Roomate Ke Gajah?

Assalamualaikum admin dan semua pembaca.

Straight to the point, aku ada seorang roomate. Roomate aku ni sebenarnya baik, friendly, happy-go-lucky dan pendengar yang baik.Bersopan santun, pakai baju pun tutup aurat, tudung labug cukup untuk tutup dada. Aku? Aku tak ada la pakai tudung selabuh dia. Haaa kalau aku cerita yang kat bawah ni mesti tak ada orang nak percaya.

Tapi lepas aku baca satu confession yang bertajuk “Amirah” dalam page ni, aku rasa macam ada orang hantuk kepala aku kat dinding.

Al-kisahnya, berdasarkan yang aku bagitau kat atas, roomate aku seorang yang baik. Tapi, sejak aku daftar ke U dan dapat satu bilik dengan dia, subuh gajah tu dah jadi satu rutin. Boleh kata dia not really a morning person. Alarm aku padu weyh. Bergema jugak satu floor. Aku pelik aku tak terbangun dengan alarm2 aku, last2 dapat tau dia yang matikan semua alarm aku. Kantoi dengan aku bangun pagi tapi malas nak subuh. Dengan aku sekali terjebak dengan sindrom “subuh gajah” ni. Aku pernah bagitau kat dia “Kita jangan buat ringan dengan perihal berkaitan solat, nanti ringan je kita masuk neraka”. Habis satu kelas dia cerita yang aku tak suka dia tidur pagi. Mereka ni sekadar nak menjaga hati dia, dan dengar je apa yang dia cerita. Tapi ada jugak lah, yg sound depan-depan “Dah kau tak bangun subuh, siapa tak bengang. Nanti bukan kau je yang masuk neraka, dengan dia2 sekali kau heret dia”. Mana tak nya sentap roomate aku. Aku dapat tau dari orang lain sebab nampak dia moody dan campak barang dalam bilik.

Hari-hari yang seterusnya, aku cuba bangun pagi dalam pukul 5 pagi. Aku minta adik aku kejut dan call aku sampai bangun. Alhamdulillah setakat ni menjadi. Aku tak pakai alarm dah, aku download apps di fon dan laptop untuk azan solat. Sebelum tido, aku check fon aku. Aku masih pasang alarm, tapi aku sorok phone aku. Aku dah bangun pagi, aku kejut dia bangun pagi. Masha Allahhhhh. Dia punya susah nak bangun. Bukan 1 kali, bukan 2 kali, bukan 3 kali, tapi berkali-kali. Aku ingat nak ajak dia berjemaah sekali, last-last aku yang panas hati, kena pergi ambil wudhuk sekali lagi. Tak tenang aku solat subuh. Lepas solat, aku kejut dia lagi sampai pukul 7 pagi baru dia nak bangun. Itu pun dia merengus dan tak puas hati. Aku fikir, dah lah. Aku dah jalan kan tanggungjawab aku. Malas nak terasa hati apa.

Begitulah yang berlaku hari-hari seterusnya. Cuma setiap kali berlaku, aku tau la apa yang dia tak suka bila dia nak tido. Dia tak suka tido dengan lampu terpasang terang, jadi aku memang biarkan lampu terpasang la bagi dia bangun sendiri. Alhamdulillah dia bangun walaupun nampak mula-mula dia tak puas hati. Dalam hati aku “arghh kisah apa aku, asal kau solat”. Aku pasang/baca Quran pun hati dia panas. Jadi aku pun ade la duk baca kuat-kuat bagi dia bangun dan solat. Kejam kan? Hahaha

Itu satu hal. Satu hal lagi. Kami ada join usrah. Masa aku join ni, aku baru tahu dia ni jenis kuat sentap dan jenis menyebarkan cerita/fitnah dengan apa yang orang tegur. Haaaa contoh la. Kami selalu berusrah dalam masjid. Boleh kata dia ni kuat bergosip juga sambil gelak-gelak kuat. Orang sekeliling yang tengah baca quran pandang kami. Ada kawan aku tegur, ” Kita sekarang dalam rumah Allah, tolong hormat orang yang tengah beribadat kepada Allah”.Datang lah kak naqibah kami, antara inti pati usrah pada hari tu, “Antara dosa besar yang kita senang nak buat pada kehidupan seharian kita adalah tinggal solat dan mengumpat”. Aku tak tahu kenapa, tapi masa tu semua mata ke arah dia. Dia nampak relax je. Sekali balik bilik, dia pergi bilik kawan dia, masya Allah, pung pang pung pang, luah tak puas hati dia. Aduhaiii roomate aku seorang ni. Aku pun terasa jugak la dengan kata2 kak naqibah tu, tapi aku cuba nak terima dengan hati terbuka untuk diri sendiri. Dan seterusnya, dia bagi alasan macam-macam tak nak pergi usrah. Balik kampung la. Ada kelas la. Ada sekali terkantoi dengan sahabat usrah yang lain dia sedang seronok bershopping berhuhu haha dengan kawan2 dia. Bukti dia ada dalam Instagram. Aku sebagai roomate dia, tak tahu nak cakap apa. Senyap je la. Kang tegur, dia ajak geng2 gosip Mak Jemah serang aku. Geng2 dia pun satu, kerja nak bergosip dan mengumpat je. Kalau tak kat bilik aku, kat bilik orang lain. Kat bilik aku, biasanya lepas Maghrib la. Masa untuk aku baca quran dalam satu hari tu, lepas Maghrib je. Ada sekali member dia datang dan mengumpat itu ini dengan gelak tak ingat dunia. Aku yang tengah mengaji panas hati hoi. Panas hati. Aku teruskan jugak dengan membaca dengan suara makin kuat (dalam hati aku berdoa semoga Allah halau “syaitan2” ni. hahahaha) sampai member dia ajak cakap kat tempat lain. Pernah jugak ajak solat Isyak berjemaah, semua lari kata nak mandi la nak makan la. Aduyaiii.

Kaki gosip. Haaaa aku pernah la jadi mangsa gosip dia. Silap aku sebab dulu aku ingat dia boleh dipercayai, terpengaruh dengan sikap lemah lembut dia. Sekali sampai ke telinga senior yang paling rapat dengan aku, ada orang cerita kat dia, aku ni sombong, pemarah dan etc. Nasib senior aku tu dah tau perangai aku macam mana. Jadi dia selamba bagitau kat aku, banyak pahala aku dapat. Pernah jugak ada seorang kawan aku ni, jujur dengan aku, roomate aku suka cakap benda2 negatif pasal aku sebab dulu aku cerita banyak kat dia gara-gara aku tertipu dengan luaran dia. Kawan aku tu kira baik la sebab dia tak judge aku dari apa yg dia dengar. Lama kami berkawan, baru-baru ni dia minta maaf kat aku sebab dulu dia anggap aku itu ini sebab dengar cerita dari roomate aku. Aku dengar pun terkejut dan terkilan, lepas tu aku buat-buat biasa je. Entah, lama-lama ramai pulak orang nasihat dia untuk berubah, dan orang2 tu dia buat jadi musuh.

Sampai sekarang, aku buat biasa je dengan roomate aku. Subuh tetap aku kejut, cuma aku dah tak berapa nak melayan dia macam dulu. Kalau aku cerita kat kawan-kawan aku, semua duk cakap roomate aku baik. Tau2 je dorang ni pun kaki gosip jugak. Aduyaiiii perempuan. Aku tak suka gosip, sebab aku nampak kesannya pada diri aku.

Jadi untuk perempuan2 di luar sana, kalau rasa nak mengumpat ke bergosip ke sampai rasa diri tu sempurna (walhal kau lemah sebab kau dengki dengan kelebihan dia), aku rasa baik kau banyak2 kan pahala kau dengan berzikir dan baca al-Quran. Kalau tak pun, kau ganti diri kau sebagai orang yang kau umpatkan tu. Baru tau langit dengan bumi. Benda ni untuk diri aku jugak. Sebab kita tak tahu bila Allah cabut nyawa kita. Jangan sampai time kita gelak2 seronok kutuk orang, Allah tarik nyawa kita. Haaa tu je la. Salam dhuha dari mahasiswi Pahang.

– Mawar Berduri

– Mawar berduri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit