Roomate Baru

Salam semua.

Saya ingin kongsikan sebuah kisah di mana saya memerlukan anda semua untuk buka minda anda bahawa semua orang dalam kisah saya ini ialah orang-orang yang baik. Haha.. poyo je ayat. Kisah ni saya lebih kepada nak kongsikan aje. Tak perlu nak susah2 nak carikan solution. Kalau anda dlm situasi sama, bagus jugak nak kongsikan. At least I know someone out there is going through the same frustrating things.

Saya budak ambik degree kat satu kolej persediaan ni. Say dapat sebuah bilik 4 org tapi ada awal2nya, bilik tu ada 3 penghuni. Kitorang bertiga ni jenis yang kat luar bilik boleh je gelak2 beria.. happy go lucky sokmo. Tapi dalam bilik mmg senyap. Saya pon org yg begitu rupa2nya. Dalam bilik ni tempat utk dengar lagu, tengok muvi dengan earphone, rehat2. Bila makan atau ada org dlm bilik… barula bising sikit bilik tu sbb kitorang 3 org ni mmg jenis suka ngarot2 buat lawak.

Apa masalahnya? Memang xde masalah pon. Tiba2, warden nak cukupkan bilik punya pasal… masuklah seorang penghuni baru. Kita namakan dia Mia Sara Aldanish Hamzah. Panggil Mia.

Mia ni jenis orang yg dalam bilik mmg suka berceloteh kot. Hmm.. tiba2 saya tak tahu dia ni jenis org yang macam mana. Pernah tak.. awak jumpa sorang ni, dari awal first impression dulu mmg awak dah tahu yg awak ni mmg xsekepala. Biasanya, berdasarkan perangai yang saya tunjukkan kpd kawan2 luar bilik saya.. saya mudah mendapat kawan pas2 senang je utk berborak… tapi dengan dia.. macam susah pulak. Apa ni??

Alhamdulillah.. Allah selalu memurahkan rezeki saya, saya senang dpt dean list. Biasanya, perihal dean list ngan 4 flat ni dirahsiakan bagi mengelakkan perpecahan kaum tapi entah kenapa.. Mia selalu dapat tau yg saya ni dean list. Mia juga selalu mengutarakan bahawa dia sangat berbangga mempunyai kawan yg pandai seperti saya dengan ayat2 berikut

“Untungla dean list, tengok hari2 dgr lagu, tengok muvi dlm bilik, xblaja pon dpt dean list gak. Dahla hari2 tido dlm kelas. Stadi sikit pon truih dean list. Untungla.. untungla.. untungla.. (gema)”

Saya berterima kasih pada Mia yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Malangnya, apabila Mia cakap tahniah mcm ni kpd saya… saya menjadi buntu utk membalas apa. Akhirnya, saya ignore jela apa dia cakap. Baguslah kan.. kang balas kang.. ada pulak yang nangis kang bahaya pulak. Masalahnya, saya terlalu ignore Mia sampaikan semua ucapan tahniah dia, campur semua perkara yang dia cakap… saya terignore jugak.

Rupa2nya bukan saya sorang je yg ignore, 2 lagi roommate yg lain ni pon ignore jugak. Yela… 3 penghuni bilik tu sgt sukakan suasana senyap sampaikan lupa Mia yg suka bercerita ada di situ. Kadang2, ada je saya xignore pon apa dia cakap… tapi saya malas nk layan masalah rumah tangga dia, oleh itu, saya tunggu roommate lain utk layan dia tapi roommate lain ni pon memikirkan perkara yg sama dgn saya. Dok tunggu org len layan, akhirnya xde sesapa layan sampai sudah. Mujurlah Mia ni pandai jugak membawa diri ke bilik org len.

Akibatnya, saya rasa sedikit awkward dgn Mia. Problemnya, bila dlm kelas yg tiba2 saya kena grouping ngan Mia ni.. Haaa.. ambik kau, Mia pula yg ignore aku. Aku tanya pasal keje, dia boleh buat donno. Takpela.. ni kot balasan aku

Kadang2 saya doalah jugak agar relationship kitorg ni xde lah awkward sangat. Semoga kitorg boleh rapat, dll sbb kitorang mmg xdpt nak rapat, borak pon sepatah2 je pas2 kadang2 apa yang keluar dr mulut dia tu mesti buat aku panas.

Nak dijadikan cerita, kitorg usrah sekali. Pas2 akak naqibah pulak pernah pesan….

Dalam jalan dakwah ni, mungkin awak akan diletakkan bersama orang yang awak xsekepala dengan dia. Kat luar sana, mungkin kita boleh pilih kawan yg kita nak rapat atau tak. Tapi awak kena pikir yg ukhuwah dalam berdakwah ni, dia ialah orang yang pilih jalan ni bersama-sama dengan kita. Jalan yg dapat mengubah diri kita supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah. Nak tak nak, dialah rakan seperjuangan kita dalam jalan dakwah ini…

Allahuakbar.. rasa cam ada lembing terpacak di hati ini… Maafkan bahasa saya.

Selepas beberapa tahun… saya berjaya masuk ke universiti lain, lalu pindah keluar dari bilik itu. Usrah kami pon dibubarkan. Tapi… perancangan Allah ini, ada hikmah tersembunyinya… Usrah baru saya pon ada dia jugakkk..

Betul tu.. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Ya allah kuatkanlah hambamu ini.. hahahah

– Bukan kawan Mia, Roommate jewww

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit