhi dengan barang-barang lama.

Walaupun barang-barang lama tu dah lama terbiar dalam store, tapi tak pernah berkarat and takde yang rosak teruk. 90% barang lama dalam rumah ni boleh digunakan, dan hanya habuk-habuk sikit je. Biasanya kalau kita dah lama biarkan, mesti akan rosak berkarang and tak boleh guna. Tapi untuk barang kat rumah ni boleh berfungsi dengan baik.

Kalau tak silap aku, rumah ni pernah dijadikan untuk tentera menyorok masa zaman perang dulu tu. Sebab tu rumah ni dibuat separuh 2 tingkat separuh lagi setingkat, supaya mudah untuk tentera kita berehat di atas tanpa ada keraguan. (Ini aku taktau betul ke tak, sebab aku dengar cerita daripada pakcik aku)

Mesti korang pelikkan, aku cakap benda tu tak ganggu, tapi ada certain part benda tu macam mengganggu aku kan ? Okey biar aku terangkan.

Sebelum ibu aku kenal ustaz tu, family aku memang okey je. Takde diganggu benda-benda macam ni, tapi setelah Ustaz tu datang dan menetap dirumah aku untuk beberapa bulan. Benda tu start nak ‘buat perangai’. Tapi dia just ‘gurau manja’ je, takde laa sampai kena rasuk ke apa. Naudzubillah.

Ustaz tu duduk rumah aku tujuan dia untuk bersihkan rumah tu, dan tujuan lain untuk dia cari rezeki dengat mengubat kan orang. Start dia duduk rumah tu, memang kerap berlaku benda pelik-pelik. Contohnya, setiap kali orang nak datang berubat. Mesti lampu dalam rumah aku tu berkelip kelip. Bila benda tu berlaku, aku dah tu itu mesti orang nak datang berubat.

Lepas pindah daripada tu, rumah tu memang dalam keadaan tak terurus, memandangkan makcik aku yang halau aku tu pun dah jarang balik rumah tu. Yang betul-betul elok, bahagian ruang tamu sahaja.

Ohh ya, ada yang komen suruh ayah aku balik rumah tu dan ‘hidupkan’ dengan ayat-ayat suci al-quran balik. Ya, memang nak buat macam tu. Tapi apakan dia, makcik aku melarang ayah aku untuk pulak kerumah tu, makcik aku hanya membenarkan ayah aku masuk untuk ambil barang yang tertinggal sahaja.

Itupun jika ada anak lelaki dia, dia suruh anak lelaki dia yang ambilkan. Sayang dekat rumah tu, dulunya cantik gah tesergam indah. Tapi sekarang, tengok pun dah seram. Ada orang suruh ayah aku bakar atau pun runtuhkan rumah tu. Tapi, ayah aku sayang dengan rumah tu. Tak tahu lah apa akan jadi dekat rumah tu nanti.

Sekian itu saja dari aku, sorry laa sebab aku main post je haritu tanpa usul periksa. Kat sini aku nak tegaskan, kalau bab-bab harta ni, kita bertolak ansur lah sikit. Jangan diikutkan kehendak hati hitam tu, cuba berlapang dada.

Ini tengok, tamak sangat kan. Sebelum dapat bukan main lagi cakap nak jaga, bila dah dapat. Biarkan je tanpa dihidupkan rumah tu.

Thanks Admin, Assalamualaikum.

– Cik Kopo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *